CARNIVALE OF STARS

Tempah awal dan nikmati tawaran terhad dan penjimatan sehingga 20%, bermula dari HK$1,200! uiplus.tooltip.alt
a11y.beginsTooltip a11y.endsTooltip
Keseronokan mula berkembang pada musim bunga ini di sekitar Hong Kong Disneyland Resort! Lebih daripada 100 rakan Disney bersedia untuk meraikan musim bunga di karnival ini bermula 15 Mac!
 
Nikmati keseronokan tanpa penghujung, terima kasih kepada penemuan ajaib yang menanti di setiap sudut. Pada waktu siang, sertai lebih daripada 30 rakan Disney dalam perarakan bertenaga yang dimeriahi muzik rancak. Kemudian, apabila senja berlabuh, nikmati keseronokan bercahaya di keraian “We Love Mickey!” kami - pertunjukan tayangan serba baharu di Main Street. Nantikan pertemuan mengejut sepanjang hari dengan pelbagai jenis watak Disney yang aneh dan ceria lalu tingkatkan keseronokan anda dengan menginap di salah sebuah daripada tiga buah hotel resort kami. Ahli keluarga boleh bergembira di karnival dengan Easter Magicarnival yang menakjubkan, dan juga menyertai aktiviti memburu telur watak di seluruh hotel. Temui pelbagai jenis watak yang menarik dan rasai pengalaman percutian yang tidak dapat dilupakan bersama rakan Disney kegemaran anda!
KEGEMBIRAAN TANPA HENTI

Taman Musim Bunga Rakan Disney


Mencari sedikit waktu senyap sepanjang Karnival? Lawatilah taman-taman di Taman Tema, anda akan menemui arca yang lebih besar daripada yang sebenar menggambarkan babak-babak kisah Disney yang paling anda suka. Lihat berapa banyak watak ceria ini yang boleh anda temui dan pastikan untuk mengambil gambar untuk dikongsikan bersama rakan! 

Memburu Telur Watak Disney


Memburu Telur Watak Disney kembali untuk pemburu telur! Berseronoklah sambil memburu hampir 100 biji telur bertemakan waktak yang diletakkan di merata-rata tempat di Taman Tema dan hotel Resort, dihias seperti Adiwira Marvel, rakan-rakan Disney dan banyak lagi! 

Jadikan penginapan anda di Hotel Disney lebih istimewa lagi


Panjangkan lagi masa gembira dengan menginap di salah satu daripada tiga hotel Disney pada musim bunga ini! Jadikan percutian anda bermakna dengan kemudahan bertaraf dunia dan perkhidmatan terhebat, dan rasai pengalaman dialu-alukan dengan kemudahan hotel bertemakan musim bunga kami - tersedia untuk masa terhad sahaja!
TERUSKAN KESERONOKAN DI HOTEL

Aktiviti Hotel bersama Rakan-Rakan Disney


Sertai Goofy untuk senaman tai chi pagi di Hong Kong Disneyland Hotel; atau luangkan masa di Studio Lounge ditemani Goofy untuk menonton filem Disney.
Baca Lebih Lanjut

Tempat Makan Watak


Jadikan musim bunga ini lebih istimewa kerana anda dapat menemui Watak Disney anda semasa makan di restoran khas di ketiga-tiga hotel kami. Pastikan kamera anda bersedia kerana anda tidak akan tahu siapa yang akan muncul!

Pakej Perhiasan Bilik Hotel


Tambahkan sentuhan ajaib pada penginapan hotel anda dengan pakej perhiasan bilik bertema, yang boleh diperibadikan agar sesuai dengan sebarang acara yang diraikan - hari lahir atau ulang tahun.
Baca Lebih Lanjut

Aktiviti Hotel bersama Rakan-Rakan Disney

Sertai Goofy untuk senaman tai chi pagi di Hong Kong Disneyland Hotel; atau luangkan masa di Studio Lounge ditemani Goofy untuk menonton filem Disney. Nikmati detik bergambar bersama-sama untuk mengingati pertemuan ajaib!
 
Tetamu yang menginap di salah satu resort daripada tiga hotel boleh menyertai aktiviti menyeronokkan sepanjang hari di ketiga-tiga hotel. 
 
*Tertakluk kepada ketersediaan dan keadaan cuaca. Semua aktiviti tertakluk kepada perubahan tanpa notis awal.

Pakej Perhiasan Bilik Hotel

Tambahkan sentuhan ajaib pada penginapan hotel anda dengan pakej perhiasan bilik bertema, yang boleh diperibadikan agar sesuai dengan sebarang acara yang diraikan - hari lahir atau ulang tahun. Berikan kejutan kepada yang tersayang dengan perhiasan termasuk alas katil, pelekat pintu dan belon. Tempah lebih awal untuk peluang dimanjakan pada musim bunga ini.
 
*Gambar untuk rujukan sahaja
MAKAN DAN MEMBELI-BELAH

Rasai Suasana Musim Bunga di Taman


Menerokai Taman sudah pasti mampu menaikkan selera anda! Nikmati pelbagai perisa musim ini di lokasi tempat makan di seluruh Taman Tema - nikmati pemanis mulut yang comel dari Duffy dan Rakan-Rakan di Market House Bakery di Main Street, U.S.A. atau sejukkan badan dengan StellaLou Lime Freeze atau White Peach dan Minuman Pink Guava dalam Gelas Buah Tangan Duffy istimewa dari Corner Café.
Baca Lebih Lanjut

Nikmati menu musim bunga yang istimewa di Hotel


Sama ada anda mencari kudapan pantas atau hidangan yang sihat, menu musim bunga kami di Hotel akan memastikan anda mengalah pada hidangan yang disediakan. Di Walt’s Café, nikmati set hidangan tengahari yang menampilkan pastri, hidangan savuri dan teh perisa istimewa daripada Duffy dan Rakan-Rakan.
Baca Lebih Lanjut

Membeli-Belah Karnival


Terokai kepelbagaian lebih daripada 70 item baharu yang terdapat di Karnival, daripada patung permainan, pakaian dan barangan kemas. Bawa pulang item paling laris daripada koleksi Taman Musim Bunga Disney, item koleksi Easter Bunny-Duffy and Friends, watak berbentuk telur Eggstravaganza dan barangan Tsum Tsum. 

Rasai Suasana Musim Bunga di Taman

Menerokai Taman sudah pasti mampu menaikkan selera anda! Nikmati pelbagai perisa musim ini di lokasi tempat makan di seluruh Taman Tema - nikmati pemanis mulut yang comel dari Duffy dan Rakan-Rakan di Market House Bakery di Main Street, U.S.A. atau sejukkan badan dengan StellaLou Lime Freeze atau White Peach dan Minuman Pink Guava dalam Gelas Buah Tangan Duffy istimewa dari Corner Café.
 
Anda juga boleh menikmati Set Istimewa Musim Bunga Plaza Inn, Pakej Hidangan Musim Bunga di Royal Banquet Hall bersama DIY Duffy Cupcakes dan pemanis mulut-dan banyak lagi!

Nikmati menu musim bunga yang istimewa di Hotel

Sama ada anda mencari kudapan pantas atau hidangan yang sihat, menu musim bunga kami di Hotel akan memastikan anda mengalah pada hidangan yang disediakan. Di Walt’s Café, nikmati set hidangan tengahari yang menampilkan pastri, hidangan savuri dan teh perisa istimewa daripada Duffy dan Rakan-Rakan.
 
Bufet Makan Malam Hari Keluarga Chef Mickey merupakan sesuatu yang perlu dicuba oleh keluarga! Anda dan yang tersayang akan berseronok di bengkel menghias biskut musim bunga kami, diikuti dengan bufet watak yang menyelerakan.
PETUA BIJAK

Keseronokan Hari Lahir


Untuk membantu anda menjadikan hari istimewa tersebut lebih istimewa untuk orang yang istimewa, kami akan menyediakan hadiah ikhlas.
Baca Lebih Lanjut

Keutamaan Kemasukan ke Tarikah Terpilih


Tetamu yang menginap di hotel resort akan menerima Pas Keutamaan Kemasukan untuk tarikan terpilih dan tempahan tempat duduk untuk pertunjukan pentas di taman tema*, menjadikan pengalaman ajaib Disney mereka bersama yang tersayang lebih bermakna.
Baca Lebih Lanjut

Kemudahan Mesra Bayi / Kanak-Kanak


Jangan merasa tertekan apabila membawa anak kecil ke Resort.

Apabila anda menginap bersama Disney, kami memastikan seluruh keluarga anda dimanjakan sepenuhnya - termasuk si kecil. Semua tetamu di bilik di setiap hotel Resort boleh dilengkapi dengan katil bayi dan tab mandian bayi, tersedia pada permintaan semasa anda menempah.
Baca Lebih Lanjut

Keseronokan Hari Lahir

Untuk membantu anda menjadikan hari istimewa tersebut lebih istimewa untuk orang yang istimewa, kami akan menyediakan hadiah ikhlas - kek hari lahir lipatan tuala dan kad hari lahir di bilik penginapan anda di mana-mana 3 hotel. Hanya beritahu kami bilakah anda akan menginap.
 
Anda juga boleh memesan kek hari lahir di restoran yang ditentukan untuk menjadikan hari istimewa ini lebih bermakna. Sila buat tempahan 48 jam lebih awal.

Keutamaan Kemasukan ke Tarikah Terpilih

Tetamu yang menginap di hotel resort akan menerima Pas Keutamaan Kemasukan untuk tarikan terpilih dan tempahan tempat duduk untuk pertunjukan pentas di taman tema*, menjadikan pengalaman ajaib Disney mereka bersama yang tersayang lebih bermakna.
 
*Tertakluk pada ketersediaan. Tarikan boleh digantung atau ditutup tanpa notis awal. Pas Keutamaan Kemasukan akan diberikan mengikut bilangan tetamu dalam setiap bilik dengan maksimum empat pas bagi setiap bilik.

Kemudahan Mesra Bayi / Kanak-Kanak

Jangan merasa tertekan apabila membawa anak kecil ke Resort.
 
Apabila anda menginap bersama Disney, kami memastikan seluruh keluarga anda dimanjakan sepenuhnya - termasuk si kecil. Semua tetamu di bilik di setiap hotel Resort boleh dilengkapi dengan katil bayi dan tab mandian bayi, tersedia pada permintaan semasa anda menempah. Ada lagi, perkhidmatan penjagaan kanak-kanak tersedia dari Bilik Tetamu anda, atau di Bilik Bermain Storybook.
 
Pusat Penjagaan Bayi terletak di Taman Tema pada Main Street U.S.A., yang menawarkan bilik menyusu yang selesa, kawasan menukar lampin, kerusi tinggi sekiranya diminta, serta kemudahan peti sejuk, ketuhar gelombang mikro dan air panas, untuk memastikan anda mempunyai segala yang diperlukan untuk memenuhi keperluan bayi anda. 
 
Untuk tetamu dengan kanak-kanak, kereta tolak tersedia untuk disewa di Main Street, U.S.A. Tetamu boleh meletak kereta tolak di kawasan meletak kereta tolak.