• Hong Kong Disneyland Park is reopened with health & safety measures. All guests entering the park are required to undergo temperature screening, wear face masks & scan the “LeaveHomeSafe” QR code or register contact details as required by the regulations. Details
  • Reservation with name & contact number is required for Park visits. Magic Access Platinum members may reserve beginning 16 days prior to arrival, while Gold & Silver members may reserve beginning 15 days prior to arrival. Other guests may reserve beginning 14 days prior to arrival. Guests may refer to Park Calendar for the latest Park opening schedule.
    >> Reserve Now or Check Your Reservation <<.
  • Social distancing measures have been implemented. Character experiences have been adjusted. Details
  • Special arrangement for unused park tickets, date-specific products, hotel bookings & Magic Access memberships. Details
  • For restaurants operating in Type C Mode of Operation (without “Designated Zone B” delineated), usage of “LeaveHomeSafe” app is required upon entry. Maximum 6 persons per table. List of Restaurants
Hong Kong Disneyland Park Reopening and Important Information - 24 Oktober 2021
  • Hong Kong Disneyland Park is reopened with health & safety measures. All guests entering the park are required to undergo temperature screening, wear face masks & scan the “LeaveHomeSafe” QR code or register contact details as required by the regulations. Details
  • Reservation with name & contact number is required for Park visits. Magic Access Platinum members may reserve beginning 16 days prior to arrival, while Gold & Silver members may reserve beginning 15 days prior to arrival. Other guests may reserve beginning 14 days prior to arrival. Guests may refer to Park Calendar for the latest Park opening schedule.
    >> Reserve Now or Check Your Reservation <<.
  • Social distancing measures have been implemented. Character experiences have been adjusted. Details
  • Special arrangement for unused park tickets, date-specific products, hotel bookings & Magic Access memberships. Details
  • For restaurants operating in Type C Mode of Operation (without “Designated Zone B” delineated), usage of “LeaveHomeSafe” app is required upon entry. Maximum 6 persons per table. List of Restaurants

Raikan Cinta

room-and-ticket-hero-00-1800x720
a11y.beginsTooltip a11y.endsTooltip
Nikmati keajaiban Disney yang sejati dengan Percutian bersama pasangan yang romantis dan berikan pasangan anda pengalaman yang tidak akan dilupakan. Saat yang menyentuh hati adalah tidak berpenghujung dengan pakej bilik bertema yang mempesonakan, hidangan yang lazat dan pengalaman resort yang penuh keriangan. Datang dan hidupkan semula percintaan dengan saat istimewa dan kejutan yang menyentuh hati di Hong Kong Disneyland.
Jadikan Sambutan Istimewa Lebih Bermakna
Sambutan ulang tahun adalah sesuatu yang setiap pasangan perlu hargai - tidak kira anda pasangan muda atau sudah mempunyai anak! Apakah cara yang lebih baik untuk menghidupkan semula percintaan selain sambutan sepanjang hari bersama yang tersayang di hotel Disney?

“Raikan Ulang Tahun Perkahwinan” Pakej Hiasan Bilik Bertema


Hiasan bilik bertema sambutan ulang tahun kami akan menghiasi hari istimewa anda dengan suasana romantis dan membolehkan anda untuk menunjukkan tanda penghargaan anda kepada insan yang anda kasihi. Hanya pilih hiasan bilik dari “Pilihan Tambahan” apabila menempah penginapan hotel anda di tapak web rasmi kami.
room-and-ticket-hero-00-1800x720

Kejutan Tuala Berbentuk Kek


Kongsi bersama kami rancangan sambutan anda semasa anda membuat tempahan bilik, dan kami akan menambah gubahan tuala berbentuk kek ke bilik anda secara percuma, memberikan insan tersayang anda kejutan yang menyeronokkan!
room-and-ticket-hero-00-1800x720

Makan Siang Istimewa di Hotel Kami


Restoran istimewa kami memberikan suasana romantis yang sempurna agar anda boleh membawa insan tersayang keluar untuk malam yang istimewa, sama ada untuk menyambung ulang tahun atau sebagai hadiah untuk memanjakannya.
room-and-ticket-hero-00-1800x720

Sertai Aktiviti Hotel dengan Watak-watak Disney


Jadikan pengalaman anda lebih mengasyikkan dengan menyertai aktiviti hotel bersama dengan rakan-rakan Disney kegemaran anda. Contohnya, mulakan perjalanan hotel anda pada waktu pagi dengan rangsangan tenaga tambahan di kelas Tai Chi dengan watak Disney.
room-and-ticket-hero-00-1800x720

Photo Fun di Hotel Photo Spots


Tidak kira berapa umur anda, atau hotel yang anda tinggal, terdapat banyak pengalaman yang menyeronokkan untuk dikongsi bersama kekasih anda. Hilangkan diri anda di Mickey Maze di Hong Kong Disneyland Hotel atau berjalan-jalan sambil berpegangan tangan menyelusuri Four Unique Gardens di Disney Explorers Lodge. Di setiap hotel terdapat banyak tempat-tempat fotogenik yang berilhamkan romantik untuk menangkap saat magis.
room-and-ticket-hero-00-1800x720

Rasai Suasana Romantis di Hotel kami


Bersiar-siar di sepanjang pantai Laut China Selatan yang menakjubkan yang menghubungkan ketiga-tiga hotel. Nikmati bayu laut dan pemandangan tepi laut yang indah - Apakah cara yang lebih baik untuk meluangkan tengah hari yang santai dengan teman yang istimewa? Di Hong Kong Disneyland Hotel, pemuzik memainkan muzik dari platform pentas tingkat 6, untuk menghiburkan Tetamu yang bersiar-siar di setiap tingkat.
Sambut dengan Hidangan yang Lazat
Tidak ada yang lebih menyentuh hati daripada berkongsi makanan yang lazat dengan persekitaran yang mempesonakan. Alami suasana romantis yang sempurna untuk dua orang di restoran hotel yang elegan dan tempat makan yang magis di seluruh taman.
room-and-ticket-hero-00-1800x720

Temui Rakan-Rakan Disney di Enchanted Garden Restaurant


Makan di Enchanted Garden Restaurant di Hong Kong Disneyland Hotel dan nikmati pelbagai sajian istimewa. Tambahan lagi, anda boleh menikmati kemunculan Watak istimewa dari masa ke masa. Tangkap gambar mereka atau bergaya untuk swafoto (Penjarakan sosial perlu dikekalkan semasa dalam barisan).
room-and-ticket-hero-00-1800x720

Pencuci Mulut Chart Room


Di Chart Room Cafe di Disney Explorers Lodge, jangan lepaskan Wafel Mickey kami yang terkenal dan Gelato Homemade, tersedia sebagai sebahagian daripada Menu Sepanjang Hari anda. Rasanya sama enak tidak kira pada waktu pagi atau suapan terakhir anda untuk hari itu. Pakar pastri kami turun mengesyorkan “Mickey Tiramisu”, “Minnie Strawberry Chocolate Mousse Cake” dan “The Traveler Coffee Chocolate Layer Cake”, yang anda akan dapati kesemuanya susah untuk ditolak!

Coklat Dreamer’s Lookout


Dreamer’s Lookout ialah lokasi makanan dan minuman baharu yang selesa di Disney Explorers Lodge. Jangan lupa untuk singgah di Dreamer’s Lookout, tempat makan kasual baharu yang selesa, untuk pelbagai manisan yang lazat dan cenderahati watak coklat. Ini ialah tempat yang sempurna untuk berhenti seketika untuk meraikan percintaan sambil menikmati makanan ringan.
room-and-ticket-hero-00-1800x720

Set Minum Petang bertema Duffy dan Rakan-rakan di Main Street Corner Cafe Hosted by Coca-Cola®


Set Minum Petang bertema Duffy & Rakan-rakan yang dihidangkan di Main Street Corner Cafe yang diacarakan oleh Coca-Cola® menjadi pemanis mulut petang yang hebat. Item menu yang sedap dan berwarna-warni merupakan pesta bagi pandangan dan juga selera.
room-and-ticket-hero-00-1800x720

Singgah di Main Street Bakery untuk Pastri dan Hidangan Ringan


Perlu dorongan semasa hari yang menyeronokkan? Langkah masuk ke Main Street Bakery untuk makanan yang lazat dalam bentuk watak Disney, dengan pastri comel sepertidonat Duffy atau ShellieMay. Jangan lupa untuk menangkap gambar sebelum menjamu selera!
Abadikan Hari Anda dengan Hadiah Istimewa
Berpakaian dengan bergaya semasa percutian Disney anda yang romantis. Selami watak dengan peralatan Disney yang unik dan cadangan hadiah untuk menjadikan perjalanan magis anda di Hong Kong Disneyland lebih tidak dapat dilupakan.
room-and-ticket-hero-00-1800x720

Cekak Rambut Mickey & Minnie


Dandan diri untuk keseronokan Disney dengan cekak rambut Mickey atau Minnie yang bergaya ini – lebih baik lagi, dapatkan sepasang yang sama untuk diri sendiri dan orang kesayangan anda!
room-and-ticket-hero-00-1800x720

Jambangan Bunga Tsum Tsum


Tidak ada yang menunjukkan kasih sayang anda seperti hadiah yang romantis. Berikan insan tersayang kejutan ulang tahun yang istimewa semasa percutian romantis Disney anda dengan jambangan bunga Tsum Tsum yang comel.
room-and-ticket-hero-00-1800x720

Kemeja-T Berpasangan yang Sedondon


Dapatkan kemeja-T yang sedondon di kedai kami untuk mempamerkan kasih sayang anda terhadap satu sama lain. Mengapa tidak berkongsi kecintaan dan memakai kemeja-T sedondon yang menampilkan pasangan Disney terkenal yang abadi, Minnie Mouse dan Mickey Mouse.
Hari yang penuh Keriangan di Taman
Berikan kejutan yang tidak akan dilupakan kepada kesayangan anda. Lihat tarikan yang paling ajaib di taman dan kejutkan dengan kehadiran mengejut oleh watak Disney kegemaran anda. Hiburkan pasangan anda dengan lebih romantis melalui pengalaman taman yang berikut.
room-and-ticket-hero-00-1800x720

Bersedialah Untuk Kejutan yang Menyeronokkan oleh Rakan-rakan Disney!


Menjelang waktu ajaib di Hong Kong Disneyland. Rakan-rakan Disney akan datang dan memberikan kejutan kepada anda dalam keadaan yang paling tidak anda sangka! Capai telefon anda dan bergaya untuk swafoto (Penjarakan sosial perlu dikekalkan semasa dalam barisan).
room-and-ticket-hero-00-1800x720

Cinderella Carousel


Berpusing ke atas dan ke bawah mengikut alunan muzik yang menyeronokkan di atas sebuah kuda megah berdiri pada tarikan klasik ini diinspirasikan oleh Cinderella Disney.
room-and-ticket-hero-00-1800x720

Ant-Man dan The Wasp: Pertempuran Nano!


Alami keseronokan menjadi kecil sebesar semut semasa anda bertempur bersama-sama dengan Ant-Man dan The Wasp untuk menghalang data sulit S.H.I.E.L.D. daripada jatuh ke tangan Hydra. Berusahalah bersungguh-sungguh untuk menyertai pertempuran epik ini!
room-and-ticket-hero-00-1800x720

Big Grizzly Mountain Runaway Mine Cars


Masuk dan keluar gua yang berputar dan lalu berdegam-degum melalui Grizzly Gulch semasa menaiki kereta api lombong yang pantas. Merentas gunung, jatuh menjunam menuruni bukit dan meluncur sekitar bandar melombong emas yang terkenal—ke depan dan ke belakang!

RC Racer


Menaiki RC untuk satu pelumbaan menentang graviti, memecut laju dan berulang-alik yang sungguh mendebarkan di landasan tinggi berbentuk U.
Rancang Lawatan Anda
Kesejahteraan tetamu resort kami sentiasa menjadi keutamaan kami.
Lihat Melawat dengan Senang Hati pada protokol kesihatan dan keselamatan kami serta buat tempahan lawatan anda dengan mudah.

Kami mungkin dari masa ke masa, tanpa pemberitahuan terlebih dahulu dan tanpa bayaran balik atau pampasan, mengubah waktu operasi Taman Tema atau tarikan, menutup Taman Tema atau mana-mana bahagian secara sementara, mengehadkan bilangan orang yang boleh mengakses Taman dan/atau membatalkan atau menggantung sebarang tarikan atau program hiburan disebabkan oleh kapasiti, cuaca buruk atau acara khas, untuk memastikan keselamatan, sekuriti atau keaturan atau jika kami mempertimbangkan keperluan sesuatu keadaan.

Untuk kesihatan dan keselamatan Tetamu dan Barisan Pelakon kami, kami telah membuat penyelarasan pada beberapa perkhidmatan hotel kami yang termasuk menangguhkan, mengurangkan atau menyelaras format pengalaman dan aktiviti interaktif (seperti sambutan watak), mengehadkan tempoh dan/atau cara akses kepada kemudahan hotel (seperti kolam renang dan bilik permainan) dan aktiviti rekreasi. Tempahan awal mungkin diperlukan untuk perkhidmatan terpilih. Penyelarasan ini akan kekal sehingga notis selanjutnya.