Kejutan Hari Jadi
Kongsi dengan kami rancangan sambutan anda apabila anda membuat tempahan bilik, dan kami akan menambah gubahan tuala berbentuk kek dan kad di bilik anda secara percuma, memberikan kejutan yang menyeronokkan kepada yang tersayang!
Kami mungkin dari masa ke masa, tanpa pemberitahuan terlebih dahulu dan tanpa bayaran balik atau pampasan, mengubah waktu operasi Taman Tema atau tarikan, menutup Taman Tema atau mana-mana bahagian secara sementara, mengehadkan bilangan orang yang boleh mengakses Taman dan/atau membatalkan atau menggantung sebarang tarikan atau program hiburan disebabkan oleh kapasiti, cuaca buruk atau acara khas, untuk memastikan keselamatan, sekuriti atau keaturan atau jika kami mempertimbangkan keperluan sesuatu keadaan.
Untuk kesihatan dan keselamatan Tetamu dan Barisan Pelakon kami, kami telah membuat penyelarasan pada beberapa perkhidmatan hotel kami yang termasuk menangguhkan, mengurangkan atau menyelaras format pengalaman dan aktiviti interaktif (seperti sambutan watak), mengehadkan tempoh dan/atau cara akses kepada kemudahan hotel (seperti kolam renang dan bilik permainan) dan aktiviti rekreasi. Tempahan awal mungkin diperlukan untuk perkhidmatan terpilih. Penyelarasan ini akan kekal sehingga notis selanjutnya.