• Hong Kong Disneyland Park is reopened with health & safety measures. All guests entering the park are required to undergo temperature screening, wear face masks & scan the “LeaveHomeSafe” QR code or register contact details as required by the regulations. Details
  • Reservation with name & contact number is required for Park visits. Magic Access Platinum members may reserve beginning 16 days prior to arrival, while Gold & Silver members may reserve beginning 15 days prior to arrival. Other guests may reserve beginning 14 days prior to arrival. Guests may refer to Park Calendar for the latest Park opening schedule.
    >> Reserve Now or Check Your Reservation <<.
  • Social distancing measures have been implemented. Character experiences have been adjusted. Details
  • Special arrangement for unused park tickets, date-specific products, hotel bookings & Magic Access memberships. Details
Hong Kong Disneyland Park Reopening and Important Information - 29 Julai 2021
  • Hong Kong Disneyland Park is reopened with health & safety measures. All guests entering the park are required to undergo temperature screening, wear face masks & scan the “LeaveHomeSafe” QR code or register contact details as required by the regulations. Details
  • Reservation with name & contact number is required for Park visits. Magic Access Platinum members may reserve beginning 16 days prior to arrival, while Gold & Silver members may reserve beginning 15 days prior to arrival. Other guests may reserve beginning 14 days prior to arrival. Guests may refer to Park Calendar for the latest Park opening schedule.
    >> Reserve Now or Check Your Reservation <<.
  • Social distancing measures have been implemented. Character experiences have been adjusted. Details
  • Special arrangement for unused park tickets, date-specific products, hotel bookings & Magic Access memberships. Details

Pengalaman Disney Lengkap

halloween time
a11y.beginsTooltip a11y.endsTooltip
Nikmati setiap detik ajaib apabila anda mendalami kisah menawan Hong Kong Disneyland, destinasi yang tidak boleh dilepaskan oleh peminat Disney di mana-mana saja. Sentiasa terdapat banyak perkara untuk dilakukan di sini siang dan malam. Untuk pengalaman ajaib yang sebenar untuk anda dan rakan anda, menginaplah di mana-mana hotel di resort dan masuk ke taman dengan mudah, serta banyak manfaat istimewa untuk tetamu sahaja.
Penginapan Bertema yang Unik
Penginapan di mana-mana hotel bertema yang unik di Hong Kong Disneyland membawa anda mendalami pengalaman ajaib Disney yang sebenar. Terokai dunia eksotik di Disney Explorers Lodge, kembara masa ke keanggunan zaman Victoria di Hong Kong Disneyland Hotel atau berasa seperti bintang filem di Disney's Hollywood Hotel. Penginapan di mana-mana hotel membuka pengalaman Disney yang mendalam dari detik anda melangkah masuk ke hotel.

Perkhidmatan Eksklusif di Suite Kelab Kingdom


Tetamu yang menginap di Suite Kelab Kingdom di Hong Kong Disneyland Hotel menikmati pilihan makanan dan minuman sebagai hadiah ikhlas di bilik istirehat Kelab Kingdom dari pagi ke petang, bersama dengan perkhidmatan yang diperibadikan seperti pembelian tiket taman, perkhimatan maklumat taman dan tempahan restoran.

graduation

Sertai Aktiviti Hotel bersama Rakan-Rakan Disney


Jadikan pengalaman anda lebih mengasyikkan dengan menyertai aktiviti hotel bersama dengan rakan-rakan Disney kegemaran anda. Mulakan perjalanan hotel anda pada waktu pagi dengan rangsangan tenaga tambahan di kelas Tai Chi dengan watak Disney.
graduation

Cari tempat mengambil gambar yang hebat di sekitar hotel – dan Mickey yang tersembunyi!


Terokai aktiviti mengagumkan untuk semua peringkat usia di hotel bertema Hong Kong Disneyland. Berseronok semasa menerokai Mickey Maze di Hong Kong Disneyland Hotel. Cari Mickey yang tersembunyi di sekitar hotel – berapa banyak yang boleh anda temui? Ingat untuk membawa kamera anda untuk menangkap gambar pengembaraan anda!
Pengalaman Makan yang Mengagumkan
Masakan bertaraf dunia dan layanan yang sangat baik merupakan ciri makan di hotel Hong Kong Disneyland Resort. Anda juga akan mendapat pengalaman makan yang mengagumkan di restoran di seluruh park. Di mana-mana restoran yang anda pilih, bersedia untuk mendapat pilihan menarik daripada rasa Cina, Asia dan Barat yang istimewa dan anda juga mungkin akan bertemu dengan watak Disney kegemaran anda di restoran!
graduation

Temui Rakan Disney di Enchanted Garden Restaurant


Makan di Enchanted Garden Restaurant di Hong Kong Disneyland Hotel dan nikmati pelbagai sajian istimewa. Lebih lagi, anda boleh menikmati kemunculan Watak istimewa dari masa ke masa. Tangkap gambar mereka atau bergaya untuk swafoto (Penjarakan sosial perlu dikekalkan semasa dalam barisan).
graduation

Duffy & Rakan-rakan Set Minum Petang bertema Duffy dan Rakan-rakan


Set Minum Petang bertema Duffy & Rakan-rakan yang dihidangkan di Main Street Corner Cafe yang diacarakan oleh Coca-Cola® menjadi pemanis mulut petang yang hebat. Item menu yang sedap dan berwarna-warni merupakan pesta bagi pandangan dan juga selera.

Masakan antarabangsa yang hebat daripada kegemaran barat ke hidangan lazat Asia


Dengan panel kayu yang menawan, lekapan loyang yang bersinar dan candelier hiasan, Walt’s Cafe di Hong Kong Disneyland Hotel melambangkan restoran mewah Amerika yang klasik, menghidangkan stik yang menyelerakan, udang karang Boston gril dan bebiri rak. Di Disney Explorers Lodge, Restoran World of Color membawa anda melawati semua masakan lazat di seluruh dunia, dengan paella Sepanyol, mi Thai, piza, pasta dan banyak lagi pada menu pelbagainya yang hebat.
graduation

Memikirkan sesuatu yang manis?


Meraikan peristiwa istimewa atau hanya mencari pemanis mulut? Anda boleh memilih untuk menempah kek bertema Disney kegemaran anda dengan lebih awal atau mengambil kek yang sudah tersedia di Chart Room Cafe di Disney Explorers Lodge. Di Dreamer’s Lookout, restoran kasual di resort, anda juga boleh menemui pilihan yang luar biasa bagi pemanis mulut coklat lazat yang manis dan bertema watak.
graduation

Singgah di Main Street Bakery untuk membeli


Perlu dorongan semasa hari yang menyeronokkan? Langkah masuk ke Main Street Bakery untuk makanan yang lazat dalam bentuk watak Disney, dengan pastri comel seperti donut Duffy atau ShellieMay. Jangan lupa untuk menangkap gambar sebelum menjamu selera! Main Street Bakery menghidangkan makanan bakar, minuman sejuk dan panas, serta pencuci mulut yang mudah dibawa pulang.
Bawa pulang sedikit magik daripada Disney
Terdapat cara yang mudah untuk membawa pulang sedikit magik daripada kunjungan anda ke Hong Kong Disneyland. Anda akan menemui peti harta karun hebat mengagumkan dengan pakaian, aksesori, permainan, perkakasan rumah, barang kemas, produk yang diperibadikan dan banyak lagi di mana-mana kedai yang terdapat di hotel dan taman. Cari hadiah atau cenderahati sempurna yang akan membuat anda tersenyum lagi untuk bertahun-tahun akan datang.
halloween time

Peribadikan Topi Telinga Mickey ikonik anda


Topi Telinga Mickey merupakan cenderahati yang perlu didapatkan semasa kunjungan anda dan akan menjadi kenangan berharga untuk masa seronok yang diluangkan bersama dengan keluarga dan rakan-rakan di Hong Kong Disneyland. Untuk sentuhan istimewa, anda juga boleh memperibadikan topi Telinga Mickey dengan menyulam nama anda padanya.
halloween time

Cekak Rambut Mickey & Minnie


Dandan diri untuk keseronokan Disney dengan cekak rambu Mickey atau Minnie yang bergaya ini – lebih baik lagi, dapatkan pasangan yang sesuai untuk diri sendiri dan orang kesayangan anda!
graduation

Barang Niaga Duffy dan Rakan-rakan


Peminat Duffy dan Rakan-rakan akan berasa gembira dengan pelbagai barang niaga Duffy & Rakan-rakan yang mengagumkan di Hong Kong Disneyland. Terdiri daripada alat tulis, permainan dan biskut, barang niaga ini sempurna untuk dibawa pulang atau sebagai cenderahati untuk yang tersayang!
graduation

Kenangan Bertema Perayaan


Pastikan untuk mendapatkan barang niaga Disney edisi terhad apabila anda mengunjungi Hong Kong Disneyland semasa musim perayaan – tidak kira Hari Natal atau Tahun Baharu Cina. Ini tersedia untuk masa yang terhad sahaja, jadi dapatkannya sebelum kehabisan stok! Barang niaga Ulang Tahun Hong Kong Disneyland yang ke-15 perlu berada dalam senarai beli-belah semua orang! Terdapat pelbagai tanda kenangan dan barang eksklusif untuk mengingati sambutan.
graduation

Koleksi Eksklusif Hong Kong Disneyland


Jadikan kunjungan and bertambah istimewa dengan snek, minuman dan cenderahati yang eksklusif di Hong Kong Disneyland, termasuk Tongkat Sakti Buih Ajaib, Memorabilia Disney Explorer’s Lodge dan kemeja-T Mickey bertema Hong Kong.
Para tetamu yang menempah bilik di hotel resort boleh menikmati Mickey di dalam plush Jubah dengan kos tambahan. (
Bersedialah untuk kejutan yang menyeronokkan oleh rakan-rakan Disney!
Menjelang waktu ajaib di Hong Kong Disneyland. Rakan-rakan Disney akan datang dan memberikan kejutan kepada anda dalam keadaan yang paling tidak anda sangka!
graduation

Mickey Mouse memakai Kostum Istimewa


Mickey akan muncul memakai kostum indah daripada bilik kebal Disney. Gambar pakaian Mickey yang menawan sepanjang tahun akan kelihatan hebat dalam album foto atau suapan media sosial anda.
birthday

Detik Istimewa bersama dengan Rakan Disney Kegemaran Anda


Rakan Disney kami akan muncul dengan cara istimewa yang baharu! Mickey dan Minnie akan menunggang Dumbo si Gajah Terbang, Stitch akan terbang dengan Orbitron dalam Tomorrowland dan Toy Soldiers daripada Toy Story akan melatih Toy Soldier Parachute Drop mereka sendiri.
birthday

Bergaya untuk Swafoto


Banyak rakan Disney yang lain akan menyertai keseronokan! Donald Duck dan Daisy, Chip dan Dale, Woody dan Rakan-rakan, serta Iron Man juga akan muncul di tempat berbeza di taman, menunggu untuk anda mendapatkan telefon anda dan bergaya untuk swafoto (Penjarakan sosial perlu dikekalkan semasa dalam barisan).
Pertunjukan dan Tarikan yang Tidak Boleh Dilepaskan
Lihat beberapa tarikan kami yang paling menarik di taman kami untuk melengkapkan pengalaman Disney anda yang mengasyikkan.
birthday

Cinderella Carousel

Berpusing ke atas dan ke bawah mengikut alunan muzik yang menyeronokkan di atas sebuah kuda megah berdiri pada tarikan klasik ini diinspirasikan oleh Cinderella Disney. Naiki dan berlari-lari dengan karusel yang berhias berlatar belakang warna-warni dan bunyi-bunyian.
graduation

Iron Man Experience – Dipersembahkan oleh AIA


Salah satu adiwira terhebat di dunia ada dalam kalangan kita! Langkah ke dunia hebat Stark Industries dan lihat makarya teknologi terkini. Ambil sepasang cermin mata StarkVision dan terbang bersama-sama Iron Man, dan bersedia untuk bertindak kerana terdapat elemen Hydra yang beroperasi di rantau ini!
graduation

Mickey and the Wondrous Book


Semasa pengeluaran pentas pusparagam muzikal yang menggembirakan ini, anda akan menyaksikan pertunjukan “Happily Ever After” luar biasa dan unik, diisi dengan lagu dan cerita Disney kegemaran anda.
birthday

Festival of the Lion King


Gayut ke keseronokan dalam hutan dengan penari akrobat dan api semasa Simba, Timon dan Pumbaa dihidupkan dalam muzikal ekstravaganza.

Big Grizzly Mountain Runaway Mine Cars


Masuk dan keluar gua yang berputar dan lalu berdegam-degum melalui Grizzly Gulch semasa menaiki kereta api lombong yang pantas. Merentas gunung, jatuh menjunam menuruni bukit dan meluncur sekitar bandar melombong emas yang terkenal—ke depan dan ke belakang!
Rancang Lawatan Anda
Kesejahteraan tetamu resort kami sentiasa menjadi keutamaan kami.
Lihat Melawat dengan Senang Hati pada protokol kesihatan dan keselamatan kami serta buat tempahan lawatan anda dengan mudah.

Kami mungkin dari masa ke masa, tanpa pemberitahuan terlebih dahulu dan tanpa bayaran balik atau pampasan, mengubah waktu operasi Taman Tema atau tarikan, menutup Taman Tema atau mana-mana bahagian secara sementara, mengehadkan bilangan orang yang boleh mengakses Taman dan/atau membatalkan atau menggantung sebarang tarikan atau program hiburan disebabkan oleh kapasiti, cuaca buruk atau acara khas, untuk memastikan keselamatan, sekuriti atau keaturan atau jika kami mempertimbangkan keperluan sesuatu keadaan.

Untuk kesihatan dan keselamatan Tetamu dan Barisan Pelakon kami, kami telah membuat penyelarasan pada beberapa perkhidmatan hotel kami yang termasuk menangguhkan, mengurangkan atau menyelaras format pengalaman dan aktiviti interaktif (seperti sambutan watak), mengehadkan tempoh dan/atau cara akses kepada kemudahan hotel (seperti kolam renang dan bilik permainan) dan aktiviti rekreasi. Tempahan awal mungkin diperlukan untuk perkhidmatan terpilih. Penyelarasan ini akan kekal sehingga notis selanjutnya.