Taman Tema Hong Kong Disneyland
Adventureland
Kemasukan ke Taman yang Sah Diperlukan
Perkhidmatan Pantas
Berlayarlah ke syurga South Pacific yang menghidangkan makanan Halal dan Juadah Kari.
Nikmati hidangan perkhidmatan yang pantas di beranda terbuka atau halaman landskap dipenuhi dengan tiki nakal. Semasa anda nikmati makanan lazat anda sambil dikelilingi orang kesayangan anda, anda seperti dibawa ke suatu negeri yang jauh di mana ketenangan dan pertalian yang erat melimpah ruah seperti cahaya matahari.
Pelbagai juadah gaya kari menunggu anda termasuklah pilihan seperti kaki bebiri tumis-reneh kari merah berserta nasi, kari daging Malaysia berserta nasi, aloo mutter dengan beriani sayur dan Bihun Sup Kari Hijau Kurang Pedas dengan Daging.
Katakan aloha untuk makanan lazat dan masa yang menyeronokkan—di bawah perhatian dewa tiki yang mesra—di Tahitian Terrace!
Hidangan
Semua item daging yang dihidangkan di Tahitian Terrace disahkan halal oleh The Incorporated Trustees of The Islamic Community Fund of Hong Kong.
Semua item menu tertakluk kepada perubahan tanpa notis.