Krismas Disney – Hargai Tradisi anda
14 November 2019 - 1 Januari 2020

Tempah awal dan jimat sehingga 20% pada tawaran hotel yang terhad! uiplus.tooltip.alt - Semak dan tempah dalam talian sekarang!

Krismas Disney – Hargai Tradisi anda

Jalan yang bersinar-sinar, peragaan tingkap yang cantik, pokok Krismas dan juga salji ... semua unsur Krismas tradisional boleh didapati semasa 'Disney Christmas' di Hong Kong Disneyland Resort! Rancang percutian anda dan manjakan keluarga dan diri anda sendiri dengan penginapan musim cuti di hotel kami. Banyak acara akan diadakan yang pasti anda suka. Meriahkan cuti anda dengan gaya Krismas dengan penginapan musim cuti 3 hari 2 malam di resort.
Hargai Tradisi Anda dengan Krismas ala Disney

Bermakan-makan dengan Rakan-rakan Disney


Aktiviti perayaan musim Krismas pasti membuat anda lapar. Itulah sebab anda tidak boleh ketinggalan pilihan hidangan musim cuti kami ini. Apabila anda menikmati bufet perayaan anda di restoran yang ditetapkan daripada tiga hotel, Watak Disney kegemaran anda mungkin muncul dan memeriahkan suasana makan anda dengan keseronokan!
Lebih Banyak Unsur Ajaib di Hotel

Kelilingi diri dengan Semangat Krismas di Hotel


Masuk ke dalam suasana Krismas dan rasai semangat perayaan dengan aktiviti yang menyeronokkan sepanjang penginapan anda! Tetamu yang menginap di salah satu resort daripada tiga hotel boleh menyertai aktiviti menyeronokkan sepanjang hari di ketiga-tiga hotel.
Baca Lebih Lanjut

Keutamaan Kemasukan ke Tarikah Terpilih


Lengkapkan percutian Disney anda yang sempurna dengan hari yang seronok di Taman Tema! Sebagai tetamu hotel kami, anda akan menerima Pas Kemasukan Utama Tarikan* untuk tarikan terpilih, dan mendapat akses yang mudah kepada Taman Tema dengan Pintu Masuk Taman Tema yang Ditetapkan.
Baca Lebih Lanjut

Kelilingi diri dengan Semangat Krismas di Hotel


Masuk ke dalam suasana Krismas dan rasai semangat perayaan dengan aktiviti yang menyeronokkan sepanjang penginapan anda! Tetamu yang menginap di salah satu resort daripada tiga hotel boleh menyertai aktiviti menyeronokkan sepanjang hari di ketiga-tiga hotel.

*Tertakluk kepada ketersediaan dan keadaan cuaca. Semua aktiviti tertakluk kepada perubahan tanpa notis awal.

Keutamaan Kemasukan ke Tarikan Terpilih

Lengkapkan percutian Disney anda yang sempurna dengan hari yang seronok di Taman Tema! Sebagai tetamu hotel kami, anda akan menerima Pas Kemasukan Utama Tarikan* untuk tarikan terpilih, dan mendapat akses yang mudah kepada Taman Tema dengan Pintu Masuk Taman Tema yang Ditetapkan.

*Tertakluk pada ketersediaan. Tarikan boleh digantung atau ditutup tanpa notis awal. Pas Keutamaan Kemasukan akan diberikan mengikut bilangan tetamu dalam setiap bilik dengan maksimum empat pas bagi setiap bilik.

Suite Cinderella Kelab Kingdom


Menginaplah di Suite Bertema di Hong Kong Disneyland Hotel untuk merasakan pengalaman kisah anda sendiri! Dilengkapi dengan kemudahan eksklusif, karya seni dan hiasan yang terilham daripada Cinderella, pengalaman unik ini di Hong Kong Disneyland Resort yang tetamu tanpa kira umur boleh merealisasikan Impian Kisah Dongeng mereka yang gembira.

Terumbu Rekreasi Nemo Baharu


Terjun ke dalam dunia Terumbu Rekreasi Nemo yang berwarna-warni! Nemo dan rakan-rakannya gemar meluangkan masa menerokai taman permainan bawah air dan bermain-main ke mana-mana sahaja mereka pergi. Mereka menjemput tetamu cilik untuk menyertai mereka dan bergembira bermain bersama-sama. Selain meluncur daripada kapal karam dan sibuk melakukan aktiviti riadah, Nemo dan rakan-rakannya akan menjalani pengembaraan yang menyeronokkan dengan tetamu cilik. Mereka akan memenuhi kawasan terumbu dengan imaginasi dan kreativiti. Tetamu yang menginap di ketiga-tiga hotel Hong Kong Disneyland Resort dijemput untuk menyertai aktiviti ini!
LEBIH BANYAK AKTIVITI SERONOK KRISMAS

Rasai selera musim cuti ini


Aktiviti perayaan musim Krismas pasti membuat anda lapar. Itulah sebab anda tidak boleh ketinggalan snek dan manisan yang terilham daripada musim Krismas di dalam taman tema.

Pilih hadiah anda yang terbaik


Bawa pulang kemeriahan Krismas dengan cenderamata edisi terhad bertemakan Krismas, daripada pakaian, aksesori, mainan sehinggalah hiasan rumah! Semasa anda berjalan-jalan di Main Street, U.S.A., beleklah tingkap kedai yang dihiasi paparan yang menawan.