Pengalaman Percutian Disney

a11y.beginsTooltip a11y.endsTooltip
Memperkenalkan percutian resort ajaib sepanjang hayat. Terletak di Pulau Lantau yang indah menghijau, Hong Kong Disneyland adalah sebuah oasis yang mesra dan selamat untuk keluarga dan peminat Disney semua peringkat umur. Rasakan pengalaman menginap di hotel bertema Disney yang mewah, nikmati pengalaman makan malam bersama watak, tunggangan mengujakan, dan hiburan berkelas dunia. Jadikan percutian impian Disney anda menjadi kenyataan.
Perkara Untuk Dilakukan
Alam Semula Jadi
Dikelilingi oleh gunung-ganang menghijau dan Laut Cina Selatan,
Baca Lebih Lanjut
Istirehat
Menyelam dan berenang dengan tenteram, atau habiskan seharian di resort pantai vintaj.
Baca Lebih Lanjut
Aktiviti Kanak-Kanak
Aktiviti dan permainan bertema Disney ada disediakan untuk
Baca Lebih Lanjut

Alam Semula Jadi

Dikelilingi oleh gunung-ganang menghijau dan Laut Cina Selatan, Resort Disneyland Hong Kong adalah destinasi terhebat untuk percutian ajaib.

Inspiration Lake

Nikmati perasaan menyegarkan berjalan-jalan, joging atau menaiki bot kayuh di Inspiration Lake yang berair jernih dengan pemandangan gunung yang mengagumkan. Ia adalah tempat yang hebat untuk berehat, berfikir dan berseronok dengan orang kesayangan anda.

Perkarangan Taman

Berjalan-jalan di perkarangan taman hijau yang terbentang seperti peta Hollywood, dan ambil gambar di sebelah jalan-jalan terkenal, mercu tanda ikonik dan juga kereta vintaj Amerika. Kanak-kanak juga boleh memanjat, meluncur dan bermain di tempat bermain luar yang mempunyai pemandangan Laut Cina Selatan. Anda boleh menemukan ini di Disney’s Hollywood Hotel.

Istirehat

Menyelam dan berenang dengan tenteram, atau habiskan seharian di resort pantai vintaj.

Sauna, Bilik Stim dan Pusaran Air

Bangunkan deria anda dan naikkan semangat anda dengan berkunjung ke sauna, bilik stim atau pusaran air di Hong Kong Disneyland Hotel.

Gelanggang Tenis

Jaga kesihatan ketika percutian dengan menggunakan pusat kesihatan bertahap tinggi, gelanggang tenis dan bola keranjang.

Kolam Renang

Lepaskan diri ke dalam sanktuari akuatik berkeluasan 107-meter-persegi. Kolam dalam bangunan yang dipanaskan ini menjanjikan kenikmatan siang dan malam—hujan atau panas.

Mickey Maze

Terokai pagar sesat taman Inggeris yang klasik, direka berdasarkan maskot rasmi Syarikat The Walt Disney, yang terletak di antara Hotel Disneyland Hong Kong dan Laut Cina Selatan.

Aktiviti Kanak-Kanak

Aktiviti dan permainan bertema Disney ada disediakan untuk kanak-kanak beserta dengan ruang permainan luar di seluruh resort.

Storybook Playroom

Bilik permainan yang dipenuhi dengan magik! Bayangkan cerita dongeng di ruang permainan yang bertema cantik—termasuk bot dayung, istana, hutan dan teater. Teater miniatur yang menawan hati juga menjadi pentas terbaik untuk tayangan filem Disney dan Disney Storytime yang klasik. Alami keajaiban penceritaan apabila Ahli Watak menceritakan cerita yang tak lapuk dek zaman untuk kanak-kanak di Kingdom Club Lounge.

Bibbidi Bobbidi Boutique

Kanak-kanak perempuan dipelawa untuk menjadi puteri-puteri yang benar di salon magik ini yang menawarkan dandanan, gaya rambut dan persalinan kostum yang ajaib.

Arked

Nikmati keseronokan ala arked klasik di Malibu Games. Tembak gelungan, bermain boling, cabar kawan atau ahli keluarga bermain hoki udara.

Temui Watak Disney

Tangkap gambar, peluk dan dapatkan autograf istimewa dengan Watak Disney kegemaran anda.
Pertunjukan & Hiburan
Rasailah kekaguman apabila magik membawa anda ke tempat yang baru.
Baca Lebih Lanjut
Tarikan
Mulakan pengembaraan ajaib yang membawa anda ke tempat jauh di angkasa dan kembali.
Baca Lebih Lanjut
Membeli-belah
Temui kedai istimewa yang menawarkan hadiah, kenang-kenangan, pakaian dan barang koleksi.
Baca Lebih Lanjut

Pertunjukan & Hiburan

Rasailah kekaguman apabila magik membawa anda ke tempat yang baru. Tonton pertunjukan muzikal langsung, perarakan interaktif dan pertunjukan bunga apa 'Disney in the Stars' yang mengagumkan dan serba baru.

Mickey and the Wondrous Book

Mickey Mouse dan Goofy menyusup masuk ke dalam perpustakaan pada satu malam dan mengetahui tentang kewujudan sebuah buku magik. Setiap kali satu muka surat dibelek, satu cerita Disney yang baru terlihat, dengan produksi muzikal yang gemilang dan mewah.

Festival of the Lion King

Menuju ke hutan bersama akrobat dan penari api, Simba, Timon dan Pumbaa menghidupkan persembahan sebuah muzikal ekstravaganza.

Upacara Penyalaan Pokok Krismas 'Frozen'

Main Street, U.S.A menjadi hidup setiap malam dengan Puteri Anna dan Permaisuri Elsa menghidupkan Pokok Krismas dengan salji yang turun dan kepingan salji yang menari-nari.

“Disney In The Stars” Fireworks

Ekstravaganza jalanan-ke-langit, menyertakan pertunjukan bunga api yang hebat dan projeksi cahaya beranimasi atas Istana Sleeping Beauty, ditambah dengan beraneka lagu-lagu Disney yang menggamit kenangan.

“Disney Paint the Night” Nighttime Spectacular

Bebaskan imaginasi anda apabila Mickey Mouse menghangatkan malam dengan perarakan Watak Disney dan ratu visi ajaib.

Flights of Fantasy Parade

Bersorak keriangan semasa Watak Disney Menyertai perarakan diiringi muzik, tarian dan keseronokan 'di udara'.

Tarikan

Mulakan pengembaraan ajaib yang membawa anda ke tempat jauh di angkasa dan kembali. Bersedialah untuk mengembara merentasi tujuh taman tema Disney.

Bagi Peneroka Pengembaraan…


Big Grizzly Mountain Runaway Mine Cars
Masuk ke dalam dan keluar dari gua-gua berpusing dan berderam-derum merentasi Grizzly Gulch di atas kereta api lombong yang laju.

Mystic Manor
Naiki Mystic Magneto-Electric Carriage merentasi muzium yang mistik di mana artifak eksotik dari serata global menjadi hidup di depan mata anda.

Space Mountain
Mara merentasi ceruk tergelap angkasa lepas di atas roket yang laju dan melintasi meteor yang bergerak dan satelit angkasa.

Untuk Tunggangan Keseronokan dan Kesenangan Keluarga…


'it's a small world'
Naiki bot yang ganjil melintasi kumpulan kanak-kanak riang dari serata global yang menyanyi.

Fairy Tale Forest - dibawakan oleh PANDORA
Merentas melalui hutan sihir yang hidup, untuk menjumpai babak-babak ikonik miniatur dari cerita-cerita Puteri Disney yang disukai.

Animation Academy
Ketahui helah-helah industri kartun di studio animasi gaya lama ini. Pelajari teknik-teknik asas dan ikuti arahan langkah-demi-langkah tentang bagaimana untuk mengilustrasikan watak-watak Disney kegemaran anda di bawah tunjuk ajar seorang artis Disney.

Membeli-belah

Temui kedai istimewa yang menawarkan hadiah, kenang-kenangan, pakaian dan barang koleksi.

Emporium

Bebaskan diri dari kesesakan Main Street, A.S. untuk menemukan beraneka jenis barangan di taman—sama ada anda mencari memorabilia edisi terhad, manisan dan makanan, atau topi telinga Mickey Mouse yang diperibadikan.

Crystal Arts

Bawa balik hadiah yang hebat—atau mungkin kenang-kenangan yang asli untuk anda—berupa barang koleksi kristal. Pilih dari patung berkilau, kaca hembus atau hasil seni yang diperibadikan. Anda juga boleh mengukir nama anda ke atas kaca!

Town Square Photo

Masuk ke dalam hotel bergaya abad lepas ini dan pilih gambar Disney PhotoPass anda yang ditangkap di seluruh taman! Ia adalah peluang yang terbaik untuk membeli saat-saat ajaib yang ditangkap oleh jurugambar kami sepanjang hari untuk anda.

Kingdom Gifts

Dari kostum hingga permainan dan aksesori, kedai hadiah ala Victoria di Hotel Disneyland Hong Kong ini menawarkan semua keperluan barang kenang-kenangan anda.
Tempat Makan
Antarabangsa
Apabila tiba masa makan, anda mempunyai banyak pilihan.
Baca Lebih Lanjut
Asia
Pilih dari berbagai pilihan - Cina, Jepun dan Asia Tenggara.
Baca Lebih Lanjut
Makanan Ringan
Untuk snek dan makanan ringan untuk dimakan, anda boleh mencari Outdoor Vending Carts ...
Baca Lebih Lanjut

Antarabangsa

Apabila tiba masa makan, anda mempunyai banyak pilihan. Dari bufet hingga Burger Lembu Wagyu, terdapat banyak pilihan yang sedap untuk setiap kali masa makan.

Bufet

Nikmati makanan sedap dari serata dunia di bufet antarabangsa di Restoran Enchanted Garden Restaurant, yang menawarkan pasukan chef bintang yang menyediakan makanan yang menyelerakan di depan mata anda.

Barat

Nikmati rasa American Midwestern di Main Street Corner Cafe Hosted by Coca-Cola®. Restoran ala Victoria ini menghidangkan juadah dengan sentuhan Disney, seperti Bitter Chocolate Gateau dan Royal Cinnamon Cheesecake.

Perkhidmatan Pantas

Anda boleh menikmati makanan segera ala-Amerika di restoran bertema angkasa Starliner. Makanan istimewanya adalah Galaxy Super Cheeseburger dan Fried Chicken Basket.

Asia

Pilih dari berbagai pilihan - Cina, Jepun dan Asia Tenggara.

Dim Sum Watak

Dibuat dengan teliti oleh chef berbakat, Crystal Lotus menghidangkan pilihan dim sum watak yang diinspirasikan dari watak-watak Disney

Yum Cha

Alami masakan Kantonis dengan budaya dim sum yang berakar dalam di Plaza Inn, dihiasi dengan lukisan mural dan tanglung merah yang diinspirasikan oleh filem Disney Mulan.

Jepun dan Cina

Nikmati kari Asia, mi Jepun dan hidangan istimewa Cina di Royal Banquet Hall.

Halal

Dengan suasana tropika, Tahitian Terrace menawarkan aneka pilihan makanan istimewa Asia Selatan termasuk makanan kegemaran vegetarian India dan Laksa Singapura. Semua hidangan daging disahkan halal oleh The Incorporated Trustees of The Islamic Community Fund of Hong Kong.

Makanan Ringan

Untuk snek dan makanan ringan untuk dimakan, anda boleh mencari Outdoor Vending Carts yang menawarkan berbagai jenis snek seperti bertih jagung segar, gula kapas dan lolipop beku—sesetengahnya berbentuk watak Disney kegemaran anda!
Jadual perjalanan
Istirehat
Pelan percutian yang seronok dan menyenangkan untuk kanak-kanak.
Baca Lebih Lanjut
Pengembaraan
Pelan percutian yang ajaib dan penuh pengembaraan untuk remaja.
Baca Lebih Lanjut

Istirehat

Pelan percutian yang seronok dan menyenangkan untuk kanak-kanak.

Hari 1
Pagi
  • Tiba di Hotel, daftar masuk dan segarkan diri. Nikmati sentuhan peribadi dengan perkhidmatan daftar masuk rencam dan pelan perjalanan kami.
Tengah Hari
  • Naiki bas ulang-alik resort dan mulakan hari anda di Hong Kong Disneyland dengan makan tengah hari yang menyelerakan di satu restoran kami diikuti dengan pertunjukan siang 'Flight of Fantasy Parade' kami yang mengagumkan.
  • Habiskan tengah hari anda di dalam hutan Adventureland dan perkarangan rumah Andy di Toy Story Land.
Petang
  • Bersedia untuk pertunjukan malam yang hebat! Membeli-belah dan makan malam di Main Street, U.S.A dan nikmati tayangan VIP bagi projeksi istana yang serba baru di pertunjukan bunga api 'Disney in the Stars!'
Hari 2
Pagi
  • Mulakan hari anda dengan sarapan watak di Restoran Enchanted Garden.
  • Jadikan anak-anak anda menjadi Puteri Disney yang disayangi di Bibbidi Bobbidi Boutique di dalam Hotel Disneyland Hong Kong sebelum berjumpa dengan puteri-puteri kesayangan anda di Castle Forecourt dan nikmati Fairy Tale Forest yang serba baru untuk saat-saat foto yang hebat!
Tengah Hari
  • Lihat muzikal 'Mickey and the Wondrous Book' ulangtahun ke-10 yang serba baru di Storybook Theater.
  • Enjoy the all time favorite rides, including the Cinderella Carousel, Dumbo the Flying Elephant, The Many Adventures of Winnie the Pooh and 'it's a small world', in Fantasyland.
Petang
  • Nikmati tunggangan kegemaran sepanjang masa, termasuk Cinderella's Carousel, Dumbo the Flying Elephants, The Many Adventures of Winnie the Pooh dan 'it's a small world', di Fantasyland.
Hari 3
Pagi
  • Nikmati kemudahan di Hotel.
Tengah Hari
  • Berjalan-jalan, joging atau naik bot kayuh di Inspiration Lake yang tenang airnya.

Pengembaraan

Pelan percutian yang ajaib dan penuh pengembaraan untuk remaja.

Hari 1
Pagi
  • Tiba di Hotel, daftar masuk dan segarkan diri. Nikmati sentuhan peribadi dengan perkhidmatan daftar masuk rencam dan pelan perjalanan kami.
Tengah Hari
  • Naiki bas ulang-alik resort dan mulakan hari anda di Hong Kong Disneyland dengan makan tengah hari yang menyelerakan di satu restoran kami diikuti dengan pertunjukan siang 'Flight of Fantasy Parade' kami yang mengagumkan.
  • Nikmati tengah hari anda di Grizzly Gulch, Mystic Point dan Toy Story Land, tambahan terbaru dan terbesar kami di taman ini!
Petang
  • Nikmati tayangan VIP untuk perarakan 'Disney Paint the Night', sebelum kembali ke Hotel anda untuk makan malam.
Hari 2
Pagi
  • Mulakan hari anda dengan sarapan watak di Restoran Enchanted Garden.
  • Lawati pengalaman berjalan merentasi 'Fairy Tale Forest' yang serba baru diikuti dengan tarikan menarik, Mickey's PhilharMagic, 'it's a small world' dan tarikan kegemaran keluarga yang lain di Fantasyland.
Tengah Hari
  • Nikmati tengah hari anda di Tomorrowland yang futuristik untuk keterujaan dan keseronokan di Space Mountain, Stitch Encounter dan Buzz Lightyear Astro Blasters.
  • Lihat pertunjukan 'The Festival of the Lion King' di Adventureland untuk muzikal ala-Broadway bagi cerita klasik itu.
Petang
  • Bersedia untuk pertunjukan masa malam! Beli-belah dan makan malam di Main Street, U.S.A
  • Enjoy VIP viewing for the all-new castle projection at 'Disney in the Stars' fireworks!
Hari 3
Pagi
  • Nikmati kemudahan di Hotel.
Tengah Hari
  • Luangkan seharian untuk menerokai Pulau Lantau. Tempat popular termasuklah Tian Tan Buddha dan kampung nelayan Tai O.
Pakej Percutian Anda

Pakej Signature
Bermula dari hanya HK$799 untuk seorang satu hari.
Baca Lebih Lanjut

Pakej Deluxe
Bermula dari hanya HK$899 untuk seorang satu hari.
Baca Lebih Lanjut

Pakej Premium
Bermula dari hanya HK$1,288 untuk seorang satu hari.
Baca Lebih Lanjut

Pakej Signature

Berehat ala Disney. Pakej termasuk penginapan hotel 2 malam, tiket Taman, Kupon Makanan dan banyak lagi! Bermula dari hanya HK$799 untuk seorang satu hari.

Pakej Termasuk:
  • Penginapan Hotel x 2 Malam
  • Sarapan Hotel 2 hari x 3
  • Tiket Kemasukan Umum 2 Hari x 2
  • Tiket Kanak-kanak 2-Hari x 1
  • Kupon Hidangan Taman Tema x 6
  • Plush Watak Disney x 1
  • Daftar Masuk Keutamaan Hotel
  • Daftar Keluar Lewat Hotel
Memulakan Sekarang

Pakej Deluxe

Tambahkan lebih keseronokan kepada penginapan anda. Sebagai tambahan kepada pakej Signature, nikmati tayangan tempahan istimewa di perarakan dan pertunjukan bunga api Disney! Bermula dari hanya HK$899 untuk seorang satu hari.

Pakej Termasuk:
  • Penginapan Hotel x 2 Malam
  • Sarapan Hotel 2 hari x 3
  • Tiket Kemasukan Umum 2 Hari x 2
  • Tiket Kanak-kanak 2-Hari x 1
  • Kupon Supreme Meal 3-in-1 x 6
  • Plush Watak Disney x 1
  • Daftar Masuk Keutamaan Hotel
  • Daftar Keluar Lewat Hotel
  • Perkhidmatan perancangan jadual perjalanan
  • PhotoPass Plus x 2
  • Kawasan Menonton Ditempah - Perarakan
  • Kawasan Menonton Ditempah - Bunga api
Memulakan Sekarang

Pakej Premium

Tambahkan tahap magik. Menginap di Kingdom Club yang mewah di Hotel Disneyland Hong Kong untuk menikmati perkhidmatan eksklusif. Bermula dari hanya HK$1,288 untuk seorang satu hari.

Pakej Termasuk:
  • Penginapan Hotel x 2 Malam
  • Sarapan Hotel 2 hari x 3
  • Tiket Kemasukan Umum 2 Hari x 2
  • Tiket Kanak-kanak 2-Hari x 1
  • Kupon Hidangan Taman Tema x 6
  • Plush Watak Disney x 1
  • Daftar Masuk Keutamaan Hotel
  • Daftar Keluar Lewat Hotel
  • Perkhidmatan perancangan jadual perjalanan
  • PhotoPass Plus x 2
  • Kawasan Menonton Ditempah - Perarakan
  • Kawasan Menonton Ditempah - Bunga api
  • Perkhidmatan Playroom Buddies
Memulakan Sekarang
Tip Perjalanan
Dari Lapangan Terbang
Lapangan Terbang Antarabangsa Hong Kong yang terletak di Pulau Lantau,
Baca Lebih Lanjut
Bas Merentas Sempadan
Bas merentas sempadan beroperasi setiap hari antara China dan
Baca Lebih Lanjut
Cuaca
Bersedia untuk hujan atau panas sebelum perjalanan anda
Baca Lebih Lanjut

Dari Lapangan Terbang

Lapangan Terbang Antarabangsa Hong Kong yang terletak di Pulau Lantau, adalah mudah diakses ke Hong Kong Disneyland Resort, dengan beberapa cara yang mudah untuk pergi ke dan dari lapangan terbang.

Bas Merentas Sempadan

Bas merentas sempadan beroperasi setiap hari antara China dan Hong Kong Disneyland Resort untuk pengangkutan mudah.

Cuaca

Bersedia untuk hujan atau panas sebelum perjalanan anda. Hong Kong beriklim subtropikal dengan suhu di antara 10˚C dan 33˚C. Kerana kebanyakan masa anda akan dihabiskan di luar, pakaian anda seharusnya kasual dan selesa.
Elektrik dan Voltan
Voltan elektrik standard di Hong Kong adalah 220 voltan AC, 50Hz.
Baca Lebih Lanjut
Tukaran Matawang
Bagi matawang asing atau cek kembara,
Baca Lebih Lanjut
Wi-Fi
Internet tanpa wayar percuma tersedia di seluruh
Baca Lebih Lanjut

Elektrik dan Voltan

Voltan elektrik standard di Hong Kong adalah 220 voltan AC, 50Hz.

Tukaran Matawang

Bagi matawang asing atau cek kembara, Tukaran Matawang Travelex boleh ditemui di beberapa lokasi di seluruh Resort. Kedua-dua pembayaran dalam Dolar HK dan RMB diterima di kebanyakan kedai dan restoran.

Wi-Fi

Internet tanpa wayar percuma tersedia di seluruh Taman dan kedua-dua hotel untuk akses mudah dan menyenangkan.