Disney Halloween Time

halloween time
Tempah awal dan jimat sehingga 20% pada tawaran hotel yang terhad! uiplus.tooltip.alt
a11y.beginsTooltip a11y.endsTooltip
Halloween Time telah tiba lagi– anda dijemput untuk menyertai parti Halloween yang paling menyeronokkan di Hong Kong Disneyland dari 13 September hingga 31 Oktober 2018.

Inap, main, beli-belah dan makan bersama kami untuk percutian yang mengujakan dengan rakan-rakan Disney pada Halloween Time kali ini! Rancang perjalanan anda sekarang!
Percutian Menyeronokkan: MAIN
halloween time

Temui Mickey & Rakan-rakan dalam kostum Halloween eksklusif serba baharu


Mickey, Minnie dan seluruh ahli kumpulan telah menyediakan kostum Halloween kegemaran mereka untuk mengalu-alukan semua orang.

Marilah berpelukan dan tangkap gambar dengan Mickey & Minnie, Donald & Daisy, Goofy dan Pluto dalam kostum Halloween mereka yang menarik, eksklusif bagi Hong Kong Disneyland.
halloween time

Tangkap Gambar dengan Duffy & Rakan-rakan


Para peminat Duffy, si Beruang Disney boleh mengambil foto dengan Duffy, ShellieMay, Gelatoni dan StellaLou. Salah seorang rakan terbaru Duffy, Cookie, juga akan berpakaian kostum Halloween buat kali pertama! Jangan lupakan kamera anda semasa mereka bertemu para peminat dari serata dunia.
Percutian Menyeronokkan: MAKAN & BELI-BELAH
halloween time

Devilish Bites


Teringin nak makan? Nikmati pencuci mulut Halloween. Cubalah Jack’s Night, Wizard Pumpkin Cup, Halloween Mickey Ring dan banyak lagi.
Baca Lebih Lanjut
halloween time

Cenderahati Hebat


Bawa pulang keseronokan dengan barangan Halloween edisi terhad daripada pakaian sehingga aksesori, mainan dan hiasan rumah!
Baca Lebih Lanjut

Devilish Bites

Teringin nak makan? Nikmati pencuci mulut Halloween. Cubalah Jack’s Night, Wizard Pumpkin Cup, Halloween Mickey Ring dan banyak lagi. Atau singgah di Main Street Corner Cafe Hosted by Coca-Cola® untuk menikmati salah satu daripada pelbagai Menu Set Halloween yang bertemakan watak. Jangan lupa untuk menyertai “DIY Jack Cookie Class” untuk bergembira dengan anak-anak anda di Royal Banquet Hall dan nikmati jamuan makan malam yang lazat selepas itu!

Untuk sesuatu yang lebih mengenyangkan, tempah meja di restoran hotel untuk menikmati hidangan dan pencuci mulut enak bertemakan Halloween. Cubalah Jack’s Shrimp Dumpling yang baharu dan Mummy Vegetable Bun di restoran yang memenangi anugerah, Crystal Lotus di Hong Kong Disneyland Hotel. Bufet Makan Malam “Chef Mickey Family in Halloween” di Disney's Hollywood Hotel pasti akan memberi anda dan anak-anak pengalaman menjamu selera yang menyeronokkan dan imersif!
halloween time

Cenderahati Hebat

Bawa pulang keseronokan dengan barangan Halloween edisi terhad daripada pakaian sehingga aksesori, mainan dan hiasan rumah! Pilihlah antara lebih daripada 90 buah item baharu yang menampilkan Mickey dan Rakan-rakan, Duffy dan rakan baharu Cookie, Tsum Tsum, dan “The Nightmare Before Christmas”.

Pilihan popular termasuklah anak patung Cookie, Duffy, ShellieMay dan StellaLou, pakaian yang bersinar dalam gelap dan anak patung mini Tsum Tsum yang boleh diterbalikkan.
halloween time
Percutian Menyeronokkan: INAP
halloween time

Hiasan Halloween di dalam bilik


Semua bilik hotel di seluruh resort juga akan dihiaskan, menjadikan penginapan anda amat mengagumkan! Anda boleh memberikan kejutan kepada keluarga dengan menempah hiasan Halloween di dalam bilik dengan tambahan sebanyak HK$899.
Baca Lebih Lanjut
halloween time

Jamu selera di Bufet Makan Malam Hotel dengan Mickey & Rakan-rakan


Nikmati pelbagai juadah daripada bufet antarabangsa dan bertemu beberapa Watak Disney kegemaran anda! Mickey & Minnie mungkin akan singgah di meja anda dengan pakaian Halloween mereka! Bawa kamera anda untuk merakamkan saat-saat sempurna.

Hiasan Halloween di dalam bilik

Semua bilik hotel di seluruh resort juga akan dihiaskan, menjadikan penginapan anda amat mengagumkan! Anda boleh memberikan kejutan kepada keluarga dengan menempah hiasan Halloween di dalam bilik dengan tambahan sebanyak HK$899, yang menyertakan selipar, kotak tin dan pelekat pintu bertemakan Disney Halloween, nikmati tempahan khas untuk aktiviti hotel Halloween Playtime (sehingga empat Tetamu), empat buah topi, gula-gula, Mickey Pumpkin Bucket, kemudahan alu-aluan makanan dan minuman serta anak patung Halloween Mickey & Minnie dan banyak lagi.

Anda juga akan mendapat Kemasukan Utama ke “Journey to Halloween Town” (sehingga empat Tetamu) untuk menikmati pengalaman imersif serba baharu di taman tema!
halloween time
halloween time

Sertai Aktiviti Hotel Activities dengan Rakan-rakan Disney


Sertai Goofy menjalani senaman pagi tai chi di Hong Kong Disneyland Hotel; atau luangkan masa di Studio Lounge bertemankan Goofy semasa menonton filem Disney. Nikmati detik bergambar bersama-sama untuk mengingati pertemuan ajaib! Tetamu yang menginap di salah sebuah hotel resort boleh menyertai aktiviti yang menyeronokkan sepanjang hari di ketiga-tiga hotel.

*Tertakluk pada ketersediaan dan keadaan cuaca. Semua aktiviti adalah tertakluk pada perubahan tanpa notis.

Keutamaan Kemasukan ke Tarikan Terpilih


Tetamu yang menginap di hotel taman tema akan menerima Pas Kemasukan Utama untuk tarikan terpilih dan tempahan tempat duduk bagi pertunjukan pentas di taman tema* untuk menjadikan pengalaman ajaib Disney lebih bermakna dengan yang tersayang.

*Tertakluk pada ketersediaan. Tarikan boleh digantung atau ditutup tanpa notis terlebih dahulu. Pas Kemasukan Utama akan diberikan mengikut bilangan tetamu di dalam setiap bilik dengan maksimum empat pas bagi setiap bilik. Tetamu Hotel boleh menikmati tarikan apabila menyerahkan Pas dan tiket Taman Tema yang sah.