Taman Tema Hong Kong Disneyland
Main Street, U.S.A.
Kemasukan ke Taman yang Sah Diperlukan
Semua Peringkat Umur
Patung beruang Mickey, Duffy dan rakannya, CookieAnn di Main Street Cinema dan bersedia untuk memberikan pelukan besar.
Duffy adalah patung beruang buatan tangan yang menawan hati dan comel sebagai pemberian kepada Mickey daripada kekasihnyaMinnie Mouse. Bersama-sama, Duffy dan Mickey mengembara dunia berkongsi pengembaraan menakjubkan dan membina persahabatan berkekalan. Duffy pertama kalinya bertemu CookieAnn di Main Street U.S.A., semasa dia ingin menikmati gula-gula kapas yang enak. Dia tidak sengaja terlanggar CookieAnn yang sedang membawa timbunan wafel dan kesemua makanan mereka terpelanting di udara! Nasib baik CookieAnn dapat menyambutnya, dan ia memberi inspirasi kepadanya untuk menukar bahan-bahan itu menjadi sandwic wafel gula-gula kapas. Kemalangan itu bertukar menjadi resepi kepada persahabatan!
Pada suatu hari, Mickey berputus untuk memulakan pengembaraan pelayarannya. Minnie pula menghadiahinya beruang teddy yang istimewa untuk menemaninya dalam pengembaraan ini. Mickey amat menyukai beruang ini dan menamakannya Duffy. Dalam pengembaraan perlayaran Mickey dan Duffy, mereka melawati banyak tempat yang menarik dan berkawan dengan ramai orang sepanjang itu. Pada penghujung pengembaraan mereka, mereka berlayar pulang ke kampung halaman mereka untuk bersatu semula dengan Minnie. Mickey dan Duffy berkongsi ingatan mereka yang ajaib dengan Minnie yang amat terharu kerana beruang teddynya telah menjadi rakan karib dan teman yang baik untuk Mickey.