'Disney in the Stars ' Fireworks

Taman Tema Hong Kong Disneyland

Main Street, U.S.A.

Kemasukan ke Taman yang Sah Diperlukan

Kumpulan Umur

Semua Peringkat Umur

Tempoh

12 minit

Kebolehcapaian i dan Maklumat Lain -Buka Dialog

Kebolehcapaian

  • Perlu Kekal di atas Kerusi Roda

Minat

Hiburan Terbuka

Dasar Tetamu

  • Tarikan ini mungkin menakutkan bagi kanak-kanak.

Menatap keindahan di atas Sleeping Beauty Castle, di mana cahaya menakjubkan dan warna berkilauan diiringi muzik klasik Disney.

Langit itulah hadnya

Raikan keajaiban piroteknik yang menakjubkan dalam reka bentuk dan corak yang menarik di langit malam! Unjuran imej watak Disney dan lampu menari-nari di seluruh dinding istana dan menara, menambah lagi kehebatan tersebut.

Bunga api berkilau di waktu malam dalam lengkok dan ruangan atas dan di sekitar istana, diserlahkan lagi oleh oleh medley lagu Disney yang tidak dilupakan-setiap suar dan letupan pastinya mengejutkan ditambah dengan sorakan penonton, persembahan kemuncak dalam acara yang sungguh hebat.

Paparan ini adalah terbaik dilihat dari Main Street, U.S.A. Semak Panduan Masa kali persembahan di setiap malam. Oleh kerana ini adalah persembahan terbuka, ia adalah tertakluk kepada pembatalan disebabkan oleh cuaca buruk. Jadual hiburan adalah tertakluk kepada perubahan tanpa notis.

Tayangan Istana Serba Baru

Dengan teknologi terkini, kesan pencahayaan dan tayangan video serba baru, pertunjukan bunga api “Disney in the Stars” kini lebih menarik serta gilang-gemilang!

Kisah dan watak kegemaran anda daripada Alice in Wonderland, Beauty and the Beast, Mulan dan Cinderella pastinya akan mengagumkan anda dengan kecantikan dan kesan animasi yang tersendiri dan mereka akan disertai oleh beberapa rakan baru! Watak Disney baru akan membuat penampilan istimewa di dalam pertunjukan tayangan termasuklah Joy dan Sadness daripada “Inside Out,” Nemo dan Dory daripada “Finding Nemo” dan filem animasi Disney yang akan datang iaitu “Finding Dory”, Hiro dan Baymax daripada “Big Hero 6,” dan Lightning McQueen daripada “Cars,” hanya beberapa nama disebut!

Pertunjukan yang meliputi kehebatan dari jalanan hinggalah ke ruang angkasa, memaparkan pertunjukan bunga api yang sangat gemilang dan pertunjukan tayangan animasi serba baru pada Sleeping Beauty Castle, menjanjikan satu persembahan yang sangat hebat dan menarik, pastinya sebagai sebuah kenangan yang abadi buat anda!

Tiket Hari Biasa 1-Hari
Kemasukan Umum
(Umur 12 - 64 tahun)
HK$ 539
setiap tiket

Waktu Operasi

Sabtu, 03 Disember 2016

a11y.beginsTooltip a11y.endsTooltip