Acara Tahun Baharu Cina

Selamat Tahun Baharu 2019! Bercuti dan rasai kemeriahan sambutan Tahun Baru Cina di tempat paling gembira dan bertuah di dunia, Hong Kong Disneyland Resort bermula 17 Januari hingga 24 Februari 2019! Hiasan yang terdapat di sekeliling taman seperti bunga yang menarik dan tanglung yang berwarna-warni akan membawa tuah serta nasib yang baik sepanjang tahun kepada para pengunjung. Bertemu dengan Dewa Tuah Goofy untuk lebih banyak nasih yang baik dan ucapkan “Kung Hei Fat Choi” kepada Mickey dan rakan-rakannya yang berpakaian bertemakan Tahun Baru Cina. Nikmatilah percutian Tahun Baru Cina yang paling menakjubkan dan penuh kemakmuran bersama mereka yang tersayang di hotel, kedai dan restoran!

Acara Sempena Sambutan Tahun Baru

Tuah tahun baru menanti anda di pintu masuk Hong Kong Disneyland dengan paket lai see yang mempunyai rekaan baharu (5-9 Februari, sementara stok masih ada). Paket ini mengandungi coklat berbentuk duit syiling emas serta kupon barangan yang melambangkan tuah dan keberkatan. Nikmatilah kemeriahan serta keindahan hiasan yang bertemakan Tahun Baru Cina di sepanjang Main Street, U.S.A. Dewa Tuah Goofy akan mengadakan persembahan bersama enam penari di Castle Hub Stage semasa “Sambutan Bersama Dewa Tuah Goofy“ untuk memberi anda lebih banyak tuah. Jangan lupa untuk mengunjungi Fantasy Gardens dan bergambar bersama Three Little Pigs, yang pasti akan membuatkan percutian anda lebih ceria!

Ucapan Tahun Baru dengan Rakan-rakan Disney

Mickey, Minnie, Donald, Daisy, Goofy, Chip ‘n’ Dale, Duffy, ShellieMay, StellaLou dan Gelatoni yang berpakaian bertemakan Tahun Baru Cina menanti kunjungan anda untuk mengucapkan Tahun Baru yang dipenuhi tuah dan kegembiraan. Rakan baharu mereka, Cookie, juga akan menyertai mereka buat kali pertama dalam pakaian yang bertemakan Tahun Baru Cina. Bergambar bersama mereka supaya tuah anda kekal sepanjang tahun!

Nikmati Tuah Tahun Baru dengan Hadiah Eksklusif

Lebih daripada 50 hadiah bertemakan Tahun Baru Cina dijual di kedai-kedai di Hong Kong Disneyland. bagi memastikan Tahun Baru anda dipenuhi dengan kegembiraan. Buat pertama kali, anda akan dapat membeli pelbagai barang mainan, rantai kunci dan beg bertemakan Cookie, selain bertemu dengan Tsum Tsum, yang akan berpakaian bertemakan Tahun Baru Cina. Tetamu hotel juga akan dapat merasai kemeriahan sambutan Tahun Baru Cina dengan mencipta hadiah bertemakan Tahun Baru Cina mereka sendiri, termasuk kincir angin, kotak gula-gula, paket lai see atau sepanduk “fai chun” dengan mesej tuah kepada mereka yang tersayang!

Hidangan Bertuah Untuk Makan Malam Bersama Keluarga Sempena Tahun Baru

Semasa Tahun Baru Cina, semua restoran di sini akan menyediakan pelbagai pilihan hidangan untuk makan malam bersama keluarga! Nikmati keenakan “Set Tahun Baru Cina” ala Cina, Jepun atau Thai di Main Street Corner Café yang disediakan oleh Coca-Cola. Atau kunjungi Disney’s Hollywood Hotel untuk “Mini Treasure Pot” yang baru dilancarkan bagi mendapatkan tuah sepanjang tahun. Nikmatilah kelazatan “Hidangan Tahun Baru Cina” dan sajian “Lo Hei” di Studio Lounge, yang melambangkan nasib yang baik serta kemakmuran. Crystal Lotus menawarkan nasib yang baik sepanjang tahun dengan sembilan sajian dalam “Everything Goes Well Dinner Set.” World of Color Restaurant mempersembahkan “Golden House” untuk mengucapkan nasib yang baik kepada anda dan keluarga. Terdapat juga snek bertemakan Tahun Baru Cina seperti “Wishing Fish” dan “Gold Ingot” di Main Street Bakery dan Outdoor Vending Carts untuk anda menjamu selera.

Aktiviti Rekreasi Hotel untuk Percutian Tahun Baru

Dapakan lebih banyak tuah tahun ini dengan penginapan di salah satu daripada tiga hotel kami. Kami telah menghias semua bilik hotel kami dengan hiasan bertemakan Tahun Baru Cina seperti kotak tin serta selipar supaya penginapan anda sentiasa dipenuhi tuah. Tetamu juga boleh menulis hajat Tahun Baru mereka di atas Kad Hajat dan menggantungnya di Dinding Hajat di dalam hotel mereka untuk mendapatkan nasib yang baik. Mari raikan Tahun Baru bersama kumpulan Koir Tahun Baru Cina dan Tarian Singa Disney apabila mereka mengunjungi ketiga-tiga hotel kami semasa tiga hari pertama tahun baru lunar. Mari raikan Tahun Baru Cina ini dengan nyanyian dan tarian!

Taman Tema Hong Kong Disneyland

Taman Tema Hong Kong Disneyland

Kemasukan ke Taman yang Sah Diperlukan



- , 2019

Maklumat Tambahan -Buka Dialog

Minat

Apa yang Baharu, Aktiviti Ibu bapa-anak

Jimat sehingga 20%
Tawaran Bilik Masa Terhad
a11y.beginsTooltip a11y.endsTooltip