Acara Istimewa 2018

Tandakan jadual anda untuk tahun yang akan datang apabila Hong Kong Disneyland membawakan kisah Disney kegemaran anda dan aspek yang terkini dan terhebat daripada Walt Disney Company dalam satu siri acara ajaib yang akan berlangsung sepanjang tahun 2018. Walau apapun kisah kegemaran anda, anda akan sentiasa dapat merasai keajaibannya di sini!

Royal Princess Garden (Dis 2017)

Dengan kemunculannya buat kali pertama semasa musim percutian, Royal Princess Garden merupakan tempat Tetamu cilik merealisasikan impian mereka untuk menjadi Puteri. Bersedialah untuk menerima perubahan rupa bak para diraja dan bertemu Puteri kegemaran dalam persekitaran dengan tema yang sungguh unik!

Ketahui Lebih Lanjut tentang Royal Princess Garden

Acara Tahun Baru Cina (Jan – Mac, 2018)

Mulakan Tahun Anjing apabila Dewa Kekayaan, Goofy serta Pluto menjadi tumpuan dalam keraian Tahun Baru Cina yang berwarna-warni dan meriah. Nikmati suasana yang meriah di Main Street U.S.A. bersama-sama keluarga anda dan bertegur sapa dengan Mickey dan rakan-rakannya yang berpakaian untuk perayaan ini. Anda mungkin bernasib baik dan menerima angpau Disney semasa lawatan anda sewaktu Tahun Baru Cina!

Karnival Musim Bunga Rakan-rakan Disney (Mac – Mei 2018)

Semasa bunga-bungaan mekar di sekitar taman tema, perubahan yang penuh dengan flora ini menandakan ketibaan Karnival Musim Bunga – dan tahun ini, anda dijemput untuk menyaksikan kumpulan terbesar rakan-rakan Disney! Anda akan bertemu dengan pelbagai Watak yang menghiburkan dan mengejutkan di seluruh taman tema, termasuklah sesi beramah mesra dengan watak Duffy and Friends, peluang untuk bertemu rakan-rakan Disney yang baharu mahupun yang jarang dilihat, ukiran diinspirasikan musim bunga dan lebih 100 biji telur bertemakan Watak!

“Moana: Sambutan Kepulangan” (Dibuka pada Mei, 2018)

Sebuah lokasi luar yang serba baharu dan eksotik di Adventureland, nikmati pengalaman secara langsung selama 18 minit dalam pengembaraan Moana selepas dia berjaya mengembalikan jantung Te Fiti (dewi yang sangat berkuasa yang mencipta kehidupan) dan kembali ke kampung halamannya di Motunui!

Padat dengan muzik yang memberi inspirasi, tarian, permainan boneka dan bercerita, suasana pentas pertunjukan baharu ini sangat unik, teaterikal, dan sebuah pengalaman yang amat menyeronokkan untuk Tetamu dalam semua peringkat umur.

Acara Musim Panas (Jun - Ogos 2018)

Apabila cuti musim panas bermula, lebih ramai rakan Disney yang menyertai kemeriahan ini pada tahun ini. Keluarga super The Incredibles akan muncul buat kali pertama dalam pengalaman watak yang unik dan amat bertenaga di Tomorrowland! Mari bertemu En. dan Pn. Incredible bersama-sama rakan mereka, Frozone!

Disney Halloween Time (Sep – Okt, 2018)

Telatah yang menggerunkan bermula semasa Halloween, apabila Jack Skellington dan rakan-rakannya yang disertai oleh lebih ramai Penjahat Disney yang anda belum temui, akan “merempuh” parti, menyebabkan kacau-bilau dan menjadikan taman tema huru-hara dengan semangat Halloween Time!

A Disney Christmas (Nov 2018 - 1 Jan, 2019)

Pada tahun ini, ahli keluarga akan dapat menikmati keraian Krismas yang tak dapat dilupakan dengan resort yang diubah rupa sepenuhnya oleh keajaiban percutian...yang juga menyertakan salji! Kelilingi diri anda dalam suasana perayaan bersama-sama Mickey dan rakan-rakan dalam pertunjukan waktu siang yang menyeronokkan dan menarilah sambil mendengar muzik Krismas kegemaran anda. Apabila senja berlabuh, alami suasana Krismas yang gah dengan acara 'A Magical Twilight Snowfall' dan Upacara Menyalakan Pokok 'A Holiday Wish-Come-True' yang dikenali ramai. Nikmati musim sejuk yang mempesonakan dan kejaiban percutian yang tidak dapat dilupakan - di satu-satunya tempat, Hong Kong Disneyland!

Lebih banyak adiwira Marvel akan datang (2018)

Terdapat sesuatu untuk semua orang pada tahun 2018 – malahan untuk peminat adiwira! Jangan ketinggalan apabila anda melawati Iron Man Experience kerana lebih banyak Adiwira Marvel akan membuat kemunculan dengan penuh gaya dan memberi anda peluang untuk bergambar.

Taman Tema Hong Kong Disneyland

Kemasukan ke Taman yang Sah Diperlukan

Maklumat Tambahan -Buka Dialog

Minat

Apa yang Baharu, Aktiviti Ibu bapa-anak

Tawaran Bilik Masa Terhad
Jimat sehingga 20%
Bermula daripada
HK$ 1,200
Setiap Malam
a11y.beginsTooltip a11y.endsTooltip