Acara Istimewa 2019

Rasai keajaiban Disney pada tahun 2019 apabila Hong Kong Disneyland Resort membawakan anda lebih banyak pengalaman yang ajaib. Acara istimewa akan mengejutkan deria anda sepanjang tahun, termasuklah tarikan serba baharu yang imersif, sambutan festival yang menerujakan, penginapan hotel dan perkhidmatan menjamu selera yang tidak dapat dilupakan serta item cenderahati yang serba baharu. Nikmati percutian Disney yang ajaib dan terjun ke dunia “Play, Shop, Dine & Stay” dengan perayaan sepanjang tahun!

Ant-Man and The Wasp: Nano Battle!

Tarikan bertemakan Marvel 'Ant Man and the Wasp: Nano Battle!' akan datang ke Hong Kong pada bulan Mac 2019. Para tetamu dijemput menyertai aksi ini dengan menaiki kenderaan canggih S.H.I.E.L.D. dalam pertempuran wira interaktif di dalam Muzium Sains dan Teknologi S.H.I.E.L.D. bersama-sama Ant-Man dan The Wasp yang menentang Zola dan tentera robot Hydra.

Acara Meriah dan Bermusim

Rakan-rakan Disney kegemaran anda sudah bersedia untuk meraikan acara khas bersama-sama anda pada tahun ini! Sewaktu Tahun Khinzir, tiga ekor anak khinzir daripada kisah klasik akan mengalu-alukan anda ke Tahun Baharu dari bulan Januari hingga Februari. Dengan filem 'Toy Story 4” yang keluarannya dinanti-nantikan, watak-watak yang anda sukai daripada filem tersebut akan muncul dalam 'Carnivale of Stars' dari bulan Mac hingga Ogos. Parti Air juga akan dinaik taraf. Alami keseronokan yang menyeramkan semasa 'Disney Halloween Time' dari bulan September hingga Oktober dengan “Raja Labu” Jack Skellington dan Penjahat Disney semasa mereka menjadikan taman tema ini huru-hara. Kemudian, nikmati suasana musim sejuk yang asli bersama-sama rakan-rakan Disney yang menyarungkan pakaian musim cuti sewaktu 'A Disney Christmas' dari bulan November hingga Disember.

Sambutan Hotel Disney

Ketiga-tiga hotel bertema Hong Kong Disneyland Resort akan menghasilkan kejutan ajaib untuk hari jadi dan sambutan khas para tetamu. Manjakan diri dengan hiasan bilik bertema, lengkap dengan tuala yang dilipat menjadi kek hari jadi. Nikmati keajaiban Disney dengan kek hari jadi berbentuk watak Disney di restoran hotel. Rakan-rakan Disney juga akan hadir untuk membawa saat yang lebih ajaib kepada anda. Lebih menarik lagi, bilik permainan kanak-kanak baharu diilhamkan oleh filem popular “Finding Nemo” akan dibuka di Disney Explorers Lodge pada musim panas tahun 2019. Tetamu cili boleh berseronok di dunia Nemo dan menonjolkan kreativiti mereka semasa sesi seni dan kraf.

Menjamu Selera di Hotel

Jamu selera dengan juadah gourmet di hotel dengan hidangan Cina yang memenangi anugerah, makanan gaya Barat dan pencuci mulut yang berbentuk pelbagai watak. Para tetamu boleh makan juadah yang bergaya dari pagi hingga malam di restoran bertema dengan sedikit keajaiban Disney. Pertemuan watak juga akan menambahkan kejutan yang menyeronokkan bagi pengembaraan kulinari anda.

Ubah Rupa Puteri

Dengan istana yang akan diluaskan, 'Bibbidi Bobbidi Boutique' yang baharu akan dibuka pada musim panas 2019. Dengan hayunan tongkat sakti dan kibasan Debu Pari-Pari, Pari-Pari Ibu Betari Dalam Latihan akan membawa anak-anak anda melalui pengembaraan ubah rupa menjadi puteri! Terletak dalam suasana diraja di kawasan istana, anda boleh membeli pengalaman berpakaian puteri yang menakjubkan dengan mereka melihat cermin ajaib interaktif di sepanjang jalan. Jadikan impian kisah dongeng anda menjadi kenyataan dengan perubahan yang mempesonakan!

Ketahui Lebih Lanjut tentang Royal Princess Garden

Pengembaraan dengan Duffy dan Rakan-rakan

Disayangi oleh peminat di seluruh dunia, Duffy dan rakan-rakannya mempunyai lebih banyak keseronokan untuk ditawarkan kepada tetamu dengan kehadiran rakan mereka yang baharu, Cookie. Lebih 300 item cenderahati baharu akan dikeluarkan pada tahun ini, termasuklah item dengan Duffy dan Cookie yang berpakaian bermusim. Mereka tidak sabar-sabar untuk berkongsi persahabatan mereka dengan anda!

Parti Mickey Terbesar Di Dunia

Sambutan ulang tahun Mickey Mouse ke-90 akan diadakan di Hong Kong Disneyland Resort! Bermula 7 November, taman tema ini akan menawarkan empat rekaan tiket kenang-kenangan yang menampilkan Mickey, Minnie, Donald Duck dan Pluto. Sambutan Mickey yang istimewa ini juga menyertakan cenderahati baharu, pilihan juadah, bilik hotel dan pertunjukan tayangan “We Love Mickey!” 'We Love Mickey!' juga. Dari 18 November, Mickey dan Minnie akan memakai pakaian hari jadi khas sambil menyanyi dan menari mengikut lagu hari jadi baharu dan menyebarkan keceriaan bersama-sama!

Taman Tema Hong Kong Disneyland

Kemasukan ke Taman yang Sah Diperlukan

Maklumat Tambahan -Buka Dialog

Minat

Apa yang Baharu, Aktiviti Ibu bapa-anak

Jimat sehingga 20%
Tawaran Bilik Masa Terhad
a11y.beginsTooltip a11y.endsTooltip