Pakej Bankuet untuk Perkahwinan Cerita Dongeng Disney

Pilih di antara 3 pakej yang direka khas dan pilihan tambahan elegan untuk meraikan bankuet perkahwinan impian anda.

Pakej Crystal

Langsungkan majlis intim di bawah gazebo elegan yang dikelilingi suasana romantik Hong Kong Disneyland Hotel. Pakej Crystal menampilkan penginapan percuma di Hong Kong Disneyland Hotel, seorang penyelaras perkahwinan di tempat perkahwinan dan tambahan magis yang akan mengejutkan dan menggembirakan anda dan tetamu perkahwinan anda.

Pakej Crystal termasuk:

  • Bankuet perkahwinan di Hotel Disneyland Hong
  • Penginapan satu malam di Kingdom Suite, Hong Kong Disneyland Hotel dengan pakej sarapan bulan madu di dalam bilik
  • Kek replika Perkahwinan Cerita Dongeng Disney untuk upacara memotong kek dan bergambar
  • Kek perkahwinan inspirasi Disney yang disediakan segar sebelum makan malam
  • Hiasan bertemakan Disney dan bunga segar di tengah meja
  • Audio, sokongan lampu profesional dan susunan muzik latar Disney
  • Cenderahati Perkahwinan Cerita Dongeng Disney untuk pengantin lelaki dan perempuan
  • Sijil Perkahwinan Cerita Dongeng Disney yang diperibadikan
  • Perancang Perkahwinan peribadi di tempat perkahwinan
  • Pembantu Pengantin Khas hotel
  • 2 Tiket 1-Hari Taman Tema Hong Kong Disneyland (Hari Biasa)
  • 2 Kad Keahlian Magic Access Silver
Pakej Crystal berharga HK$13,288 ditambah 10% caj perkhidmatan bagi setiap meja seramai 12 orang. Tertakluk kepada perbelanjaan minimum.

Muat turun butir-butir Pakej Crystal. (Hanya versi Bahasa Inggeris disediakan)

Butir-butir pakej adalah untuk rujukan sahaja dan tertakluk kepada perubahan.

Pakej Emerald


Nikmati segala keajaiban Pakej Crystal—ditambah lebih pilihan hiasan, kek perkahwinan mewah, menu yang dipertingkatkan dan banyak lagi. Pilih pakej ini untuk majlis perkahwinan yang akan membuatkan anda dan tetamu anda mengingatinya buat selama-lamanya!

Pakej Emerald termasuk:

  • Bankuet perkahwinan di Hong Kong Disneyland Hotel
  • Penginapan satu malam di Kingdom Suite, Hong Kong Disneyland Hotel dengan pakej sarapan bulan madu di dalam bilik, champagne dan pengaturan bunga segar
  • Kek replika Perkahwinan Cerita Dongeng Disney setinggi 5 tingkat untuk upacara memotong kek dan bergambar
  • Kek perkahwinan inspirasi Disney yang disediakan segar sebelum makan malam
  • Hiasan bertemakan Disney dan bunga segar di tengah meja
  • Audio, sokongan lampu profesional dan susunan muzik latar Disney
  • Cenderahati Perkahwinan Cerita Dongeng Disney untuk pengantin lelaki dan perempuan
  • Sijil Perkahwinan Cerita Dongeng Disney yang diperibadikan
  • Perancang Perkahwinan peribadi di tempat perkahwinan
  • Pembantu Pengantin Khas hotel
  • 4 Tiket 1-Hari Taman Tema Hong Kong Disneyland (Hari Biasa)
  • 2 Kad Keahlian Magic Access Gold
  • Premium Perkahwinan Cerita Dongeng Disney untuk tetamu bankuet
  • Bufet makan malam untuk 2 orang di Enchanted Garden Restaurant

Pakej Emerald berharga HK$15,288 ditambah 10% caj perkhidmatan bagi setiap meja seramai 12 orang. Tertakluk kepada perbelanjaan minimum.

Muat turun butir-butir Pakej Emerald. (Hanya versi Bahasa Inggeris disediakan)

Butir-butir pakej adalah untuk rujukan sahaja dan tertakluk kepada perubahan.

Pakej Diamond

Ucapkan 'Saya terima' kepada menu premium, kek 8 tingkat, hiasan meja mewah, hadiah eksklusif, tiket taman dan banyak lagi. Hayati kemungkinan suasana romantik yang mempesonakan yang ditawarkan oleh pakej yang sangat istimewa ini yang juga menampilkan segala-galanya di dalam Pakej Crystal dan Emerald!

Pakej Diamond termasuk:

  • Bankuet perkahwinan di Hong Kong Disneyland Hotel
  • Penginapan 2 malam di Kingdom Suite, Hong Kong Disneyland Hotel dengan pakej sarapan bulan madu di dalam bilik, champagne, bunga segar dan kemudahan khas pada hari perkahwinan berikutnya
  • Kek replika Perkahwinan Cerita Dongeng Disney setinggi 8 tingkat untuk upacara memotong kek dan bergambar
  • Kek perkahwinan inspirasi Disney yang disediakan segar sebelum makan malam
  • Hiasan bertemakan Disney dan bunga segar di tengah meja
  • Audio, sokongan lampu profesional dan susunan muzik latar Disney
  • Cenderahati Perkahwinan Cerita Dongeng Disney untuk pengantin lelaki dan perempuan
  • Sijil Perkahwinan Cerita Dongeng Disney yang diperibadikan
  • Perancang Perkahwinan peribadi di tempat perkahwinan
  • Pembantu Pengantin Khas hotel
  • 6 Tiket 1-Hari Taman Tema Hong Kong Disneyland (Hari Biasa)
  • 2 Kad Keahlian Magic Access Platinum
  • Premium Perkahwinan Cerita Dongeng Disney untuk tetamu bankuet
  • Projektor plat nama Gobo
  • Gula-gula kapas dan bertih jagung tanpa had selama 2 jam
  • Bufet makan malam untuk 2 orang di Enchanted Garden Restaurant

Pakej Diamond berharga HK$18,288 ditambah 10% caj perkhidmatan bagi setiap meja seramai 12 orang. Tertakluk kepada perbelanjaan minimum.

Muat turun butir-butir Pakej Diamond. (Hanya versi Bahasa Inggeris disediakan)

Butir-butir pakej adalah untuk rujukan sahaja dan tertakluk kepada perubahan.

Tambahan Elegan

Mantapkan majlis anda dengan tambahan magis bagi menjadikan hari istimewa anda lebih menawan daripada yang pernah anda impikan. Pilih daripada tambahan sedemikian seperti kemunculan Watak Disney, kuntuman bunga yang hebat, pencuci mulut Disney yang lazat, pakej gambar sempurna dan banyak lagi.

Tambahan Elegan termasuk:


Tambahan elegan di atas tertakluk kepada caj tambahan.

Pakej Minuman Bankuet

Nikmati jus oren segar tanpa had, minuman ringan, air mineral, bir setempat.
  • Pakej 3 Jam: HK$2,100 bagi setiap meja untuk 12 orang
  • Pakej 5 Jam: HK$2,580 bagi setiap meja untuk 12 orang
Nikmati jus oren segar tanpa had, minuman ringan, air mineral, bir setempat, wain merah hotel dan wain putih hotel.
  • Pakej 3 Jam: HK$2,580 bagi setiap meja untuk 12 orang
  • Pakej 5 Jam: HK$3,000 bagi setiap meja untuk 12 orang
Pilihan minuman yang dipertingkatkan termasuk:
  • Punch buah-buahan tanpa alkohol berharga HK$1,350 bagi setiap mangkuk (kesemuanya 30 gelas)
  • Moët & Chandon, Brut Impérial (bukan vintaj, Perancis) berharga HK$700 bagi setiap botol 750 ml
Pilihan minuman akan dikenakan 10% caj perkhidmatan dan harga tersebut sah untuk majlis perkahwinan yang dilangsungkan pada atau sebelum 31 Ogos, 2015.

Butir-butir pakej adalah untuk rujukan sahaja dan tertakluk kepada perubahan.

Pohon Maklumat

Minta perancang perkahwinan profesional kami untuk menghubungi anda dengan butir-butir tentang Perkahwinan Cerita Dongeng Disney anda.

a11y.beginsTooltip a11y.endsTooltip