Grand Victorian Ballrooms

Sebaik saja anda melangkah masuk ke dalam dewan tari, anda pasti terpukau dengan seni bina Victoria yang mengagumkan.

Cinderella Ballroom

Ia adalah salah satu dewan tari yang terbesar di Hong Kong yang memaparkan reka bentuk tanpa tiang dan mencecah ke siling setinggi 23 kaki. Dengan kapasiti sebanyak 51 buah meja dan seramai 612 orang tetamu, dewan tari ini adalah tempat yang sempurna bagi bankuet perkahwinan yang terhebat, mempamerkan produksi Disney yang unik dan hiburan dunia yang terulung.

Snow White Ballroom

Bersambung dengan Dreamer’s Garden yang eksotik, dewan tari ini dipenuhi dengan cahaya semula jadi, menawarkan suasana keintiman dan kedamaian secara terbuka bagi hari bersejarah buat anda. Di samping suasana semula jadi yang memukau, dewan tari ini bersedia menampung jamuan makan yang peribadi sehingga 9 buah meja dan 108 orang tetamu.

Sleeping Beauty Ballroom

Dengan reka bentuk tanpa tiang, siling setinggi 16 kaki dan dekorasi berkelas tinggi, ia sangat ideal bagi bankuet yang mesra. Ruang elegan ini boleh memuatkan sehingga 16 buah meja dan seramai 192 orang tetamu. Pengalaman perkahwinan anda dalam dewan tari ini pastinya unik serta dipenuhi keajaiban.

Pohon Maklumat

Minta perancang perkahwinan profesional kami untuk menghubungi anda dengan butir-butir tentang Perkahwinan Cerita Dongeng Disney anda.

a11y.beginsTooltip a11y.endsTooltip