Memohon Maklumat Tentang Perkahwinan Kisah Dongeng Disney Anda

Sila hubungi kami untuk maklumat lanjut tentang Perkahwinan Kisah Dongeng Disney Anda di Resort Hong Kong Disneyland.

Perkhidmatan emel Hong Kong Disneyland Resort hanya boleh didapati dalam Bahasa Inggeris, Cina Tradisional atau Cina Ringkas sahaja. Sila isikan perkara di bawah dalam Bahasa Inggeris, Cina Tradisional atau Cina Ringkas.
*medan yang diperlukan

Mickey55@domain.com

Tarikh Perkahwinan

(12 orang bagi setiap meja)

1. Pernyataan Pengumpulan Maklumat Peribadi

Dengan memilih "Saya Bersetuju", saya mengesahkan bahawa saya telah membaca dan bersetuju dengan Pernyataan Pengumpulan Maklumat Peribadi

Data peribadi yang dikumpul di dalam borang ini mungkin digunakan untuk memproses permohonan atau pertanyaan anda, menguatkuasakan terma urusan komersial kami, menghantar maklumat pentadbiran atau promosi kepada anda (bergantung pada pilihan anda di dalam borang), bagi tujuan kajian dan analisis atau tujuan berkaitan secara langsung yang lain, atau tujuan undang-undang, keamanan atau keselamatan. Data peribadi yang dikumpul di dalam borang ini mungkin dipindahkan kepada ahli-ahli Kumpulan Syarikat Walt Disney yang lain, pihak ketiga yang terlibat dalam memenuhi tujuan yang dinyatakan di atas atau orang lain yang sedemikian seperti yang dikehendaki oleh undang-undang. Senarai kelas orang di mana data peribadi anda mungkin dipindahkan boleh ditemui di http://www.hongkongdisneyland.com/ms/personal-data-transferees. Dengan mengklik butang "Hantar" di bawah, anda bersetuju dengan penggunaan dan pindahan data peribadi sedemikian dalam cara yang diterangkan di dalam pernyataan ini, termasuk pindahan data peribadi sedemikian ketempat-tempat di luar Hong Kong. Pertanyaan tentang pernyataan dan permohonan ini untuk akses dan pembetulan data peribadi anda yang disimpan oleh kami mungkin dihantar kepada Pengurus Data Peribadi kami di personaldata@hongkongdisneyland.com. "Kumpulan Syarikat Walt Disney" termasuk Hongkong International Theme Parks Limited, Hong Kong Disneyland Management Limited, Syarikat Walt Disney dan semua anak syarikat dan entiti gabungannya.

2. Penggunaan Data Peribadi untuk Pemasaran Langsung

Dengan memilih "Saya Bersetuju", saya mengesahkan bahawa saya telah membaca dan bersetuju dengan Penggunaan Data Peribadi untuk Pemasaran Langsung

Sila baca seksyen ini dan ikuti prosedur persetujuan pada halaman ini sekiranya anda ingin menerima maklumat pemasaran, bahan dan berita pentadbiran daripada Hong Kong Disneyland. Dengan melengkapkan prosedur persetujuan pada halaman ini, anda bersetuju bahawa kami boleh menggunakan nama anda, butir-butir kenalan dan maklumat lain yang dikumpul dalam urusan anda dengan kami bagi menghantar bahan pemasaran dan promosi kepada anda berhubung dengan produk, perkhidmatan dan kemudahan berikut yang ditawarkan oleh kami, sama ada secara tunggal atau bersama-sama dengan yang berkaitan dengan produk, perkhidmatan dan kemudahan yang ditawarkan oleh gabungan atau rakan kongsi perniagaan: kemudahan taman tema; percutian dan pelancongan, termasuk produk dan perkhidmatan pakej percutian (yang ditawarkan oleh kami atau ejen pelancongan yang menjual pakej percutian sedemikian); penginapan hotel dan hospitaliti; produk dan perkhidmatan pengguna (termasuk alat mainan, alat tulis, buku dan barangan bercetak, elektronik dan persisian, produk dan perkhidmatan audio visual, produk dan perkhidmatan fotografi, perisian dan permainan komputer, barangan isi rumah, barangan sukan, fesyen dan pakaian, kaca mata, aksesori, jam tangan dan barang kemas, beg dan barangan pelancongan, makanan dan barang-barang guna habis, hadiah, bunga dan hamper, produk dan perkhidmatan kesihatan dan kecantikan, kosmetik, produk dan perkhidmatan spa, dan baucar, kupon dan kad hadiah); makanan dan minumanb; penyelesaian perniagaan, acara dan katering; hiburan dan rekreasi; acara bermusim dan khas; perkhidmatan pengangkutan; program pendidikan dan remaja; program ganjaran, kesetiaan atau keistimewaan yang ditawarkan oleh kami; pengalaman dan perkhidmatan Internet dan media sosial; dan perkhidmatan dan kaeadah bayaran.

Kami tidak akan menghantar bahan pemasaran dan promosi sedemikian tanpa persetujuan anda. Anda boleh memohon kepada kami untuk menghentikan penggunaan data peribadi bagi tujuan pemasaran secara langsung. Permintaan tersebut mungkin dibuat tanpa caj oleh kami dengan menghantar kepada Pengurus Data Peribadi di personaldata@hongkongdisneyland.com.

Hong Kong International Theme Parks Limited dan Hong Kong Disneyland Management Limited dirujuk di dalam ini sebagai "kami" dan "kita".

Jika anda ingin menerima maklumat pemasaran, bahan dan berita pentadbiran daripada Hong Kong Disneyland, sila ikuti dan lengkapkan prosedur persetujuan di bawah.

Prosedur Persetujuan

© Disney. All rights reserved.
© Disney • Pixar, All Rights Reserved
Hong Kong Disneyland
Hongkong International Theme Parks Limited