Taman Tema Hong Kong Disneyland – Soalan Kerap Ditanya
Q:
Apakah jenis barangan peribadi yang tidak dibenarkan di dalam Hong Kong Disneyland Park?
A:
Oleh kerana matlamat kami ialah untuk menyediakan pengalaman yang selesa, selamat dan menyeronokkan bagi semua Tetamu, barangan berikut tidak dibenarkan ke dalam taman tema:
- Bahan-bahan berbahaya atau memudaratkan.
- Senjata dari sebarang jenis atau objek yang boleh memberikan penampilan atau tanggapan sebagai senjata senapang mainan.
- Minuman alkohol atau sebarang bahan yang melanggar undang-undang.
- Bekas kaca (kecuali bekas kecil seperti balang makanan bayi).
- Beg, kotak, penyejuk atau bagasi yang lebih besar dari 56cm x 36cm x 23cm. Ais longgar atau kering tidak dibenarkn dalam kontena ini. Pek ais boleh guna semula adalah disyorkan.
- Bagasi beroda dalam sebarang saiz.
- Wagon kereta bayi, wagon, kereta atau pembawa beroda lain (kecuali kerusi roda manual, peranti mobiliti berkuasa elektrik dengan sekurang-kurangnya 3 roda dan yang beroperasi pada kadar berjalan; dan kereta bayi dengan dimensi tidak melebihi 92cm x 132cm).
- Haiwan (dengan pengecualian bagi anjing khidmat). Anjing khidmat bermaksud anjing pemandu atau anjing yang dilatih untuk melakukan kerja atau menjalankan tugas bagi, dan untuk membantu, orang yang kurang upaya. Anjing khidmat mesti kekal diikat dengan tali cawak atau abah-abah dan dikawal pemiliknya pada setiap masa. Kerana sifat sesetengah tarikan, anjing khidmat mungkin tidak dibenarkan menaiki tarikan tertentu.
- Pelitup muka tidak boleh dipakai oleh Tetamu yang berumur 16 tahun ke atas (melainkan diperlukan untuk tujuan perubatan atau pematuhan undang-undang). Apabila dipakai oleh Tetamu yang lebih muda, pelitup muka mesti memberikan penglihatan persisian yang tidak terhalang pada setiap masa dengan bukaan yang membolehkan mata dapat dilihat sepenuhnya.
- Tripod besar, kerusi lipat dan bangku.
- Peranti rekreasi beroda, termasuk tetapi tidak terhad kepada papan luncur, skuter, ‘inline skates’, kasut dengan roda terbina dalam.
- Dron, peranti terbang kawalan jauh atau layang-layang.
- Bendera, sepanduk atau papan tanda dalam sebarang saiz.
- Barangan lain yang kami anggap mungkin merbahaya, mengganggu, menyakiti atau menghalang operasi Taman atau sebarang kemudahan yang berkaitan.
- Barang yang dilarang oleh mana-mana undang-undang Wilayah Pentadbiran Khas Hong Kong Republik Rakyat China.
Lihat Undang-undang dan Peraturan Hong Kong Disneyland Park.

