• As required by the government and in line with preventive efforts taking place across Hong Kong, Hong Kong Disneyland park will temporarily close from Dec 2, 2020. We are in close contact with health authorities and the government about the situation and will announce a reopening date once they determine it is advisable.
  • The resort hotels and Inspiration Lake Recreation Centre will remain open with adjusted level of services. Enhanced health and safety measures that reflect the guidance of health and government authorities will remain in place, such as social distancing measures and increased cleaning and disinfecting.
  • Please click HERE for more information on ticket, Magic Access membership and hotel booking arrangements.
Temporary Closure of Hong Kong Disneyland Park - 1 Disember 2020
  • As required by the government and in line with preventive efforts taking place across Hong Kong, Hong Kong Disneyland park will temporarily close from Dec 2, 2020. We are in close contact with health authorities and the government about the situation and will announce a reopening date once they determine it is advisable.
  • The resort hotels and Inspiration Lake Recreation Centre will remain open with adjusted level of services. Enhanced health and safety measures that reflect the guidance of health and government authorities will remain in place, such as social distancing measures and increased cleaning and disinfecting.
  • Please click HERE for more information on ticket, Magic Access membership and hotel booking arrangements.

Pusat Bantuan

Bagaimana kami boleh membantu anda?

chrome.searchBox.accessibleText

Tiket Taman Tema – Soalan Kerap Ditanya

Q.
Adakah terdapat apa-apa aturan khas berkenaan dengan Tiket Taman Tema, Produk Dalam Taman Tema, Pelan Makan, tempahan hotel dan keahlian Akses Magik yang terjejas semasa tempoh penutupan sementara Taman Tema?
A.
Aturan khas akan tersedia seperti berikut:

Tiket Hari yang Tidak Digunakan, Produk Dalam Taman Tema Khas, Pelan Makan Khas dan Kad Keahlian Akses Magik yang Tidak Dikeluarkan

Pilihan berikut adalah tersedia untuk Tetamu yang telah membeli tiket masuk ke Taman Tema Hong Kong Disneyland (“Taman Tema”), produk lain yang ditentukan boleh diguna di Taman Tema (termasuk produk pelancongan, pengalaman Bibbidi Bobbidi Boutique dan baucar makanan) (secara kolektifnya, “Produk Dalam Taman Tema Khas”), pelan makan yang ditentukan (termasuk Pelan Nikmati Juadah Magik dan Pelan Makan Bufet Bersama Dengan Watak Disney) (“Pelan Makan Khas”) dan Akses Magik yang masih lagi sah semasa tempoh penutupan sementara Taman Tema:

  • Tiket Taman Tema yang Tidak Digunakan dan/atau Produk Dalam Taman Tema Khas dengan tarikh tamat tempoh yang jatuh di antara 26 Januari, 2020 dengan 30 Oktober, 2020 (kedua-dua tarikh terangkum) akan dilanjutkan tempoh masa keesahan secara automatik sehingga 31 Oktober, 2020. Tetamu akan menggunakan pengesahan sama yang telah dikeluarkan untuk Tiket Taman Tema dan Produk Dalam Taman Tema Khas untuk kemasukan ke Taman Tema atau penggunaan pada atau sebelum 31 Oktober, 2020.

  • Pelan Makan Khas yang Tidak Digunakan dengan tarikh tamat tempoh yang jatuh di antara 26 Januari, 2020 dengan 29 November, 2020 (kedua-dua tarikh terangkum) akan dilanjutkan tempoh masa keesahan secara automatik sehingga 30 November, 2020. Tetamu perlumembuat tempahan makan terlebih dahulu dengan menggunakan pengesahan sama yang dikeluarkan untuk Pelan Makan Khas pada atau sebelum 30 November, 2020. Pelan Makan Khas yang Tidak Ditebus akan dilanjutkan tempoh penebusannya secara automatik sehingga 30 November, 2020. Pelan Makan Khas yang ditebus akan kekal sah selama setahun daripada tarikh penebusan.

  • Pembatalan dan pembayaran balik
    Kecuali sebaliknya disediakan dalam terma dan syarat yang boleh diguna pakai untuk produk yang dinyatakan, Tetamu boleh meminta bayaran balik bagi Tiket Taman Tema, Produk Dalam Taman Tema Khas, Pelan Makan Khas dan Akses Magik yang menepati semua syarat-syarat berikut pada atau sebelum 31 Disember, 2020:

    (i) Tiket, Produk Dalam Taman Tema Khas, Pelan Makan Khas, atau Akses Magik yang dibeli atas nama Tetamu melalui salah satu saluran terus kepada pengguna Resort (termasuk pada laman web di www.hongkongdisneyland.com, di pondok tiket di Pintu Masuk Utama Taman Tema dan melalui telefon di 1-830-830);
    (ii) Tiket tidak digunakan, Produk Dalam Taman Tema Khas, Pelan Makan Khas tidak ditebus atau digunakan dan tiada kad keahlian dikeluarkan untuk Akses Magik;
    (iii) Tiket, Produk Dalam Taman Tema Khas, Pelan Makan Khas dan tarikh penebusan sijil Akses Magik atau pengesahan e-melyang masih belum tamat tempoh sehingga 26 Januari, 2020; dan
    (iv) Tiket, Produk Dalam Taman Tema Khas, Pelan Makan Khas dan sijil Akses Magik atau pengesahan e-mel yang masih kekal sah untuk kemasukan, penebusan atau penggunaan pada masa permintaan bayaran balik dibuat.
    Permintaan bayaran balik akan dihantar kepada cancellation@hongkongdisneyland.com dengan nama Tetamu dan nombor pengesahan.

  • Tetamu yang telah membeli Tiket Taman Tema, Produk Dalam Taman Tema Khas, Pelan Makan Khas atau Akses Magik melalui Program Mini WeChat Hong Kong Disneyland, Kedai Utama Fliggy Hong Kong Disneyland dan pembekal pelancongan lain bagi Hong Kong Disneyland boleh menghubungi penjual untuk membuat aturan bayaran balik.
Tempahan Hotel
  • Tetamu yang telah membuat tempahan bilik Hotel bersama dengan tarikh ketibaan pada atau sebelum 31 Disember, 2020, kecuali sebaliknya disediakan dalam terma dan syarat yang boleh diguna pakai untuk produk yang dinyatakan, tempahan boleh dibatalkan atau dipinda sekurang-kurangnya 72 jam sebelum tarikh tempahan bilik hotel tersebut.
  • Tetamu yang telah menempah melalui salah satu saluran terus Resort, termasuk pada laman web di www.hongkongdisneyland.com dan Pusat Tempahan Disney, sila hubungi Pusat Tempahan Disney melalui e-mel kepada reservations@hongkongdisneyland.com dengan nama Tetamu dan nombor pengesahan untuk aturan.
  • Tetamu yang telah menempah penginapan hotel resort melalui Program Mini WeChat Hong Kong Disneyland , Kedai Utama Fliggy Hong Kong Disneyland dan pembekal pelancongan lain bagi Hong Kong Disneyland boleh menghubungi penjual untuk membuat aturan pembatalan atau bayaran balik.
Keahlian Akses Magik
  • Tarikh keesahan keahlian Akses Magik akan dilanjutkan berdasarkan kepada bilangan hari penutupan sementara Taman Tema dan mengikut tahap keahlian. Butiran akan dimaklumkan kepada ahli di kemudian hari.
Keistimewaan Hari Jadi Ahli Akses Magik
(Tertakluk kepada Ahli yang hari jadinya jatuh antara Januari dengan Ogos)
  • Jika hari jadi Ahli berlaku semasa tempoh penutupan sementara Taman Tema dari bulan Januari hingga Ogos 2020, Ahli tersebut boleh menikmati keistimewaan hari jadi pada atau sebelum 30 November, 2020.

(Tertakluk kepada semua Ahli)
Disebabkan oleh pelarasan pengendalian di restoren hotel kami, sila hubungi terlebih dahulu untuk membuat tempahan sebelum menebus keistimewaan hari jadi Ahli.
  • Hong Kong Disneyland Hotel +852 3510-6000
  • Disney Explorers Lodge +852 3510-2000
  • Disney's Hollywood Hotel +852 3510-5000
Pengesahan Akses Magik / Sijil Akses Magik yang Belum Ditebus
  • Tetamu yang memegang pengesahan Akses Magik yang belum ditebus (untuk keahlian baharu sahaja) atau Sijil Akses Magik dengan tarikh akhir yang jatuh antara 26 Januari 2020 dengan 30 September 2020 (kedua-dua tarikh termasuk) boleh menunjukkan pengesahan asal atau Sijil untuk penebusan di lokasi yang ditentukan secara peribadi dalam masa tiga 3 bulan dari tarikh pembukaan semula Taman Tema Hong Kong Disneyland. Setiap Kad Keahlian adalah sah untuk setahun dari tarikh dikeluarkan.