Dengan Feri

Naiki feri untuk menikmati pelayaran laut yang tidak dapat dilupakan ke Hong Kong Disneyland Resort!
Dermaga Disneyland Resort kini ditutup untuk pemulihan kesan taufan yang teruk. Perkhidmatan feri pada masa ini dihentikan sementara. Sila semak dengan laman web pembekal perkhidmatan untuk jadual perkhidmatan yang paling terkini.

Star Ferry Water Tour

Star Ferry Water Tour telah ditubuhkan untuk pelancong dan penduduk tempatan untuk mengadakan lawatan perjalanan pergi balik antara Tsim Sha Tsui Star Ferry Pier dan Dermaga Disneyland Resort.

Laluan:
Antara Jeti Feri Star Tsim Sha Tsui dengan Dermaga Disneyland Resort

Pembelian Tiket:
Berlepas dari Jeti Feri Star Tsim Sha Tsui- Kaunter Tiket Lawatan Air
Berlepas dari Dermaga Disneyland Resort- Bayar semasa menaiki feri

Kawasan menaiki feri:
Jeti Feri Star Tsim Sha Tsui dan Dermaga Disneyland Resort

Waktu operasi:
Dari Jeti Feri Star Tsim Sha Tsui
Setiap hari: 11:00am

Dari Dermaga Disneyland Resort
Setiap hari: 12:15pm

Untuk mendapatkan butiran terkini, sila lawati laman web rasmi “Star” Ferry Company, Limited.

Tambang:
Dewasa - HK$105
Konsesi* - HK$95
(Tambang dibayar dalam HKD dan dalam tunai sahaja)
*Tambang konsesi terpakai untuk kanak-kanak (antara umur 3 hingga 12 tahun), warga emas yang berumur 65 tahun atau ke atas, orang dengan ketakupayaan dan orang dalam pembelian kumpualn berjumlah 10 orang atau lebih.

  • Sila ambil maklum: Jadual dan senarai tambang perkhidmatan Lawatan Air hanya sebagai rujukan sahaja. Perkhidmatan Lawatan Air tertakluk pada perubahan tanpa notis terlebih dahulu. Untuk mendapatkan butiran, sila rujuk laman web rasmi “Star” Ferry Company, Limited.
  • Perkhidmatan Lawatan Air dikendalikan oleh The “Star” Ferry Company, Limited.

Discovery Bay Ferry

Perkhidmatan Discovery Bay ferry dari Central hingga Discovery Bay kini akan melalui laluan Dermaga Disneyland Resort Pier! Setiap hari Sabtu, Ahad dan Cuti Umum, Tetamu boleh menikmati akses langsung ke Hong Kong Disneyland Resort dari pusat bandar Hong Kong dengan perkhidmatan feri ini dalam sekitar 20 minit.

Laluan:
Dari Dermaga Central No. 3 ke Dermaga Disneyland Resort dan Dermaga Discovery Bay

Pembelian Tiket:
Pusat Tempahan Pelanggan di Dermaga Central No. 3

Kawasan menaiki:
Dermaga Central No. 3

Waktu operasi:
Setiap hari Sabtu, Ahad dan Cuti Umum
9:30 pagi, 10:00 pagi, 10:30 pagi, 11:00 pagi 


Tambang:
Dewasa - HK$46 
Kanak-kanak (Umur 11 tahun ata ke bawah)- HK$23

Untuk butiran terkini sila lawati laman web rasmi Discovery Bay.

  • Sila ambil perhatian: Jadual perkhidmatan Discovery Bay Ferry dan senarai tambang adalah untuk rujukan sahaja. Perkhidmatan Discovery Bay Ferry tertakluk kepada perubahan tanpa notis terlebih dahulu. Untuk butiran, sila rujuk laman web rasmi Discovery Bay.
  • Perkhidmatan Discovery Bay Ferry dikendalikan oleh Discovery Bay Transportation Services Limited.

Temui Dengan Feri

a11y.beginsTooltip a11y.endsTooltip