Laman Utama Hotel

Hong Kong Disneyland Hotel

Lihat Semua Hotel
Gambaran KeseluruhanBilikMenjamu SeleraRekreasiKemudahan

Lihat Gambar Lihat galeri imej Hotel Hollywood Disney-Buka Dialog

Temui ketenangan di istana zaman Victoria yang tersergam indah di tepian pantai Laut China Selatan. Nikmati hidangan dari seluruh dunia, rehatkan diri anda di tepi kolam dengan minuman koktel atau terokai seni taman berbentuk Mickey Mouse. Menyediakan penginapan moden ditambah dengan muzik secara langsung dimainkan di lobi 6 tingkat yang hebat, seni reka bentuk tersergam ini menggabungkan keindahan tepian pantai resort vintaj dengan sentuhan magis Disney.

Apa yang menjadikan Resort ini unik

Pelarasan Khidmat Sementara

Semua tetamu (kecuali orang yang dikecualikan) dikehendaki oleh undang-undang untuk menggunakan aplikasi 'LeaveHomeSafe' dan memenuhi keperluan 'Vaccine Pass' semasa memasuki premis tertentu termasuk Taman Tema dan restoran untuk menjamu selera. Butiran

Untuk kesihatan dan keselamatan Tetamu dan Barisan Pelakon kami, kami telah membuat penyelarasan pada beberapa perkhidmatan hotel kami, yang termasuk menangguhkan, mengurangkan atau menyelaras format pengalaman dan aktiviti interaktif (seperti sambutan watak), mengehadkan tempoh dan/atau cara akses kepada kemudahan hotel (seperti kolam renang dan bilik permainan) dan aktiviti rekreasi. Tempahan awal mungkin diperlukan untuk perkhidmatan terpilih.  Penyelarasan ini akan kekal sehingga notis selanjutnya. Untuk mendapatkan butiran, hubungi kami di

Hong Kong Disneyland Hotel +852 3510-6000
Disney Explorers Lodge +852 3510-2000
Disney's Hollywood Hotel +852 3510-5000

Tempah dalam talian dan nikmati naik taraf bilik secara PERCUMA!

Tempah penginapan hotel anda di dalam talian bagi menerima menaik taraf bilik istimewa yang eksklusif dan minuman percuma.

Naik taraf bilik tertakluk kepada kategori berikut:
Bilik Standard->Bilik Deluxe

The Kingdom Club

Hanya dengan bayaran tambahan, anda akan dilayan seperti seorang tetamu diraja apabila anda memilih untuk menginap di tingkat paling atas di Hong Kong Disneyland Hotel. Sebagai seorang ahli Kingdom Club, anda akan menerima perkhidmatan perancangan percutian yang diperibadikan, snek dan minuman percuma selama sehari, Bedtime Story dengan Mickey dan Minnie pada waktu malam.

Ketahui lebih lanjut tentang the Kingdom Club.

Produk Bilik Khas

Membeli pakej bilik bertema dan menambah sentuhan magikal kepada penginapan anda. Beri kejutan kepada keluarga anda dan jadikan penginapan anda di Hong Kong Disneyland Hotel dengan hiasan dekorasi bilik sebagai sebuah memori yang abadi.

Pelajari selengkapnya tentang Produk Bilik Khas

Room

Aktiviti Rekreasi Hotel

Tetamu yang menginap di tiga buah hotel Hong Kong Disneyland Resort dijemput untuk menyertai aktiviti-aktiviti yang menyeronokkan sepanjang hari di kemudahan rekreasi milik hotel tersebut.

Pelajari selengkapnya tentang Aktivitas Rekreasi di Hotel

halloween time

Pintu Masuk Taman Tema Khas

Pintu masuk ke Taman Tema Hong Kong Disneyland yang mudah menjadikan Tetamu semua Hotel Hong Kong Disneyland Resort lebih senang hati dan seronok.

Temui faedah penginapan di Hong Kong Disneyland Resort hotel.

Apl Mudah Alih Rasmi dan Wi-Fi Percuma

Muat turun apl mudah alih Hong Kong Disneyland rasmi untuk mendapatkan perkara yang anda cari di resort dengan peta didayakan GPS yang menunjukkan lokasi anda, menyemak waktu operasi restoran, membuat tempahan waktu makan dan melakukan aktiviti riadah hotel. Rancang lawatan taman tema anda dengan waktu menunggu, jadual sesi bertemu watak, jadual pertunjukan dan banyak lagi. Aplikasi ini disediakan dalam Bahasa Inggeris, Bahasa Cina Mudah dan Bahasa Cina Tradisional.

Internet wayarles percuma tersedia di semua bilik Tetamu dan kawasan umum hotel.

Ketahui Lebih Lanjut tentang Apl Mudah Alih

details.resorts.ctaCard.sideBar

Lihat tawaran istimewa hotel kami

Baca Lebih Lanjut

Peta

details.resorts.iframe.map.titleHong Kong Disneyland Hotel details.resorts.map.viewOnResortMap
details.resorts.map.googleLogodetails.resorts.map.googleCTAA11y
Terma Penggunaan

Alamat Hotel

Hong Kong Disneyland Resort
Lantau Island, Hong Kong

+852 3510-6000

Valet dan Tempat Letak Kenderaan Disediakan
Dapatkan Arah
Penarafan Pengembara Tripadvisor
details.resorts.atAGlance.reviewsImgAlt 2715 Ulasan
Laman yang anda pilih pada hongkongdisneyland.com akan dibuka dalam tetingkap yang sama.
laman yang anda cuba akses berada diluar www.hongkongdisneyland.com.
Jika anda memilih “Teruskan”, anda akan diarahkan ke laman web Hong Kong untuk membeli tiket Taman Hong Kong Disneyland dari Taman Tema Antarabangsa Hong Kong Berhad.
Jika anda pilih “Teruskan”, anda akan diarahkan ke laman web Hong Kong untuk membuat tempahan hotel di Hong Kong Disneyland Hotel atau Disney's Hollywood Hotel kepunyaan Taman Tema Antarabangsa Hong Kong Berhad.
interstitial.termsAndConditions.message
interstitial.newWindowConfirmation.message