Semua tetamu (kecuali orang yang dikecualikan) dikehendaki oleh undang-undang untuk menggunakan aplikasi 'LeaveHomeSafe' dan memenuhi keperluan 'Vaccine Pass' semasa memasuki premis tertentu termasuk Taman Tema dan restoran untuk menjamu selera. Butiran
Untuk kesihatan dan keselamatan Tetamu dan Barisan Pelakon kami, kami telah membuat penyelarasan pada beberapa perkhidmatan hotel kami, yang termasuk menangguhkan, mengurangkan atau menyelaras format pengalaman dan aktiviti interaktif (seperti sambutan watak), mengehadkan tempoh dan/atau cara akses kepada kemudahan hotel (seperti kolam renang dan bilik permainan) dan aktiviti rekreasi. Tempahan awal mungkin diperlukan untuk perkhidmatan terpilih. Penyelarasan ini akan kekal sehingga notis selanjutnya. Untuk mendapatkan butiran, hubungi kami di
Hong Kong Disneyland Hotel +852 3510-6000
Disney Explorers Lodge +852 3510-2000
Disney's Hollywood Hotel +852 3510-5000
Tetamu yang menginap di tiga buah hotel Hong Kong Disneyland Resort dijemput untuk menyertai aktiviti-aktiviti yang menyeronokkan sepanjang hari di kemudahan rekreasi milik hotel tersebut.
Pelajari selengkapnya tentang Aktivitas Rekreasi di Hotel
Gadis kecil yang mengimpikan untuk menjadi seorang puteri, sila berkunjung ke salon di Tingkat 1 untuk menukar solekan, rambut serta penampilan persis seorang puteri.
Tetamu boleh bergambar dengan watak kegemaran mereka semasa kejutan kemunculan harian di hotel sambil mengamalkan penjarakan sosial yang bersesuaian.
Kanak-kanak berumur 2 hingga 12 tahun dipelawa untuk menikmati aktiviti, permainan dan wayang gambar bertemakan Disney di Storybook Playroom di Tingkat 1.
Alami kisah magis yang dibawakan oleh Ahli yang Dipilih yang menceritakan kisah dongeng klasik Disney dalam bahasa Inggeris, Kantonis dan Putonghua. Pembacaan 10 minit waktu malam (pada setiap bahasa) ada disediakan di Storybook Playroom (untuk Tetamu umum hotel) dan yang berada di dalam Kingdom Club lounge (bagi Tetamu Kingdom Club).
Sila bertanya kepada Meja Penyambut Tetamu di lobi utama atau di dalam lounge Kingdom Club untuk maklumat lanjut dan jadual. Anda juga boleh menekan Perkhidmatan Tetamu di telefon bilik Tetamu anda untuk maklumat lanjut. Tempahan juga tidak diperlukan.
Anda boleh menjaga kelangsingan tubuh badan anda di pusat kecergasan terletak di Tingkat 1, berhampiran kolam renang terbuka. Antara kemudahan yang disediakan ialah sawat injak, basikal (biasa dan baring), mesin elips, beban bebas dan mesin beban disediakan secara percuma kepada Tetamu yang menginap di salah sebuah daripada tiga hotel Hong Kong Disneyland Resort, yang ingin bersenam semasa dalam percutian.
Tetamu mestilah 14 tahun ke atas untuk menggunakan gimnasium tersebut.
Ketahui lebih lanjut tentang gimnasium di Hong Kong Disneyland Hotel.
Hayati irama muzik Disney yang terkenal sepanjang zaman yang dimainkan oleh seorang pemain piano diiringi band jazz beliau seramai 5 orang. Persembahan 'live' dari tingkat 6 lobi paling atas boleh didengari sepanjang hari dan juga waktu malam.
Terokai labirin klasik Inggeris terletak di antara Hong Kong Disneyland Hotel dan Laut China Selatan yang dibina bersempena dengan maskot rasmi Walt Disney.
Kanak-kanak boleh bermain, memanjat dan menggolongsor di taman permainan terbuka bersebelahan dengan kolam renang.
Kolam renang dalaman yang elegan dan kolam renang luaran yang luas, rumah dengan pemandangan tepi pantai yang indah, gelongsor yang bertemakan air terjun dengan panjang 40 meter yang mendebarkan serta kolam pusar tersedia di Hotel. Kemudahan yang tersedia berbeza untuk musim yang berbeza, menawarkan pengalaman unik sepanjang setiap penginapan.
Ketahui lebih lanjut tentang kolam renang di Hong Kong Disneyland Hotel.
Jika anda ingin bersukan, anda boleh memilih sama ada bermain tenis atau menendang bola dalam permainan bola sepak yang sungguh menyeronokkan. Terletak di sebelah utara tapak hotel, gelanggang tenis bersaiz penuh dan berbilang gelanggang untuk bola sepak bersaiz separuh disediakan untuk Tetamu yang menginap di tiga hotel Hong Kong Disneyland Resort tanpa caj dari 8:00 pagi hingga 10:00 malam setiap hari.
Untuk membuat tempahan, hanya sentuh Perkhidmatan Tetamu di telefon hotel bilik anda atau lawati Penyambut tetamu Gimnasium.
Dikelilingi latar elegan moden yang memukau, manjakan diri anda dengan sauna dan bilik mandi wap atau hapuskan ketegangan di kolam pusar. Tempat yang penuh ketenangan ini terletak di aras satu hotel dan semestinya menyediakan pengalaman yang menyegarkan yang berbeza daripada keriuhan di Taman Tema.
Ketahui lebih lanjut tentang Sauna, Bilik Mandi Wap dan Kolam Pusar di Hong Kong Disneyland Hotel.
+852 3510-6000