Peraturan dan Undang-undang Pusat Rekreasi Inspiration Lake

Para Tetamu yang Dihormati,

Selamat datang ke Pusat Rekreasi Lake Inspiration! Kami rajin berusaha untuk memberikan pengalaman yang selesa, selamat dan menyeronokkan untuk semua Tetamu kami. Anda boleh membantu kami dengan mengingati perkara-perkara yang berikut:

  • Untuk keselesaan para Tetamu, rokok tembakau, e-rokok atau produk-produk lain yang mengeluarkan wap hanya dibenarkan di kawasan merokok yang ditetapkan sahaja. Sila semak dengan Pekerja-Pekerja kami untuk mengetahui lebih lanjut tentang lokasi merokok yang ditetapkan.
  • Sila hormati para Tetamu yang lain dan juga Pekerja-Pekerja kami dengan tidak menggunakan kata-kata kesat ataupun melibatkan diri dalam kelakuan-kelakuan yang tidak selamat, menyalahi undang-undang atau perlakuan yang menggangu atau yang menjelikkan.
  • Demi keselamatan anda dan Tetamu lain serta para Pekerja, anda mesti mematuhi semua notis di dalam Pusat ini dan juga arahan yang diberi oleh Pekerja.
  • Sila awasi anak-anak anda dan sentiasa jaga para orang tua pada setiap masa. Untuk menaiki bot pedal atau basikal beroda empat, Tetamu yang berusia di bawah 18 tahun perlu ditemani seseorang yang berusia 18 tahun dan ke atas.
  • Kami berhak untuk tidak membenarkan sebarang beg, bungkusan atau benda-benda lain dibawa ke dalam Pusat dan kami berhak mengurus sebarang objek yang dibiarkan tanpa pengawasan mengikut apa-apa cara yang kami anggap sesuai.
Item-item berikut tidak boleh dibawa ke dalam Pusat:
  • Haiwan peliharaan atau haiwan lain, kecuali haiwan khidmat yang diluluskan (contohnya, anjing).
  • Peranti rekreasi elektrik yang beroda (kecuali Kerusi Roda).
  • Sebarang jenis senjata atau objek yang kelihatan atau dianggap sebagai senjata.
  • Bahan-bahan yang berbahaya.
  • Item-item lain yang kami anggap mungkin berbahaya, mengganggu, menjelikkan atau mungkin menghalang operasi Pusat atau kemudahan-kemudahan lain yang berkaitan.
Aktiviti-aktiviti berikut tidak dibenarkan di dalam Pusat:
  • Bermain layang-layang atau peranti terbang yang dikawal alat kawalan jauh.
  • Memberikan makanan kepada haiwan di dalam Pusat, termasuklah tetapi tidak terhad kepada burung-burung dan ikan-ikan.
  • Menjual barangan atau perkhidmatan atau memaparkan barangan atau perkhidmatan yang dijual.
  • Mengedarkan sebarang jenis bahan bercetak atau rakaman.
  • Mengambil baha acara, demonstrasi atau ucapan yang tidak dibenarkan, atau menggunakan sebarang bendera, sepanduk atau tanda, atau menghasut orang ramai serta menganjurkan himpunan orang ramai yang tidak dibenarkan.
  • Sebarang jenis fotografi, rakaman video atau rakaman tidak dibenarkan kecuali sekiranya untuk kegunaan peribadi.
  • Melibatkan diri dalam tindakan yang tidak selamat atau tindakan lain yang mungkin menghalang operasi Pusat atau sebarang kemudahan lain yang berkaitan. Kami berhak untuk tidak membenarkan anda masuk, atau meminta individu-individu yang telah memasuki Pusat untuk meninggalkan Pusat ini sekiranya anda atau mereka gagal mematuhi mana-mana peraturan Pusat, melibatkan diri dalam dalam kelakuan-kelakuan yang tidak selamat, menyalahi undang-undang atau perlakuan yang menggangu atau yang menjelikkan untuk memastikan keselamatan, sekuriti atau ketenangan, atau jika kami menganggap bahawa keadaan tersebut sesuai untuk diambil tindakan.

Kami tidak akan bertanggungjawab dan tidak menerima sebarang liabliti bagi sebarang kerosakan atau kehilangan terhadap harta atau barang milik mana-mana Tetamu, sama ada kerosakan atau kehilangan tersebut disebabkan oleh kecuaian kami atau sebaliknya.

Untuk tujuan peraturan ini, "kami" bermakna sama ada Hongkong International Theme Parks Limited atau Hong Kong Disneyland Management Limited, atau kedua-duanya sekali.

Peraturan ini dikawal oleh undang-undang Kawasan Pentadbiran Khas Hong Kong bagi Republik Rakyat China.

Jika berlaku sebarang konflik atau versi-versi bahasa peraturan ini tidak selaras dengan versi Bahasa Inggeris, versi bahasa Inggeris akan diutamakan.

Jika anda mempunyai sebarang soalan, sila tanya Pekerja kami.

Semoga Hari Anda Mempesonakan!