Pakej Istimewa “Keseronokan 2 Hari” Hong Kong Disneyland

Lihat semua Tawaran Istimewa

Dapatkan Tiket 2 Hari pada HK$699 (Harganya hanya lebih HK$80 berbanding Tiket 1 hari) dan menerima baucar diskaun barangan bernilai HK$30 dan satu popcorn percuma (Harga asal: HK$35).

Peminat MyDisney boleh menerima tambahan Baucar Hadiah Barangan bernilai HK$50. 
ButiranHarga
Tawaran termasuk
- Tiket untuk lawatan 2 hari dalam tempoh
7 hari dari sekarang hingga 31 Disember 2018
- Dua baucar diskaun barangan bernilai HK$15
(Jumlah harga bernilai HK$30)
- Satu popcorn percuma (Harga asal: HK$35)
Kemasukan
(Umur 12 – 64)
HK$ 699
Kanak-kanak
(Umur 3 – 11)
HK$ 515
Nikmati Kemasukan Taman Tema segera dengan e-Tiket Disney!
Dengan membeli tiket anda dalam talian, kini anda boleh menikmati akses segera ke dalam Taman dengan mengimbas e-Tiket Disney anda pada peranti mudah alih (atau memberikan versi yang dicetak) di Pintu Masuk Utama Taman.

A Disney Christmas

Tibalah musim untuk perayaan Krismas Disney yang paling asli, dari 15 November 2018 hingga 1 Januari 2019 di Hong Kong Disneyland Resort. Terjun masuk ke dunia yang dipenuhi salji, dengan dendangan lagu Krismas, lampu berkerlipan, emping salji berkilau dan banyak lagi! Rakam semua saat indah dengan keluarga anda dan khususnya dengan rakan-rakan Disney kegemaran anda kerana mereka semua berpakaian kostum musim perayaan dan bersedia untuk berkongsi hajat Krismas istimewa dengan anda. Lengkapkan keraian Krismas anda dengan penginapan di hotel kami yang penuh dengan hiasan meriah. Daripada hiasan ceria di dalam bilik anda, aktiviti riadah menyeronokkan di hotel sehinggalah juadah musim perayaan yang lazat, percutian Krismas anda di Hong Kong Disneyland Resort pasti tidak akan dapat dilupakan.

Important Details
  1. Tawaran ini hanya tersedia untuk pelawat yang melawat Hong Kong. (“Tetamu yang Layak”).
  2. E-mel pengesahan akan dihantar selepas pembelian tiket tawaran di laman web Hong Kong Disneyland di www.hongkongdisneyland.com (“Laman web”). Tetamu perlu menunjukkan e-mel pengesahan semasa memasuki Taman Tema. Tetamu mungkin diminta untuk menunjukkan pengenalan gambar peribadi untuk pengesahan. Tawaran ini hanya terpakai untuk tiket kemasukan umum dan kanak-kanak, dan tidak termasuk tiket warga emas.
  3. Baucar boleh digunakan semasa tempoh kesahan dinyatakan pada Baucar. Tetamu yang Layak boleh menikmati potongan sebanyak HK$15 dengan sebarang pembelian di semua kedai barangan di Taman ('Transaksi yang Layak'). HKITP berhak untuk menentukan harga barangan dan waktu operasi kedai mengikut budi bicara tunggal dan mutlaknya.
  4. Baucar ini tidak boleh digunakan untuk perbelanjaan bagi pembelian foto, perkhidmatan fotografi, barang kemas PANDORA, barang kemas CHOW TAI FOOK, barangan edisi terhad, barangan jenama bersama, produk elektronik (cth. kamera digital, pemain CD, radio), item bukan Disney/kedai serba guna (cth. ubat, filem, bateri), kad SD dan produk media (CD video, DVD), item LEGO® dan item terpilih lain seperti yang dinyatakan oleh HKITP dari semasa ke semasa.
Lihat semua Terma dan Syarat