Pakej Istimewa “Keseronokan 2 Hari” Hong Kong Disneyland

Lihat semua Tawaran Istimewa

Butiran Penting
  1. Tawaran ini hanya tersedia untuk pelawat yang melawat Hong Kong. (“Tetamu yang Layak”).
  2. E-mel pengesahan akan dihantar selepas pembelian tiket tawaran di laman web Hong Kong Disneyland di www.hongkongdisneyland.com (“Laman web”). Tetamu perlu menunjukkan e-mel pengesahan semasa memasuki Taman Tema. Tetamu mungkin diminta untuk menunjukkan pengenalan gambar peribadi untuk pengesahan. Tawaran ini hanya terpakai untuk tiket kemasukan umum dan kanak-kanak, dan tidak termasuk tiket warga emas.
  3. Tiket tawaran dan item tawaran yang tidak ditebus atau digunakan pada atau sebelum tarikh akhir tempoh tawaran akan menjadi tidak sah tanpa bayaran balik atau pampasan.
  4. Item tawaran boleh ditebus dengan menunjukkan tiket tawaran dan baucar (jika berkenaan) semasa membuat pesanan dan pembayaran.
  5. Penebusan item tawaran adalah tertakluk kepada ketersediaan item dan semasa waktu operasi lokasi yang ditetapkan.
  6. Tawaran ini tertakluk pada semua terma dan syarat yang ditetapkan dalam halaman “Sorotan Tawaran” yang berkaitan, Terma dan Syarat Am di www.hongkongdisneyland.com/book/tickets/ dan sekatan serta perubahan lain yang ditentukan oleh HKITP mengikut budi bicaranya sendiri tanpa notis terlebih dahulu atau lanjutan.
Terma dan Syarat Tiket
  1. Tetamu layak yang memegang tiket tawaran boleh membuat dua lawatan ke Taman Tema Disneyland Hong Kong ('Taman Tema') sepanjang tempoh 7 hari berturutan. Tetamu mesti melakukan lawatan pertama mereka pada atau sebelum hari terakhir tempoh kesahan yang dinyatakan pada tiket.
  2. Setiap Tetamu yang Layak dikehendaki untuk mendapatkan pengesahan Tag tiket atau menunjukkan pengenalan peribadi kerana Hongkong International Theme Parks Limited ('HKITP').  akan memerlukannya pada setiap entri ke dalam Taman bagi tujuan pengesahan. Tambahan pula, setiap nama Tetamu akan dinyatakan pada Tiket 2 Hari dan nama yang dinyatakan tidak boleh diubah. 
  3. Tiket tawaran itu boleh dinaik taraf kepada Akses Magik dengan membayar perbezaan harga tiket yang dikenakan di Pusat Perkhidmatan Ahli Akses Magik di Taman Tema pada hari lawatan sahaja. Perbezaan harga yang terpakai bergantung pada harga pembelian tiket tawaran dan jenis Kad Keahlian Akses Magik yang dipilih. Jika Kad Keahlian Akses Magik berharga lebih rendah daripada tiket tawaran yang ingin dinaik taraf, tiada bayaran balik akan dibuat. Sebarang Akses Magik yang dikeluarkan selepas naik taraf akan sah selama satu tahun bermula tarikh tiket tawaran itu digunakan buat kali pertama. Tiada naik taraf boleh dilakukan selepas hari tiket tawaran itu digunakan buat kali pertama.
Terma dan Syarat Baucar Diskaun Barangan
  1. Baucar boleh digunakan semasa tempoh kesahan dinyatakan pada Baucar. Tetamu yang Layak boleh menikmati potongan sebanyak HK$15 dengan sebarang pembelian di semua kedai barangan di Taman ('Transaksi yang Layak'). HKITP berhak untuk menentukan harga barangan dan waktu operasi kedai mengikut budi bicara tunggal dan mutlaknya.
  2. Baucar sah untuk penggunaan sekali.
  3. Baucar ini tidak boleh digunakan untuk perbelanjaan bagi pembelian foto, perkhidmatan fotografi, barang kemas PANDORA, barang kemas CHOW TAI FOOK, barangan edisi terhad, barangan jenama bersama, produk elektronik (cth. kamera digital, pemain CD, radio), item bukan Disney/kedai serba guna (cth. ubat, filem, bateri), kad SD dan produk media (CD video, DVD), item LEGO® dan item terpilih lain seperti yang dinyatakan oleh HKITP dari semasa ke semasa.
  4. Baucar mesti ditunjukkan semasa pembayaran.
  5. Baucar tidak boleh digunakan di The Magic of Hong Kong Disneyland (terletak di Terminal 1 dan 2 Lapangan Terbang Antarabangsa Hong Kong).
  6. Baucar tidak boleh dikembalikan, ditebus untuk tunai secara keseluruhan atau sebahagian atau ditukar untuk produk atau diskaun lain.
  7. Tawaran ini tidak boleh digunakan bersama-sama dengan mana-mana tawaran diskaun atau promosi yang lain.
  8. Hanya satu Baucar yang boleh digunakan dalam setiap Transaksi yang Layak tunggal dan ia akan dikutip oleh HKITP selepas transaksi.
  9. Terma dan syarat tertakluk pada huraian HKITP yang muktamad dan menyeluruh. Jika berlaku pertikaian, HKTIP mempunyai hak untuk membuat keputusan muktamad bagi pertikaian tersebut, dan sebaliknya, berhubungan baucar diskaun ini. Jika berlaku sebarang konflik ketidakonsistenan antara versi bahasa Inggeris dengan bahasa Cina bagi Terma dan Syarat ini, versi bahasa Inggeris akan diutamakan.
  10. Terma dan Syarat ini merupakan perjanjian antara HKITP dan Tetamu yang menggunakan kupon ini. Orang yang bukan pihak kepada perjanjian ini akan tidak mempunyai sebarang hak di bawak Kontrak Ordinan (Hak Pihak Ketiga) (Bab 623 Undang-undang Hong Kong) untuk menguatkuasakan sebarang terma perjanjian ini.
Terma dan Syarat Baucar Snack
  1. Baucar sah untuk penggunaan sekali (1) 32oz. popcorn di Outdoor Vending Cart
  2. Baucar mesti ditunjukkan semasa pembayaran.
  3. Penebusan item makanan dan minuman dengan Baucar adalah tertakluk kepada ketersediaan item tersebut serta waktu operasi restoran.
  4. Baucar tidak boleh dikembalikan, ditebus untuk tunai secara keseluruhan atau sebahagian atau ditukar untuk produk atau diskaun lain.
  5. Bucar tidak boleh digunakan bersama-sama dengan mana-mana tawaran diskaun atau promosi yang lain.
  6. Tawaran ini tertakluk pada Terma dan Syarat Am di www.hongkongdisneyland.com/book/tickets/ dan sekatan serta perubahan lain yang ditentukan oleh HKITP mengikut budi bicaranya sendiri tanpa notis awal atau lanjutan.
Tawaran eksklusif untuk peminat MyDisney - Butiran Penting
  1. Tawaran ini hanya layak kepada ahli dalam talian “MyDisney” (“Tetamu yang Layak”).
  2. Tetamu yang Layak yang mendaftar masuk ke akaun “MyDisney” mereka dan membeli kategori tertentu tiket kemasukan Taman Tema seperti yang ditentukan oleh Hongkong International Theme Parks Limited (“HKITP”) atas budi bicaranya sendiri (“Transaksi yang Layak”) boleh menerima satu kod QR bagi baucar hadiah barangan elektronik bernilai HK$50 (“eVoucher”) bagi setiap satu transaksi, tanpa mengira bilangan tiket kemasukan yang dibeli dalam transaksi yang sama.
  3. Tawaran ini hanya sah bagi produk tiket kemasukan terpilih yang dibeli di www.hongkongdisneyland.com/book/tickets/ dan Tetamu yang Layak dikehendaki memberikan nama dan bentuk data peribadi lain-lain yang diperlukan oleh HKITP.
  4. Tawaran ini tertakluk pada Terma dan Syarat Am di www.hongkongdisneyland.com/book/tickets/ www.hongkongdisneyland.com/book/tickets/ dan sekatan serta perubahan lain yang ditentukan oleh HKITP mengikut budi bicaranya sendiri tanpa notis awal atau lanjutan.
Tawaran eksklusif untuk peminat MyDisney - Terma dan Syarat eBaucar Hadiah Barangan
  1. eBaucar sah untuk kegunaan satu kali semasa hari kemasukan tiket pertamayang dibeli dalam Transaksi yang Layak. eBaucar yang tidak digunakan selepas tempoh sah ini akan dibatalkan.
  2. eBaucar boleh digunakan semasa waktu operasi kedai barangan terpilih HKTIP di dalam Hong Kong Disneyland Resort. HKITP berhak untuk menentukan harga barangan dan waktu operasi kedai barangan yang terpilih mengikut budi bicara tunggal dan mutlaknya.
  3. eBaucar mesti ditunjukkan semasa pembayaran.
  4. eBaucar tidak boleh digunakan di The Magic of Hong Kong Disneyland (terletak di Terminal 1 dan 2 Lapangan Terbang Antarabangsa Hong Kong).
  5. eBaucar tidak terpakai bagi pembelian foto, barangan jenama bersama, produk elektronik, barangan bukan Disney/item serba guna, kad SD, kamera penggunaan sekali pakai dan produk media (CD video, DVD) serta barang terpilih lain seperti yang ditentukan oleh HKITP dari semasa ke semasa.
  6. eBaucar tidak boleh dikembalikan, ditebus untuk tunai secara keseluruhan atau sebahagian atau ditukar untuk produk atau diskaun lain.
  7. Tiada bayaran balik tunai bagi sebarang jumlah eBaucar yang tidak digunakan. Sebarang pembelian barangan menggunakan eBaucar tidak tertakluk pada bayaran balik dan pertukaran.
  8. eBaucar yang rosak atau diubah akan dibatalkan. eBaucar yang hilang tidak akan diganti.
  9. Jika berlaku sebarang konflik atau ketidakonsistenan antara versi bahasa Inggeris dengan bahasa Cina Terma dan Syaraat ini, versi bahasa Inggeris akan diutamakan.
  10. Terma dan syarat tertakluk pada huraian HKITP yang muktamad dan menyeluruh. Jika berlaku pertikaian, HKTIP mempunyai hak untuk membuat keputusan muktamad bagi pertikaian tersebut, dan sebaliknya, berhubungan eBaucar ini.
Pernyataan Pengumpulan Maklumat Peribadi
Data peribadi yang dikumpulkan berhubung dengan atau apabila membeli, mengeluarkan atau menyediakan tiket, lawatan, produk dan perkhidmatan lain boleh digunakan untuk pemprosesan permintaan atau pertanyaan, menguatkuasakan terma urusan komersial, menghantar bahan pentadbiran kepada anda, kepada perniagaan dan pentadbiran dalaman kami, tujuan penyelidikan dan statistik atau tujuan lain yang berkaitan langsung, atau untuk tujuan undang-undang, keselamatan atau keterjaminan. Peruntukan data peribadi untuk medan mandatori adalah wajib. Jika anda tidak memperuntukkan data peribadi sebegitu, kami mungkin tidak boleh memberikan anda produk atau perkhidmatan yang diminta. Data peribadi boleh dipindahkan kepada pihak ketiga terlibat dalam memenuhi tujuan yang disebutkan di atas, atau orang lain sebegitu seperti yang dituntut oleh undang-undang. Senarai kelas orang yang akan dihantar data peribadi tersebut boleh didapati di www.hongkongdisneyland.com/personal-data-transferees. Anda boleh meminta akses kepada, dan meminta pembetulan data peribadi anda yang kami pegang. Permintaan sebegitu boleh dibuat dengan menghantar e-mel kepada Pengurus Data Peribadi kami di personaldata@hongkongdisneyland.com.