Pakej Istimewa “Keseronokan 2 Hari” Hong Kong Disneyland

Lihat semua Tawaran Istimewa

Dapatkan Tiket 2 Hari pada harga HK$699 (harganya hanya lebih HK$80 berbanding Tiket 1 Hari) dan dapatkan baucar diskaun cenderahati bernilai HK$30 secara percuma.

Peminat MyDisney layak menerima sepasang Tag Bagasi Disney Ufufy edisi khas (berserta baucar diskaun barangan bernilai HK$10) apabila membeli Tiket Taman Tema.
ButiranHarga
Tawaran termasuk
- Tiket untuk lawatan selama 2 hari dalam tempoh 7 hari
(lawatan pertama mestilah pada atau sebelum 30 Jun 2019)
- Dua baucar diskaun barangan bernilai HK$15
(Jumlah harga bernilai HK$30)
Kemasukan
(Umur 12 – 64)
HK$ 699
Kanak-kanak
(Umur 3 – 11)
HK$ 515
Nikmati Kemasukan Taman Tema segera dengan e-Tiket Disney!
Dengan membeli tiket anda dalam talian, kini anda boleh menikmati akses segera ke dalam Taman dengan mengimbas e-Tiket Disney anda pada peranti mudah alih (atau memberikan versi yang dicetak) di Pintu Masuk Utama Taman.

Hab Asia Marvel – Pengalaman Lengkap Bertemakan Marvel

Tarikan terbaharu Marvel Kong Disneyland – Ant-Man danThe Wasp: Perang Nano! – akan dibuka pada 31 Mac 2019. Tarikan yang lama ditunggu-tunggu meluaskan pengembaraan epik Pengalaman Iron Man, menawarkan pengalaman lengkap bertemakan Marvel dengan tarikan terhebat, barangan tema, makanan dan minuman dan pengalaman bertemu hero Iron Man!

Acara Istimewa 2019

Rasai keajaiban Disney pada tahun 2019 apabila Hong Kong Disneyland Resort membawakan anda lebih banyak pengalaman yang ajaib. Acara istimewa akan mengejutkan deria anda sepanjang tahun, termasuklah tarikan serba baharu yang imersif, sambutan festival yang menerujakan, penginapan hotel dan perkhidmatan menjamu selera yang tidak dapat dilupakan serta item cenderahati yang serba baharu. Nikmati percutian Disney yang ajaib dan terjun ke dunia “Play, Shop, Dine & Stay” dengan perayaan sepanjang tahun!

Butiran Penting
  1. Tawaran ini hanya tersedia untuk pelawat yang melawati Hong Kong (“Tetamu Yang Layak”).
  2. E-mel pengesahan akan dihantar selepas pembelian tiket tawaran di laman web Hong Kong Disneyland (“Taman Tema”) di www.hongkongdisneyland.com (“Laman Web”). Tetamu perlu menunjukkan e-mel pengesahan semasa memasuki Taman Tema. Tetamu mungkin diminta untuk menunjukkan pengenalan gambar peribadi untuk pengesahan. Tawaran ini hanya terpakai untuk kemasukan umum dan tiket kanak-kanak dan tidak terpakai untuk tiket warga emas.
  3. Tiket tawaran itu boleh dinaik taraf kepada Akses Magik dengan membayar perbezaan harga tiket di Pusat Perkhidmatan Ahli Akses Magik di Taman Tema pada hari lawatan sahaja. Perbezaan harga yang terpakai bergantung pada harga pembelian tiket tawaran dan jenis Kad Keahlian Akses Magik yang dipilih. Jika Kad Keahlian Akses Magik berharga lebih rendah daripada tiket tawaran yang ingin dinaik taraf, tiada bayaran balik akan dibuat. Sebarang Akses Magik yang dikeluarkan selepas naik taraf akan sah selama satu tahun bermula tarikh tiket tawaran itu digunakan buat kali pertama. Tiada naik taraf boleh dilakukan selepas hari tiket tawaran itu digunakan.
  4. Baucar ini sah untuk kegunaan satu kali sahaja.
Lihat semua Terma dan Syarat

Tawaran Lain Anda Mungkin Suka

Tawaran Pembelian Awal Bilik