Pakej Istimewa “Keseronokan 2 Hari” Hong Kong Disneyland

Lihat semua Tawaran Istimewa

Butiran Penting
  1. Tawaran ini hanya tersedia untuk pelawat yang melawati Hong Kong (“Tetamu Yang Layak”).
  2. E-mel pengesahan akan dihantar selepas pembelian tiket tawaran di laman web Hong Kong Disneyland (“Taman Tema”) di www.hongkongdisneyland.com (“Laman Web”). Tetamu perlu menunjukkan e-mel pengesahan semasa memasuki Taman Tema. Tetamu mungkin diminta untuk menunjukkan pengenalan gambar peribadi untuk pengesahan. Tawaran ini hanya terpakai untuk kemasukan umum dan tiket kanak-kanak dan tidak terpakai untuk tiket warga emas.
  3. Tiket tawaran dan item tawaran yang tidak ditebus atau digunakan pada atau sebelum tarikh terakhir tempoh tawaran akan dibatalkan tanpa bayaran balik atau pampasan.
  4. Item tawaran boleh ditebus dengan menunjukkan tiket tawaran dan baucar (jika perlu) sewaktu pesanan dan pembayaran.
  5. Penebusan item tawaran tertakluk pada ketersediaan item tersebut dan waktu operasi lokasi yang ditetapkan.
  6. Tawaran ini tertakluk pada semua terma dan syarat yang dinyatakan dalam laman “Sorotan Tawaran” yang berkaitan, Terma dan Syarat Am di www.hongkongdisneyland.com/book/tickets/ dan sekatan serta perubahan lain yang ditentukan oleh Hongkong International Theme Parks Limited (“HKITP”) mengikut budi bicaranya sendiri tanpa notis awal atau lanjutan.
Terma dan Syarat Tiket
  1. Tetamu layak yang memegang tiket tawaran boleh membuat dua lawatan ke Taman Tema Disneyland Hong Kong ('Taman Tema') sepanjang tempoh 7 hari berturutan. Tetamu mesti melakukan lawatan pertama mereka pada atau sebelum hari terakhir tempoh kesahan yang dinyatakan pada tiket.
  2. Untuk tujuan pengesahan, sebelum memasuki Taman Tema, sekeping foto Tetamu Yang Layak akan diambil di pintu masuk berputar. Foto itu digunakan untuk mengesahkan identiti Tetamu Yang Layak sebagai pemegang tiket setiap kali keluar masuk. Tetamu Yang Layak yang tidak mahu foto mereka diambil akan ditawarkan kaedah pengesahan yang berbeza, contohnya, menunjukkan pengenalan diri yang lain untuk diri mereka sendiri dan anak-anak mereka seperti yang mungkin diminta oleh HKITP dari semasa ke semasa. Selain itu, nama Tetamu Yang Layak tersebut akan dicetak pada tiket tawaran dan nama tersebut tidak boleh ditukar.
  3. Tiket tawaran itu boleh dinaik taraf kepada Akses Magik dengan membayar perbezaan harga tiket di Pusat Perkhidmatan Ahli Akses Magik di Taman Tema pada hari lawatan sahaja. Perbezaan harga yang terpakai bergantung pada harga pembelian tiket tawaran dan jenis Kad Keahlian Akses Magik yang dipilih. Jika Kad Keahlian Akses Magik berharga lebih rendah daripada tiket tawaran yang ingin dinaik taraf, tiada bayaran balik akan dibuat. Sebarang Akses Magik yang dikeluarkan selepas naik taraf akan sah selama satu tahun bermula tarikh tiket tawaran itu digunakan buat kali pertama. Tiada naik taraf boleh dilakukan selepas hari tiket tawaran itu digunakan.
Terma dan Syarat Baucar Diskaun Barangan
  1. Baucar boleh digunakan sewaktu tempoh sah yang dinyatakan pada Baucar. Tetamu Yang Layak boleh menikmati potongan bernilai HK$15 dengan pembelian di semua kedai barangan di Taman Tema. HKITP berhak untuk menentukan harga barangan dan waktu operasi kedai mengikut budi bicaranya yang mutlak.
  2. Baucar ini sah untuk kegunaan satu kali sahaja.
  3. Baucar tidak terpakai untuk perbelanjaan bagi pembelian foto, perkhidmatan fotografi, barang kemas Chow Tai Fook, pin edisi terhad, barangan jenama bersama (cth. item H2O+®, item LEGO®, item FUJIFILM dan Starbucks® Disney Magical Series), item bukan Disney/serba guna (cth. ubat), produk media (CD Video, DVD) dan item terpilih lain yang ditentukan oleh HKITP dari semasa ke semasa.
  4. Baucar mesti diserahkan sewaktu pembayaran.
  5. Baucar tidak boleh digunakan di The Magic of Hong Kong Disneyland (terletak di Terminal 1 dan 2 Lapangan Terbang Antarabangsa Hong Kong).
  6. Baucar tidak boleh dibayar balik, ditebus untuk tunai secara keseluruhan atau sebahagian atau ditukar untuk produk atau diskaun lain.
  7. Tawaran ini tidak boleh digunakan bersama-sama dengan mana-mana diskaun atau tawaran promosi yang lain.
  8. Hanya satu Baucar boleh digunakan dalam setiap satu Transaksi yang Layak dan Baucar ini akan dikumpulkan oleh HKITP selepas transaksi.
  9. Terma dan syarat tertakluk pada huraian HKITP yang muktamad dan menyeluruh. Jika berlaku pertikaian, HKITP berhak untuk membuat keputusan muktamad bagi pertikaian tersebut, dan sebaliknya, berhubungan baucar diskaun ini. Jika berlaku sebarang konflik ketakkonsistenan antara terma dan syarat versi bahasa Inggeris dengan bahasa Cina, versi bahasa Inggeris akan diutamakan.
  10. Terma dan Syarat ini membentuk perjanjian antara HKITP dengan Tetamu yang menggunakan kupon ini. Orang yang bukan pihak kepada perjanjian ini akan tidak mempunyai sebarang hak di bawah Kontrak Ordinan (Hak Pihak Ketiga) (Bab 623 Undang-undang Hong Kong) untuk menguatkuasakan sebarang terma perjanjian ini.
Tawaran eksklusif untuk peminat MyDisney - Butiran Penting
  1. Tawaran ini hanya tersedia untuk Tetamu yang memiliki akaun dalam talian “peminat MyDisney” (setiap satunya “Tetamu Yang Layak”).
  2. Tetamu Yang Layak yang log masuk ke akaun “peminat MyDisney” mereka dan membeli tiket kemasukan tertentu ke Hong Kong Disneyland Park (“Taman Tema”) (“Transaksi Yang Layak”) akan menerima satu kod QR untuk tawaran barangan yang ditetapkan di bawah (setiap satunya “eBaucar”). Hongkong International Theme Parks Limited (“HKITP”) mempunyai budi bicara untuk menentukan jenis tiket kemasukan yang layak untuk tawaran ini.
  3. Tetamu Yang Layak akan menerima satu (1) eBaucar apabila melengkapkan Transaksi Yang Layak tanpa mengira bilangan tiket kemasukan yang dibeli dalam Transaksi Yang Layak tersebut:
    (i) sepasang Tag Bagasi Disney Ufufy edisi khas; dan
    (ii) satu baucar diskaun elektronik bernilai HK$10
  4. Tawaran ini hanya sah untuk tiket kemasukan terpilih yang dibeli di www.hongkongdisneyland.com/book/tickets/ dan Tetamu Yang Layak dikehendaki memberikan nama dan bentuk data peribadi lain-lain yang diperlukan oleh HKITP untuk tujuan pengesahan identiti atau lain-lain.
  5. Tawaran ini tertakluk pada Terma dan Syarat Am di www.hongkongdisneyland.com/book/tickets/ dan sekatan serta perubahan lain yang ditentukan oleh HKITP mengikut budi bicaranya sendiri tanpa notis awal atau lanjutan.
Tawaran eksklusif untuk peminat MyDisney - Terma dan Syarat Tag Bagasi Disney Ufufy Edisi Khas
  1. HKITP boleh mereka bentuk tag bagasi edisi khas mengikut budi bicaranya sendiri termasuklah watak [Disney Ufufy] khusus yang akan digunakan dari semasa ke semasa.
  2. Tetamu Yang Layak boleh menebus sepasang Tag Bagasi terpilih di Centre Street Boutique atau Andy’s Toy Box yang terletak di Hong Kong Disneyland Park (“Taman Tema”) dengan menunjukkan eBaucar. Penebusan Tag Bagasi adalah berdasarkan siapa cepat, dia dapat. Sementara stok masih ada.
  3. Tetamu Yang Layak dikehendaki menunjukkan eBaucar untuk ditebus pada hari lawatan Taman Tema. eBaucar yang tidak digunakan selepas tempoh kesahan ini akan dibatalkan.
  4. eBaucar tidak boleh dibayar balik, ditukar, ditebus untuk wang tunai atau digunakan sebagai wang tunai dan tidak boleh digunakan bersama-sama diskaun atau tawaran promosi yang lain.
  5. eBaucar bercetak yang rosak atau diubah akan dibatalkan. eBaucar yang hilang tidak akan diganti. 
  6. HKITP tidak bertanggungjawab untuk penggantian atau pampasan lain jika Tetamu Yang Layak tidak dapat menebus Tag Bagasi atas sebarang sebab.
Tawaran eksklusif untuk peminat MyDisney - Terma dan Syarat eBaucar Diskaun Barangan
  1. Tetamu Yang Layak boleh menerima diskaun bernilai HK$10 bagi pembelian barang di mana-mana kedai barangan di Taman Tema atau mana-mana hotel yang bersebelahan dengan Taman Tema (setiap satunya, “Hotel”) dengan menunjukkan eBaucar.
  2. Setiap eBaucar hanya sah untuk kegunaan satu kali sahaja dan mesti digunakan semasa tempoh sah tiket Taman Tema apabila eBaucar dikeluarkan. eBaucar yang tidak digunakan selepas tempoh kesahan ini akan dibatalkan.
  3. eBaucar mesti ditunjukkan semasa pembayaran.
  4. Hanya satu (1) eBaucar boleh digunakan bagi setiap transaksi.
  5. eBaucar boleh digunakan semasa waktu operasi kedai barangan terpilih HKITP di Taman Tema dan Hotel. HKITP berhak untuk menentukan harga barangan dan waktu operasi kedai barangan yang terpilih mengikut budi bicara tunggal dan mutlaknya.
  6. eBaucar tidak boleh digunakan di The Magic of Hong Kong Disneyland (terletak di Terminal 1 dan 2 Lapangan Terbang Antarabangsa Hong Kong).
  7. eBaucar tidak boleh digunakan untuk pembelian foto, perkhidmatan fotografi, barang kemas PANDORA, barang kemas CHOW TAI FOOK, barangan edisi terhad, barangan jenama bersama, produk elektronik (cth. kamera digital), item bukan Disney/kedai serba guna (cth. ubat, filem bateri, rangkaian H2O+®), kad SD, produk media (CD Video, DVD), item LEGO® dan item terpilih lain seperti yang dinyatakan oleh HKITP dari semasa ke semasa. 
  8. eBaucar tidak boleh dibayar balik, ditukar, ditebus untuk wang tunai atau digunakan sebagai wang tunai dan tidak boleh digunakan bersama-sama diskaun atau tawaran promosi yang lain.
  9. Tiada bayaran balik tunai bagi sebarang jumlah eBaucar yang tidak digunakan.  Sebarang pembelian barangan menggunakan eBaucar tidak tertakluk pada bayaran balik dan pertukaran.
  10. eBaucar bercetak yang rosak atau diubah akan dibatalkan. eBaucar yang hilang tidak akan diganti. 
  11. Jika berlaku sebarang konflik atau ketidakonsistenan antara versi bahasa Inggeris dengan bahasa Melayu Terma dan Syaraat ini, versi bahasa Inggeris akan diutamakan.
  12. Terma dan syarat tertakluk pada huraian HKITP yang muktamad dan menyeluruh. Jika berlaku pertikaian, HKTIP mempunyai hak untuk membuat keputusan muktamad bagi pertikaian tersebut, dan sebaliknya, berhubungan eBaucar ini.
Pernyataan Pengumpulan Maklumat Peribadi
Data peribadi yang dikumpulkan berhubung dengan atau apabila membeli, mengeluarkan atau menyediakan tiket, lawatan, produk dan perkhidmatan lain boleh digunakan untuk pemprosesan permintaan atau pertanyaan, menguatkuasakan terma urusan komersial, menghantar bahan pentadbiran kepada anda, kepada perniagaan dan pentadbiran dalaman kami, tujuan penyelidikan dan statistik atau tujuan lain yang berkaitan langsung, atau untuk tujuan undang-undang, keselamatan atau keterjaminan. Peruntukan data peribadi untuk medan mandatori adalah wajib. Jika anda tidak memperuntukkan data peribadi sebegitu, kami mungkin tidak boleh memberi anda produk atau perkhidmatan yang diminta. Data peribadi boleh dipindahkan kepada pihak ketiga yang terlibat dalam tindakan memenuhi tujuan yang disebutkan di atas, atau orang lain sebegitu seperti yang dituntut oleh undang-undang. Senarai kelas orang yang akan dihantar data peribadi tersebut boleh didapati di www.hongkongdisneyland.com/personal-data-transferees. Anda boleh meminta akses kepada dan meminta pembetulan data peribadi anda yang kami pegang. Permintaan sebegitu boleh dibuat dengan menghantar e-mel kepada Pengurus Data Peribadi kami di personaldata@hongkongdisneyland.com.