Tawaran Hotel Black Friday: Nikmati potongan 40% daripada Kadar Fleksibel

Lihat semua Tawaran Istimewa

Inap, bermain, "YAY!" Nikmati potongan 40% bagi Kadar Fleksibel* di Hotel Hong Kong Disneyland Resort dengan tawaran masa terhad ini, sah untuk penginapan mulai 2 Januari 2026. Jenis bilik yang ditetapkan bermula daripada harga HK$ 1,020* setiap malam!

Tempah sekarang dari 14 November 2025 dan nikmati penginapan Disney yang ajaib! Tawaran berlangsung sehingga 12 Disember 2025.

Pembatalan percuma sehingga 30 hari sebelum tarikh daftar masuk.

Eksklusif untuk Laman Web Rasmi:Daftar masuk ke Akaun MyDisney HK anda sebelum anda menempah penginapan anda untuk menikmati hadiah eksklusif serta baucar diskaun beli-belah dan hidangan tambahan! Jumlah nilai sehingga HK$200! (Manfaat ini tidak boleh digunakan bersama dengan Manfaat Magic Access.)
Tempah penginapan 1 malam atau lebih lama
Jenis Bilik
Butiran Tawaran
Harga
Disney’s Hollywood Hotel
Bilik Pemandangan Laut
Potongan 40% daripada Kadar Fleksibel *
Bermula daripada
HK$ 1,200* setiap malam
Disney Explorers Lodge
Bilik Pemandangan Laut
Bermula daripada
HK$ 1,560* setiap malam
Hong Kong Disneyland Hotel
Bilik Pemandangan Laut / Bilik Pemandangan Laut dengan Balkoni / Bilik Kingdom Club
Bermula daripada
HK$ 1,830* setiap malam
Tempah penginapan 2 malam secara berturut-turut atau lebih lama
Jenis Bilik
Butiran Tawaran
Harga
Hotel Hong Kong Disneyland Resort
Bilik Standard / Bilik Deluxe
Potongan 40% daripada Kadar Fleksibel *
Bermula daripada
HK$ 1,020* setiap malam
Tempoh Daftar Masuk:
Tawaran Hotel Black Friday: Potongan 40% untuk 1 Malam:
Hong Kong Disneyland Hotel: Dari 2 Januari 2026 hingga 30 September 2026
Disney Explorers Lodge dan Disney's Hollywood Hotel: Dari 2 Januari 2026 hingga 31 Oktober 2026

Tawaran Hotel Black Friday - Potongan 40% untuk 2 Malam:
Hong Kong Disneyland Hotel: Dari 2 Januari 2026 hingga 29 September 2026
Disney Explorers Lodge dan Disney's Hollywood Hotel: Dari 2 Januari 2026 hingga 30 Oktober 2026

*Caj perkhidmatan sebanyak 10% berdasarkan jumlah kadar bilik yang diberi diskaun serta caj tambahan (jika berkenaan) dan cukai kerajaan yang berkenaan akan dikenakan. Caj tambahan sebanyak HK$200 bagi setiap orang untuk setiap malam (tertakluk kepada caj perkhidmatan sebanyak 10% dan cukai kerajaan yang dikenakan) akan dikenakan kepada tetamu ketiga dan keempat yang berusia 12 tahun atau ke atas yang menginap di dalam bilik hotel yang sama.

Lihat semua Terma dan Syarat

Ulang Tahun ke-20 – Parti Paling Ajaib!

Anda dijemput ke sebuah pesta yang hanya boleh berlaku di sebuah istana yang dibina daripada impian. Dihoskan oleh semua Rakan Disney kegemaran anda, yang berpakaian khas sempena pesta Ulang Tahun ke-20 ini, ia adalah acara penuh bintang yang akan menjadi lebih mempersonakan dengan kehadiran anda. Sambutan ini memperkenalkan perarakan serba baharu (yang terbesar bagi Hong Kong Disneyland), pertunjukan pentas istana yang eksklusif sempena ulang tahun, serta pertunjukan hebat waktu malam yang lebih baik – yang paling megah pernah diadakan di taman ini. Sertai Rakan Disney kegemaran anda dalam sambutan ulang tahun taman tema, terokai lapan kawasan bertema dan unik termasuk kawasan bertema ‘Frozen’ yang pertama dan terbesar – World of Frozen, serta alami pengembaraandi tarikan ekslusif Hong Kong Disneylandseperti Mystic Manor.

Dapatkan Tag Bagasi Disney Ekslusif, dan Banyak Lagi!

Tempah penginapan anda dengan akaun MyDisney HK anda dan bawa pulang tag bagasi Donald Duck atau Mickey Mouse yang ekslusif di taman tema, tidak dijual dan secara percuma, serta baucar diskaun bagi menjamu selera dan membeli-belah sehingga HK$200. Mulakan perjalanan magis yang penuh dengan keistimewaan!

Keistimewaan dan Bilik Kingdom Club

Selesakan diri anda dengan kemewahan bilik yang elegan di Hong Kong Disneyland Hotel. Bilik tidur yang terhias indah, disusuli ruang tamu yang menampilkan hiasan terperinci termasuklah panel kayu balik bervarnis, juntaian dan chintz.

Juadah Ruang Istirahat Kingdom Club
Puaskan idaman anda dengan pilihan makan percuma kami dari awal pagi hingga lewat malam dengan pelbagai pilihan yang lazat.

  • Permulaan Ajaib
    7:30 hingga 11:00
    Pelbagai pastri segar, bijirin, buah-buahan, pilihan sarapan panas dan minuman.
  • Detik Santai
    11:00 hingga 17:00
    Pelbagai biskut buatan sendiri, buah-buahan segar bermusim dan minuman.
  • Waktu Matahari Terbenam
    17:00 hingga 19:30
    Pelbagai pembuka selera yang enak, disertai dengan bir dan wain percuma pilihan anda.
  • Penamat Indah
    20:00 Malam hingga 22:00 Malam
    Pelbagai biskut buatan sendiri, buah-buahan segar bermusim dan minuman.
Aktiviti Kraf Kelab
Kanak-kanak dijemput untuk menonjolkan kreativiti mereka dengan menyertai aktiviti penghasilan kraf Kingdom Club . Dapatkan maklumat mengenai waktu sesi hari ini dan jenis kraf yang tersedia daripada barisan Pelakon Kingdom Club.

Temui Watak Disney
Buat kenangan terindah dengan Watak Disney yang memakai baju tidur yang singgah untuk mengucapkan “Selamat malam.”

Cerita Waktu Tidur
Bersedialah untuk mimpi indah dengan Cerita Waktu Tidur untuk kanak-kanak yang dibacakan oleh ahli barisan Pelakon Kingdom Club berserta biskut dan susu.

Semua manfaat dan perkhidmatan (cth. bar mini percuma) Kingdom Club hanya tersedia untuk Tetamu yang menginap di Bilik Kingdom Club dan Suite Kingdom Club sambil memastikan tahap perkhidmatan yang terbaik.

Kejutan Parti Ulang Tahun Ke-20

Teruskan suasana parti apabila anda menginap di hotel resort kami dengan “Kejutan Parti Ulang Tahun ke-20” secara percuma – termasuk model kadbod mini, pen parti dan poskad, semuanya menyerlahkan kemewahan dan glamor parti Ulang Tahun ke-20 Hong Kong Disneyland.


Setiap bilik tetamu akan menerima hadiah kecil Kejutan Parti Ulang Tahun ke-20, termasuk *model kadbod mini, pen parti dan poskad. Reka bentuk pen parti akan berubah dari semasa ke semasa dan tertakluk kepada ketersediaan.

*Hanya terpakai untuk Bilik Pemandangan Laut atau kelas yang lebih tinggi.

Teruskan Parti di Hotel Kami dengan Rekreasi Percuma

Lanjutkan sambutan anda dengan ulang-alik antara ketiga-tiga hotel untuk menikmati aktiviti dan kemudahan rekreasi bertema secara percuma — jadikan setiap detik magikal tambahan sebagai parti mini yang penuh keseronokan!