Akses Premier Disney

Lihat semua Tawaran Istimewa

Terlalu teruja untuk menunggu? Rasai keajaiban sekarang.

Pilih sama ada 8 atau 3 tarikan daripada senarai 5 tarikan yang ditetapkan dan nikmati akses keutamaan apabila tiba. Berada di hadapan barisan dengan Akses Premier Disney bermula daripada HK$229. Ia akan memberikan anda akses keutamaan kepada beberapa tempat tarikan kami yang paling popular, termasuk Iron Man Experience, “it's a small world” dan Big Grizzly Mountain Runaway Mine Cars, menjimatkan masa anda dan membolehkan anda menikmati lebih banyak permainan sepanjang lawatan anda.

Beli sekarang kerana tempat terhad!

Akses Premier Disney tidak termasuk kemasukan ke Taman Tema Hong Kong Disneyland. Untuk menggunakan pas, pemegang pas perlu mempunyai tiket kemasukan ke taman tema yang sah dan membuat tempahan lawatan ke taman tema untuk masuk ke taman tema pada tarikh sah pas. Beli tiket taman tema di sini atau tempah lawatan anda di sini.
TawaranButiran TawaranHarga
Akses Premier Disney - 3 Tarikan

1 x Akses Premier Disney - 3 Tarikan*, menawarkan akses keutamaan satu kali ke 3 daripada 5 tarikan terpilih:

  • Big Grizzly Mountain Runaway Mine Cars
  • Ant-Man dan The Wasp: Pertempuran Nano!
  • Mystic Manor
  • Iron Man Experience
  • “it's a small world”
HK$ 229
Akses Premier Disney - 8 Tarikan

1 x Akses Premier Disney - 8 Tarikan*, menawarkan akses keutamaan satu kali kepada kesemua 8 tarikan terpilih:

  • Big Grizzly Mountain Runaway Mine Cars
  • Ant-Man dan The Wasp: Pertempuran Nano!
  • Mystic Manor
  • Iron Man Experience
  • “it's a small world”
  • The Many Adventures of Winnie the Pooh
  • Hyperspace Mountain
  • Mickey's PhilharMagic
HK$ 529
^Pembelian awal tawaran sebelum ketibaan perlu dibuat sekurang-kurangnya 1 hari sebelum tarikh berada di taman tema.

*Sah pada hari terpilih sahaja. Jika tarikan terpilih ditutup pada tarikh sah Pas, Pas boleh digunakan sekali untuk kemasukan utama pada hari yang sama ke satu tarikan lain yang disenaraikan oleh Hongkong International Theme Parks Limited untuk jenis Pas tersebut, tertakluk pada ketersediaan. 

Lihat semua Terma dan Syarat

Big Grizzly Mountain Runaway Mine Cars ─ Perjalanan Paling Liar di Barat!

Masuk dan keluar melalui lingkaran gua dengan keretapi lombong laju di Grizzly Gulch.

Memberanikan diri memasuki bangunan Syarikat Perlombongan Big Grizzly, dibina pada peringkat awal California Gold Rush. Di tengah-tengah kerlipan lampu minyak tanah, mengembara melepasi sebuah kilang papan berdebu, lokar pencari gali berkarat dan bengkel berselerakan ketua geologi sebelum menaiki kereta lombong misteri yang menunggu untuk membawa anda melawat ke dalam gunung lama.

Ant-Man dan The Wasp: Pertempuran Nano!

Hong Kong Disneyland memperkenalkan tarikan bertemakan Marvelyang kedua – Ant-Man dan The Wasp: Pertempuran Nano! Alami keseronokan menjadi kecil sebesar semut semasa anda bertempur bersama-sama dengan Ant-Man dan The Wasp untuk menghalang data sulit S.H.I.E.L.D. daripada jatuh ke tangan Hydra. Berusahalah bersungguh-sungguh untuk menyertai pertempuran epik ini!

Mystic Manor ─ Lawatan Galeri Mempesonakan

Menerokai muzium ajaib di mana artifak eksotik dari seluruh dunia berada di depan mata anda!

Memanjat masuk ke dalam “keajaiban zaman moden” yang luar biasa, Mystic Magneto, Pembawa Elektrik tanpa rel, dan dengan kuasa ajaib meluncur ke bilik pengkatalogan di mana kotak muzik Bali yang penuh teka-teki dipamerkan. Apabila anda tiba, Albert yang ingin tahu muncul dan mencakar artifak diukir dengan penuh hiasan, tanpa diduga menyebabkan kotak terbuka. Tiba-tiba, satu melodi menghantui kedengaran dan aliran debu berkilauan yang bertaburan di seluruh bilik dan muzium, secara ajaib memberikan nyawa kepada apa saja yang disentuh.

Iron Man Experience - Di bawakan oleh AIA

Salah satu adiwira yang terhebat di dunia kini dalam kalangan kita dan Hong Kong tidak akan sama seperti dulu lagi. Iron Man Experience - tarikan bertema Marvel yang pertama sekali ditampilkan di taman tema Disney!

Mari melangkah masuk ke dunia Stark Industries yang mengagumkan! Stark Expomemberi anda peluang melihat warisan Stark Industries yang mengubah dunia menjadi lebih sempurna, sebelum menunjukkan teknologi hebat yang akan membentuk masa depan kita. Lihatlah, dengan mata anda sendiri, inovasi Stark yang dapat memperbaik rumah anda pada hari ini dan cara pemikiran berwawasan yang akan mengubah seluruh dunia anda pada esok hari.

“it's a small world”

Menyanyi bersama-sama untuk lagu klasik keamanan dunia semasa pelancongan bot dihoskan oleh kanak-kanak dunia. Menaiki sebuah bot yang selesa dan belayar di sepanjang terusan Seven Seaways dalam anggaran 9 minit perjalanan.

The Many Adventures of Winnie the Pooh

Memasuki Hundred Acre Wood dalam ketinggian Hunny Pot dan menjiwainya seperti cerita Winnie the Pooh.

Gelungsur dan melompat seperti di dalam beberapa babak dan set Winnie the Pooh yang paling disayangi. Melompat masuk ke dalam Hunny Pot gergasi memuatkan seramai 6 orang dan hilang dalam kisah klasik A.A. Milne semasa anda menerokai dunia keajaiban Hundred Acre Wood.

Hyperspace Mountain

Elakkan semburan api semasa anda melalui pertempuran hebat antara Rebel X-wing starfighters dan Imperial TIE fighters. Ia seakan babak epik sama seperti dipetik daripada filem Star Wars!

Semasa Pemberontak berjuang bersungguh memerangi kapal Imperial, anda terperangkap di baraj percikan api berwarna merah dan hijau. Kelajuan dan putaran menjadi lebih hebat semasa skuadron Pemberontak memulakan serangan terakhir dan terhebat mereka menentang Star Destroyer. Teruskan berada pada sasaran… keseronokan tidak terhingga di Hyperspace Mountain!

Mickey’s PhilharMagic

Magis Disney bertemu muzik Disney dalam pengembaraan fantasi 3D dibintangi oleh Donald Duck selama 10 minit.

Semasa lampu malap, Donald Duck dengan segera lena. Mickey Mouse muncul dengan muzik dan mengejutkan Donald sebelum bergegas ke pentas setelah hampir tiba waktu untuk membuat persembahan. Sewaktu Donald menyediakan orkestra untuk Mickey, dia menuju ke baton dan skim konduktor untuk mengayunkan magis dengan memakai topi Ahli Sihir Mickey. Tetapi perkara tidak dapat dikawal dan Donald menuju ke alam dunia mimpi animasi Disney 3D klasik mengikut urutan muzik.