As a precautionary measure in line with preventive efforts taking place across Hong Kong, we are temporarily closing Hong Kong Disneyland Park out of consideration for the health and safety of our Guests and Cast Members. We are in close contact with health authorities and the government about the situation and will announce a reopening date once they determine it is advisable. Inspiration Lake Recreation Centre remains open as usual.

The Standard Park Ticket is valid for six months from the purchase date. If needed, Hong Kong Disneyland Resort will assist in the refund for Guests who have purchased tickets for admission to Hong Kong Disneyland Park or have booked a resort hotel. For additional details, please click here or email to guest@hongkongdisneyland.com.
Temporary Closure of Hong Kong Disneyland Park - 30 Mac 2020
As a precautionary measure in line with preventive efforts taking place across Hong Kong, we are temporarily closing Hong Kong Disneyland Park out of consideration for the health and safety of our Guests and Cast Members. We are in close contact with health authorities and the government about the situation and will announce a reopening date once they determine it is advisable. Inspiration Lake Recreation Centre remains open as usual.

The Standard Park Ticket is valid for six months from the purchase date. If needed, Hong Kong Disneyland Resort will assist in the refund for Guests who have purchased tickets for admission to Hong Kong Disneyland Park or have booked a resort hotel. For additional details, please click here or email to guest@hongkongdisneyland.com.

Tawaran “Gandakan Kegembiraan” Dan Hidangan Percuma

Lihat semua Tawaran Istimewa

Nikmati tawaran “Gandakan Kegembiraan” kami dengan hanya berbelanja HK$738. Tawaran termasuk 2 lawatan ke Taman Tema dan hidangan percuma (bernilai sehingga HK$130) di restoran yang terpilih.

Beli sekarang dan nikmati gandakan kegembiraan dengan orang yang tersayang!

Peminat MyDisney layak menerima pelbagai manfaat 'PLAY, SHOP AND DINE' (termasuk hadiah edisi khas Disney dan berbilang baucar diskaun) apabila membeli Tiket Taman Tema.
Butiran TawaranHarga
Tawaran termasuk
• 2 Lawatan Taman Tema dari Sekarang hingga 30 Jun 2020
• 1 Hidangan Kombo di salah satu restoran yang terpilih di bawah(bernilai sehingga HK$130): 
  - Starliner Diner (Tomorrowland)
  - Comet Cafe (Tomorrowland)
  - Royal Banquet Hall (Fantasyland)
  - Explorer’s Club Restaurant (Mystic Point)
Kemasukan
(Berumur 12-64)
HK$ 738
Kanak-kanak
(Berumur 3-11)
HK$ 549
*Baucar kombo hidangan taman tema hanya sah pada hari kemasukan taman tema.

Nikmati Hidangan Lazat di Taman Tema Hong Kong Disneyland

Tempah sekarang dan nikmati pelbagai pilihan hidangan yang enak di Taman Tema Hong Kong Disneyland. Pilih daripada hidangan yang lazat dari serata dunia termasuk makanan Cina, Jepun, Amerika dan Asia Tenggara.

1 Hidangan Kombo boleh ditebus di salah satu restoran yang terpilih di bawah:

  • Starliner Diner (Tomorrowland) - Sila datang ke restoran yang efisien ini dengan tempat duduk tertutup yang dilengkapi dengan penyaman udara dan patio luar. Pangkalan futuristik ini memenuhi keperluan keluarga pengembara angkasa lepas yang mahu bersantai dan mengisi semula tenaga sebelum meneruskan pengembaraan mereka di sekitar galaksi.
  • Comet Cafe (Tomorrowland) - Rasai perkembangan dunia makanan di restoran terbuka dan efisien yang berupa seperti sayap kapal angkasa lepas yang hebat. Hantar pengembaraan solar untuk mencuba 2 stesen makanan—Fiery Wok dan Specialty Noodles—dengan hidangan lazat yang menerangi langit malam dengan jejak warna-warni bagi kepuasan kulinari.
  • Royal Banquet Hall (Fantasyland) - Masuk ke khemah perayaan zaman pertengahan yang berwarna-warni dan pilih antara 3 stesen makanan yang berbeza, masing-masing menawarkan menu yang unik. Regional Noodles, Guangdong BBQ dan Wok Favorites adalah sangat menarik untuk anda menyertai parti kulinari di semua 3 stesen.
  • Explorer’s Club Restaurant (Mystic Point) - Dapatkan menu dari serata dunia dengan rasa lazat dari India, Jepun, Korea dan Asia Tenggara. Pilih hidangan kegemaran anda daripada 4 stesen makanan, bayar untuk hidangan anda dan untuk merangkumi pengembaraan anda di salah satu daripada 5 ruang makan bertema.

Acara Tahun Baru Cina “Tahun Demi Tahun Yang Ajaib”
(9 Januari - 9 Februari 2020)

Tahun Tikus hampir tiba! Ia akan menjadi tahun yang sangat bertuah kerana ia juga merupakan permulaan bagi kitaran zodiak yang baharu, dan hanya berlaku sekali setiap 12 tahun. Mulai dari 9 Januari hingga 9 Februari 2020, tiada tempat yang lebih baik daripada Hong Kong Disneyland untuk meraikan Tahun Tikus kerana Mickey Mouse – ialah tikus yang paling terkenal di dunia ada di sini untuk ikut berseronok! Mengikut tradisi Tahun Baru Cina, menerbalikkan aksara bahasa Cina “tuah” bererti untung besar akan datang kepada anda. Untuk membawa lebih banyak keajaiban dan tuah kepada Tetamu kami pada Tahun Tikus, Mickey telah menerbalikkan keseluruhan Hong Kong Disneyland!

Ketahui Lebih Lanjut Tentang Acara Tahun Baru Cina “Tahun Demi Tahun Yang Ajaib”

room-and-ticket-hero-00-1800x720

Perjumpaan Wira dengan Iron Man

Inilah peluang anda untuk berjumpa dengan Iron Man sendiri. Selepas mendarat dengan selamat daripada tunggangan Iron Wing anda di Stark Expo, jangan terlepas peluang sekali seumur hidup ini di Iron Man Tech Showcase – Dipersembahkan oleh Stark industries.

Hab Asia Marvel – Pengalaman Lengkap Bertemakan Marvel

Tarikan 'Ant-Man dan The Wasp' yang pertama di dunia diperkenalkan di Hong Kong Disneyland! Tarikan yang lama ditunggu-tunggu meluaskan pengembaraan epik Pengalaman Iron Man, menawarkan pengalaman lengkap bertemakan Marvel dengan tarikan terhebat, barangan tema, makanan dan minuman dan pengalaman bertemu hero Iron Man!

Mickey and the Wondrous Book

Pertunjukan “Happily Ever After” serba baru dan sangat unik telah direka untuk memberikan pertunjukan pentas muzikal klasik Disney yang gemillang tiada setanding dengannya!

“Disney Paint the Night” Nighttime Spectacular

Bebaskan imaginasi anda apabila Mickey Mouse menghangatkan malam dengan perarakan Watak Disney dan ratu visi ajaib.

Hong Kong Disneyland

Bertemu Puteri Disney

Puteri Disney dari kerajaan dekat dan jauh sedang menunggu untuk bertemu dengan anda pada masa yang berlainan.

Temui Duffy dan Rakan-rakan di Main Street Cinema

Patung beruang Mickey, Duffy dan rakannya, Cookie di Main Street Cinema dan bersedia untuk memberikan pelukan besar.

Butiran Penting
  1. Tawaran ini hanya tersedia untuk pelawat yang melawati Hong Kong (“Tetamu Yang Layak”).
  2. Tawaran ini boleh didapati untuk pembelian dalam talian di laman web ('Laman Web') yang ditetapkan oleh Hongkong International Theme Parks Limited (“HKITP”). Semasa menyelesaikan pembelian, Tetamu yang Layak dikehendaki menyediakan nama, maklumat kad kredit dan lain-lain bentuk data peribadi yang diperlukan oleh HKITP.
  3. Tetamu yang Layak akan menerima e-mel pengesahan selepas membeli Tiket Tawaran di Laman Web. Selepas kemasukan Ke Taman Tema, Tetamu yang Layak dikehendaki untuk menunjukkan (i) pengesahan yang dikeluarkan oleh HKITP dan (ii) dokumen perjalanan sah di Pagar Pintu Utama Taman Tema untuk tujuan pengesahan.
  4. Tetamu yang Layak yang memegang Tiket Tawaran boleh membuat dua lawatan ke Taman Tema sepanjang tempoh 1 Disember 2019 hingga 30 Jun 2020 (Tempoh Kesahan). Tetamu yang Layak mesti melakukan lawatan pertama mereka sebelum hari terakhir Tempoh Kesahan. Baucar kombo hidangan taman tema (setiap, 'e-Baucar') yang dikeluarkan dengan Tiket Tawaran hanya adalah sah untuk penebusan pada hari kemasukan Park menggunakan Tiket Tawaran tersebut. Tiket Tawaran dan e-Baucar yang tidak digunakan semasa kesahan akan dibatalkan tanpa pertukaran, pembayaran balik atau pampasan.
  5. Tetamu yang Layak boleh menebus satu kombo hidangan (tidak termasuk kombo hidangan terpilih, menu promosi dan kombo kanak-kanak) di salah satu restoran berikut di Taman Tema dengan menunjukkan Tiket Tawaran yang dikeluarkan bersama dengan e-Baucar
    • Starliner Diner (Tomorrowland)
    • Comet Cafe (Tomorrowland)
    • Royal Banquet Hall (Fantasyland)
    • Explorer’s Club Restaurant (Mystic Point)
  6. Setiap e-Baucar hanya boleh digunakan satu kali sahaja dan perlu ditunjukkan sewaktu membuat tempahan dan pembayaran. E-Baucar tidak boleh digunakan bersama-sama dengan tawaran, promosi atau diskaun yang lain.
Lihat semua Terma dan Syarat