Tawaran Berganda Bulan Kelahiran di Hotel-hotel Hong Kong Disneyland

Lihat semua Tawaran Istimewa

Jadikan hari istimewa anda lebih ajaib menerusi pengalaman unik dan kejutan hari lahir yang menakjubkan!

Tetamu yang menempah bilik hotel melalui Tawaran Pembelian Awal 7 Hari atau 21 Hari atau Tawaran Lebih 2 Malam dan mendaftar masuk pada bulan kelahiran mereka dapat menikmati Corner Cafe Selection secara percuma di Main Street Corner Cafe yang Dihos oleh Coca-Cola® (bernilai sehingga HKD$198)# dan anak patung Mickey atau Minnie yang terpilih^.
Tawaran Berganda Bulan Kelahiran di Hotel-
hotel Hong Kong Disneyland
Pembelian Awal
(7 Hari atau 21 Hari) /
Lebih 2 Malam

  • Potongan 15% bagi Kadar Fleksibel
  • #Corner Cafe Selection beli 2 percuma 1
    di Main Street Corner Cafe yang Dihos oleh Coca-Cola® *
  • ^Anak patung Mickey atau Minnie percuma
    yang terpilih apabila anda berbelanja sebanyak
    HK$500 di mana-mana Kedai Barang Niaga Hotel
Setiap Tetamu yang Layak berhak menempah maksimum satu bilik bagi tarikh daftar masuk dan daftar keluar.

*Bagi makanan yang dihidangkan di dalam Taman Tema, tiket Taman Tema yang sah diperlukan untuk masuk.
room-and-ticket-hero-00-1800x720

Corner Cafe Selection beli 2 percuma 1 (Bernilai $198)

Nikmati kegemaran orang Asia dengan Corner Cafe Selection di Main Street Corner Cafe yang Dihos oleh Coca-Cola® dengan pilihan popular daripada hidangan Cina, Jepun sehingga Asia Tenggara* Tambah hidangan anda dengan pilihan minuman khas berserta pencuci mulut berbentuk Mickey. Hanya tunjukkan Baucar Hidangan anda semasa membeli 2 hidangan Corner Cafe Selection untuk menebus hidangan percuma anda.

*Item menu tertakluk pada perubahan.

room-and-ticket-hero-00-1800x720

Anak patung Mickey atau Minnie percuma

Siapakah yang dapat menolak Pasangan Disney kegemaran ramai - Mickey dan Minnie? Hanya tunjukkan Baucar Barangan anda apabila anda berbelanja sebanyak HK$500 atau lebih dalam satu transaksi di mana-mana Kedai Barang Niaga Hotel dan bawa pulang anak patung Mickey atau Minnie* secara percuma!

*Gambar sekadar rujukan. Tertakluk pada stok dan ketersediaan.

Travel Industry Salute - Cruise Lines Employee

Beli Tiket dan Dapatkan Diskaun Bernilai $30 untuk Cenderahati

Dapatkan Tiket 2 Hari pada harga HK$699 (harganya hanya lebih HK$80 berbanding Tiket 1 Hari) dengan baucar diskaun cenderahati HK$30.

Cuma pilih Pakej Istimewa “Keseronokan 2 Hari” Hong Kong Disneyland daripada “Pilihan Tambahan” semasa menempah hotel anda.

room-and-ticket-hero-00-1800x720

Akses utama kepada pertunjukan dan tarikan - Eksklusif untuk tetamu hotel

Tetamu kini boleh menikmati Pas Kemasukan Utama di pelbagai tempat tarikan Taman Tema Hong Kong Disneyland, termasuk tempat tarikan mesra keluarga dan tunggangan yang mengujakan!

Bilangan Pas Kemasukan Utama yang layak diterima tetamu yang menginap di jenis bilik yang ditetapkan adalah seperti di bawah:

  • Bilik Kingdom Club Hong Kong Disneyland Hotel: 4 tarikan
  • Bilik Pemandangan Laut di tiga hotel: 3 tarikan
  • Jenis Bilik Lain: 1 tarikan
Tetamu yang menginap di jenis bilik berikut juga akan mendapat tempahan tempat duduk untuk pertunjukan, seperti di bawah:
  • Bilik Pemandangan Laut Disney Explorers Lodge atau Hong Kong Disneyland Hotel: tempahan tempat duduk untuk “Festival of the Lion King”
  • Bilik Kingdom Club Hong Kong Disneyland Hotel: tempahan tempat duduk untuk pertunjukan pertama “Mickey and the Wondrous Book” pada hari lawatan ke Taman Tema
Pas Kemasukan Utama boleh ditebus sewaktu daftar masuk dan boleh digunakan di tarikan Taman Tema yang ditetapkan dan pertunjukan pilihan anda.


*Tertakluk pada ketersediaan. Tarikan dan pertunjukan boleh digantung atau dibatalkan tanpa notis awal. Pas Kemasukan Utama akan diberikan mengikut bilangan tetamu dalam setiap bilik dengan maksimum seramai empat tetamu bagi setiap bilik.

Aktiviti Rekreasi Hotel

Tetamu yang menginap di mana-mana satu daripada tiga Hong Kong Disneyland Resort dijemput untuk menyertai aktiviti yang menyeronokkan sepanjang hari di kemudahan rekreasi hotel. Menikmati sesi wayang pagi dengan Goofy di Disney's Hollywood Hotel*; mulakan pengembaraan tepi kolam pada waktu tengah hari di Disney Explorers Lodge*; dan tamatkan hari anda dengan pagar sesat sesi Waktu Bercerita Disney di Hong Kong Disney Hotel* - semuanya tanpa menjejak kaki ke Taman tema!

*Tertakluk pada ketersediaan dan keadaan cuaca. Semua aktiviti adalah tertakluk pada perubahan tanpa notis.

Character

Baucar percuma bernilai sehingga HK$380 untuk tetamu hotel

Manfaatkan percutian Disney anda sepenuhnya! Tetamu yang menginap di hotel resort kami boleh menikmati diskaun sehingga HK$380, termasuklah:

  • Diskaun bernilai sehingga HK$200 apabila berbelanja sebanyak HK$800 atau lebih (atau diskaun bernilai HK$100 apabila berbelanja sebanyak HK$400 atau lebih) untuk restoran perkhidmatan meja hotel* kecuali bufet; 
  • Diskaun bufet makan malam bernilai HK$50 di Enchanted Garden Restaurant dan Chef Mickey;
  • Diskaun bernilai HK$100 bagi Castle Package di Bibbidi Bobbidi Boutique; dan
  • Satu hadiah percuma dan tiga keping baucar diskaun bernilai HK$10 apabila berbelanja di mana-mana kedai barangan hotel.
*Baucar diskaun tidak boleh digunakan dan tidak akan diedarkan untuk tarikh daftar masuk sepanjang 21–31 Disember 2018.

Apl Mudah Alih Rasmi

Muat turun aplikasi rasmi bagi Hong Kong Disneyland! Lihat masa menunggu bagi tarikan, melayari peta, lihat jadual dan banyak lagi!

Ketahui Lebih Lanjut tentang Apl Mudah Alih

Butiran Penting
  1. Tetamu yang Layak perlu menunjukkan pengesahan pasport yang sah semasa daftar masuk. Jika syarat kelayakan untuk tawaran ini tidak boleh disahkan, kadar bilik sedia ada pada waktu daftar masuk akan dikenakan.
  2. Setiap Tetamu Hari Jadi yang Layak hanya boleh menikmati tawaran ini sekali sahaja.
  3. Harga tawaran sebenar bergantung pada tarikh daftar masuk dan daftar keluar, kategori hotel dan bilik yang dipilih, harga bilik semasa, bilangan Tetamu yang menginap dalam kumpulan dan umur bagi Tetamu yang menginap (tertakluk pada ketersediaan dan sebarang Had Manfaat seperti yang dinyatakan dalam Terma dan Syarat Am Hotel). Harga bilik semasa untuk setiap Hotel ditentukan pada masa tempahan.
  4. Caj tambahan sebanyak HK$200 bagi setiap orang untuk setiap malam akan dikenakan kepada Tetamu ketiga dan keempat yang berusia 12 tahun atau ke atas yang menginap di dalam bilik Hotel yang sama.
  5. Caj perkhidmatan 10% berdasarkan jumlah kadar bilik berdiskaun dan caj tambahan (jika ada) akan dikenakan.
Tawan Dobel Bulan Lahir di Hotel-hotel di Hong Kong Disneyland - Tawaran Pembelian Bilik Awal 7 Hari

Butiran Penting
  1. Tawaran ini hanya tersedia untuk pelawat yang melawat Hong Kong kecuali yang tinggal di China dan Macau (“Tetamu yang Layak”). Sekurang-kurangnya seorang Tetamu yang menginap mestilah merupakan Tetamu yang Layak dan mendaftar masuk ke hotel (“Hotel”) semasa bulan lahirnya (“Tetamu Hari Jadi yang Layak”) dari 11 Februari 2019 hingga 31 Januari 2020 dengan tarikh daftar keluar pada atau sebelum 1 Februari 2020, 24-25 Disember, 28-31 Disember 2019 dan 25-29 Januari 2020, yang merupakan tarikh tiada promosi.
  2. Tetamu boleh membatalkan atau meminda tempahan sekurang-kurangnya 3 hari sebelum tarikh daftar masuk, kecuali pada 25 Julai hingga 20 Ogos, 20-31 Disember 2019, 25-31 Januari 2020; dalam hal ini, pembatalan atau pindaan perlu dibuat sekurang-kurangnya 7 hari lebih awal. Harga penuh deposit akan ditolak jika sebarang pembatalan dilakukan selepas tempoh yang dinyatakan di atas atau Tetamu tidak hadir. Pindaan tempahan tertakluk pada ketersediaan dan Had Manfaat dan tiada perubahan dibenarkan selepas tempoh yang ditetapkan seperti di atas.
Tawan Dobel Bulan Lahir di Hotel-hotel di Hong Kong Disneyland - Tawaran Pembelian Bilik Awal 21 Hari

Butiran Penting
  1. Tawaran ini hanya tersedia untuk pelawat yang melawat Hong Kong kecuali yang tinggal di China dan Macau (“Tetamu yang Layak”). Sekurang-kurangnya seorang Tetamu yang menginap mestilah merupakan Tetamu yang Layak dan mendaftar masuk ke hotel (“Hotel”) semasa bulan lahirnya (“Tetamu Hari Jadi yang Layak”) dari 25 Februari 2019 hingga 31 Januari 2020 dengan tarikh daftar keluar pada atau sebelum 1 Februari 2020, 24-25 Disember, 28-31 Disember 2019 dan 25-29 Januari 2020, yang merupakan tarikh tiada promosi.
  2. Tetamu tidak dibenarkan membatalkan atau mengubah suai tempahan sebaik sahaja tempahan dilakukan. Sebarang pembatalan atau pengubahsuaian akan dikenakan caj yang bersamaan dengan kadar malam bilik pertama, caj tambahan (jika ada) dan caj perkhidmatan 10%. Caj sebegitu akan ditolak daripada deposit.
Tawan Dobel Bulan Lahir di Hotel-hotel di Hong Kong Disneyland - Tawaran Tambahan 2 Malam

Butiran Penting
  1. Tawaran ini hanya tersedia untuk pelawat yang melawat Hong Kong kecuali yang tinggal di China dan Macau (“Tetamu yang Layak”). Sekurang-kurangnya seorang Tetamu yang menginap mestilah merupakan Tetamu yang Layak dan mendaftar masuk ke hotel (“Hotel”) semasa bulan lahirnya (“Tetamu Hari Jadi yang Layak”) dari 4 Februari 2019 hingga 30 Januari 2020 dengan tarikh daftar keluar pada atau sebelum 1 Februari 2020, kecuali pada 6-9 Februari, 24-25 Disember, 28-31 Disember 2019 dan 25-29 Januari 2020, yang merupakan tarikh tiada promosi.
  2. Tetamu boleh membatalkan atau meminda tempahan sekurang-kurangnya 3 hari sebelum tarikh daftar masuk, kecuali pada 25 Julai hingga 20 Ogos, 20-31 Disember 2019, 25-31 Januari 2020; dalam hal ini, pembatalan atau pindaan perlu dibuat sekurang-kurangnya 7 hari lebih awal. Jumlah yang mewakili harga bilik malam pertama, caj tambahan (jika ada) dan caj perkhidmatan 10% akan dikenakan jika pembatalan dibuat selepas tempoh yang dinyatakan di atas atau jika tetamu tidak hadir. Pindaan tempahan tertakluk pada ketersediaan dan Had Manfaat dan tiada perubahan dibenarkan selepas tempoh yang ditetapkan seperti di atas.

Tawaran Lain Anda Mungkin Suka

Tawaran Pembelian Awal Bilik