• As required by the government and health authorities in line with prevention efforts taking place across Hong Kong, Hong Kong Disneyland Park is temporarily closed until further notice.
  • The resort hotels remain open with adjusted level of services. Enhanced health and safety measures that reflect the guidance of health and government authorities have been put in place, such as social distancing measures and increased cleaning and sanitization.
  • We are in contact with health authorities and the government about the situation.
  • Please click HERE for more information on ticket, Magic Access membership and hotel booking arrangements.
Hong Kong Disneyland Temporary Closure and Important Information - 4 Ogos 2020
  • As required by the government and health authorities in line with prevention efforts taking place across Hong Kong, Hong Kong Disneyland Park is temporarily closed until further notice.
  • The resort hotels remain open with adjusted level of services. Enhanced health and safety measures that reflect the guidance of health and government authorities have been put in place, such as social distancing measures and increased cleaning and sanitization.
  • We are in contact with health authorities and the government about the situation.
  • Please click HERE for more information on ticket, Magic Access membership and hotel booking arrangements.

Tawaran Berganda Bulan Kelahiran di Hotel-hotel Hong Kong Disneyland

Lihat semua Tawaran Istimewa

Jadikan hari istimewa anda lebih ajaib menerusi pengalaman unik dan kejutan hari lahir yang menakjubkan!

Kini dengan Pembatalan Percuma untuk tempahan terpilih+

Tetamu yang menempah bilik hotel melalui Tawaran Pembelian Lanjutan 7 Hari atau 21 Hari atau Tawaran Tambahan 2 Malam dan mendaftar masuk pada bulan kelahiran mereka dapat menikmati Corner Cafe Asian Set secara percuma di Main Street Corner Cafe yang dihos oleh Coca-Cola® (bernilai sehingga HK$209)# dan anak patung Mickey atau Minnie Mouse yang terpilih^.
Tawaran Berganda Bulan Kelahiran di Hotel-
hotel Hong Kong Disneyland
Pembelian Awal
(7 Hari atau 21 Hari) /
Lebih 2 Malam

  • Potongan 15% bagi Kadar Fleksibel
  • #Beli 2 percuma 1 Corner Cafe Asian Set di
    Main Street Corner Cafe yang
    Dihos oleh Coca-Cola®*
  • ^Anak patung Mickey atau Minnie percuma
    yang terpilih apabila anda berbelanja sebanyak
    HK$500 di mana-mana Kedai Barang Niaga Hotel

Daftar masuk ke Akaun MyDisney anda sebelum anda menempah penginapan anda untuk menikmati pelbagai manfaat tambahan pada bilik hotel, hadiah eksklusif dan banyak lagi!

Setiap Tetamu yang Layak berhak menempah maksimum satu bilik bagi tarikh daftar masuk dan daftar keluar.

+Dengan memahami keperluan fleksibiliti dalam merancang perjalanan selama ini, pembatalan percuma untuk tempahan terpilih disediakan supaya para tetamu berasa yakin apabila menempah dengan kami. Klik DI SINI untuk mengetahui maklumat lanjut.

*Bagi makanan yang dihidangkan di dalam Taman Tema, tiket Taman Tema yang sah diperlukan untuk masuk.

Untuk mengekalkan jarak sosial yang sesuai dalam kalangan Tetamu kami, Hong Kong Disneyland telah memperkenalkan kawalan kapasiti di Taman Tema kami. Semua Tetamu perlu menempah tarikh lawatan mereka melalui laman web kami sebelum lawatan mereka ke Taman Tema. Sila klik DI SINI untuk butiran dan tempahan.

Pelarasan Khidmat Sementara

Sebagai pertimbangan untuk kesihatan dan keselamatan Tetamu dan Ahli Cast kami, kami telah menyelaraskan beberapa jenis perkhidmatan yang disediakan di hotel kami. Pelarasan ini termasuk tetapi tidak terhad kepada, mengurangkan tahap interaksi interpersonal, dan menyelaraskan format penglibatan dengan Tetamu. Pengalaman Watak tertentu dan aktiviti juga digantung. Penyelarasan ini akan kekal sehingga notis selanjutnya.

Beli 2 percuma 1 Corner Cafe Asian Set (Nilai pada HK$209)

Nikmati kegemaran orang Asia dengan Corner Cafe Asian Set di Main Street Corner Cafe yang Dihos oleh Coca-Cola® dengan pilihan popular daripada hidangan Cina, Jepun sehingga Asia Tenggara*. Tambah hidangan anda dengan pilihan minuman khas berserta pencuci mulut berbentuk Mickey. Hanya tunjukkan Baucar Hidangan anda semasa membeli 2 hidangan Corner Cafe Asian Set untuk menebus hidangan percuma anda.

*Item menu tertakluk pada perubahan.

room-and-ticket-hero-00-1800x720

Anak patung Mickey atau Minnie percuma

Siapakah yang dapat menolak Pasangan Disney kegemaran ramai - Mickey dan Minnie? Hanya tunjukkan Baucar Barangan anda apabila anda berbelanja sebanyak HK$500 atau lebih dalam satu transaksi di mana-mana Kedai Barang Niaga Hotel dan bawa pulang anak patung Mickey atau Minnie* secara percuma!

*Gambar sekadar rujukan. Tertakluk pada stok dan ketersediaan.

Beli Tiket dan Dapatkan Manfaat Tambahan bernilai HK$65

Dapatkan Tiket 2 Hari pada harga HK$719 (Harganya hanya lebih HK$80 berbanding Tiket 1 Hari) dan dapatkan manfaat tambahan (Jumlah harga bernilai HK$65)!

Cuma pilih Pakej Istimewa “Keseronokan 2 Hari” Hong Kong Disneyland daripada “Pilihan Tambahan” semasa menempah hotel anda.

room-and-ticket-hero-00-1800x720

Akses utama kepada pertunjukan dan tarikan - Eksklusif untuk tetamu hotel

Tetamu kini boleh menikmati Pas Kemasukan Utama di pelbagai tempat tarikan Taman Tema Hong Kong Disneyland, termasuk tempat tarikan mesra keluarga dan tunggangan yang mengujakan!

Bilangan Pas Kemasukan Utama yang layak diterima tetamu yang menginap di jenis bilik yang ditetapkan adalah seperti di bawah:

  • Bilik Kingdom Club Hong Kong Disneyland Hotel: 4 tarikan
  • Bilik Pemandangan Laut di tiga hotel: 3 tarikan
  • Jenis Bilik Lain: 1 tarikan
Tetamu yang menginap di jenis bilik berikut juga akan mendapat tempahan tempat duduk untuk pertunjukan, seperti di bawah:
  • Bilik Pemandangan Laut Disney Explorers Lodge atau Hong Kong Disneyland Hotel: tempahan tempat duduk untuk “Festival of the Lion King”
  • Bilik Kingdom Club Hong Kong Disneyland Hotel: tempahan tempat duduk untuk pertunjukan pertama “Mickey and the Wondrous Book” pada hari lawatan ke Taman Tema
Pas Kemasukan Utama boleh ditebus sewaktu daftar masuk dan boleh digunakan di tarikan Taman Tema yang ditetapkan dan pertunjukan pilihan anda.


*Tertakluk pada ketersediaan. Tarikan dan pertunjukan boleh digantung atau dibatalkan tanpa notis awal. Pas Kemasukan Utama akan diberikan mengikut bilangan tetamu dalam setiap bilik dengan maksimum seramai empat tetamu bagi setiap bilik.

room-and-ticket-hero-00-1800x720

Baucar diskaun HK$30 untuk tetamu hotel

Manfaatkan percutian Disney anda sepenuhnya! Tetamu yang menginap di hotel resort kami boleh mendapat satu hadiah percuma dan tiga baucar diskaun HK$10 apabila berbelanja di mana-mana kedai barang niaga hotel (sehingga 31 Disember 2020)

Baucar diskaun adalah tertakluk pada ketersediaan

Tawaran Berganda Bulan Kelahiran - Tawaran Pembelian Awal Bilik (7 hari) - Butiran Penting
  1. Tawaran ini hanya tersedia untuk pelawat yang melawat Hong Kong kecuali yang tinggal di China dan Macau (“Tetamu yang Layak”). Sekurang-kurangnya seorang Tetamu yang menginap mestilah merupakan Tetamu yang Layak dan mendaftar masuk ke hotel (“Hotel”) semasa bulan lahirnya (“Tetamu Hari Jadi yang Layak”) dari 20 Disember 2019 hingga 29 Disember 2020 dengan tarikh daftar keluar pada atau sebelum 30 Disember 2020, kecuali untuk 30 hingga 31 Disember 2019 dan 26 hingga 28 Januari 2020 yang merupakan tarikh tiada promosi. 
  2. Tetamu yang Layak perlu menunjukkan pengesahan pasport yang sah semasa daftar masuk. Jika syarat kelayakan untuk tawaran ini tidak boleh disahkan, kadar bilik sedia ada pada waktu daftar masuk akan dikenakan.
  3. Bayaran penuh untuk Jumlah Harga, bermakna jumlah Caj Bilik dan apa-apa caj tambahan untuk item tambahan, akan dikenakan caj untuk setiap tempahan pada waktu tempahan.
  4. Tetamu boleh membatalkan atau meminda tempahan sekurang-kurangnya 3 hari sebelum tarikh daftar masuk, kecuali pada 20 hingga 31 Disember 2019, 25 hingga 31 Januari 2020, 24 Julai hingga 22 Ogos 2020; dalam hal ini, pembatalan atau pindaan perlu dibuat sekurang-kurangnya 7 hari lebih awal. Harga yang mewakili Caj Bilik malam pertama akan ditolak jika sebarang pembatalan dilakukan selepas tempoh yang dinyatakan di atas atau tidak hadir. Pindaan tempahan tertakluk pada ketersediaan dan Had Manfaat dan tiada perubahan dibenarkan selepas tempoh yang ditetapkan seperti di atas.
Tawaran Berganda Bulan Kelahiran - Tawaran Pembelian Awal Bilik (21 hari) - Butiran Penting
  1. Tawaran ini hanya tersedia untuk pelawat yang melawat Hong Kong kecuali yang tinggal di China dan Macau (“Tetamu yang Layak”). Sekurang-kurangnya seorang Tetamu yang menginap mestilah merupakan Tetamu yang Layak dan mendaftar masuk ke hotel (“Hotel”) semasa bulan lahirnya (“Tetamu Hari Jadi yang Layak”) dari 20 Disember 2019 hingga 29 Disember 2020 dengan tarikh daftar keluar pada atau sebelum 30 Disember 2020, kecuali untuk 24 hingga 25 Disember, 28 hingga 31 Disember 2019, 25 hingga 29 Januari dan 24 hingga 26 Januari 2020 yang merupakan tarikh tiada promosi.
  2. Tetamu yang Layak perlu menunjukkan pasport yang sah untuk pengesahan semasa daftar masuk. Jika syarat kelayakan untuk tawaran ini tidak boleh disahkan, kadar bilik sedia ada pada waktu daftar masuk akan dikenakan.
  3. Bayaran penuh untuk Jumlah Harga, bermakna jumlah Caj Bilik dan apa-apa caj tambahan untuk item tambahan, akan dikenakan caj untuk setiap tempahan pada waktu tempahan.
  4. Tetamu tidak dibenarkan membatalkan atau mengubah suai tempahan sebaik sahaja tempahan dilakukan. Apa-apa pembatalan dan pengubahsuaian akan tertakluk pada caj bersamaan dengan Caj Bilik malam pertama. Caj sebegitu akan ditolak daripada deposit.
Tawaran Berganda Bulan Kelahiran - Tawaran 2 Malam Tambahan - Butiran Penting
  1. Tawaran ini hanya tersedia untuk pelawat yang melawat Hong Kong kecuali yang tinggal di China dan Macau (“Tetamu yang Layak”). Sekurang-kurangnya seorang Tetamu yang menginap mestilah merupakan Tetamu yang Layak dan mendaftar masuk ke hotel (“Hotel”) semasa bulan lahirnya (“Tetamu Hari Jadi yang Layak”) dari 20 Disember 2019 hingga 28 Disember 2020 dengan tarikh daftar keluar pada atau sebelum 30 Disember 2020, kecuali untuk 24 hingga 25 Disember, 28 hingga 31 Disember 2019,  25 hingga 29 Januari dan 24 hingga 26 Disember 2020 yang merupakan tarikh tiada promosi. 
  2. Tetamu yang Layak perlu menunjukkan pasport yang sah untuk pengesahan semasa daftar masuk. Jika syarat kelayakan untuk tawaran ini tidak boleh disahkan, kadar bilik sedia ada pada waktu daftar masuk akan dikenakan.
  3. Bayaran penuh untuk Jumlah Harga, bermakna jumlah Caj Bilik dan apa-apa caj tambahan untuk item tambahan, akan dikenakan caj untuk setiap tempahan pada waktu tempahan.
  4. Tetamu boleh membatalkan atau meminda tempahan sekurang-kurangnya 3 hari sebelum tarikh daftar masuk, kecuali untuk 20 hingga 31 Disember 2019, 25 hingga 31 Januari 2020, 24 Julai hingga 22 Ogos 2020; dalam hal ini, pembatalan atau pindaan perlu dibuat sekurang-kurangnya 7 hari lebih awal. Jumlah yang mewakilkan Caj Bilik malam pertama akan hilang sekiranya apa-apa pembatalan dibuat selepas tempoh ditetapkan yang dinyatakan di atas atau tidak hadir. Pindaan tempahan tertakluk pada ketersediaan dan Had Manfaat dan tiada perubahan dibenarkan selepas tempoh yang ditetapkan seperti di atas.