Tawaran Bilik Masa Terhad

Lihat semua Tawaran Istimewa

Butiran Penting
  1. Tawaran ini hanya tersedia untuk pelancong yang melawat Hong Kong. (kecuali mereka yang tinggal di Hong Kong, Tanah Besar China dan Macau) (“Tetamu yang Layak”).
  2. Tawaran ini sah untuk daftar masuk dari 1 Jun hingga 30 September 2018 dengan tarikh daftar keluar pada atau sebelum 1 Oktober 2018, pengecualian bagi tarikh berikut:
    1. Hotel Disneyland Hong Kong: 19 Jun 2018 dan 1 Julai, 2018;
    2. Disney Explorers Lodge: 19 hingga 23 Jun 2018 dan 1 Julai 2018;
    3. Hotel Hollywood Disney: 19 hingga 21 Jun, 2018.
  3. Tawaran ini hanya terpakai untuk Bilik Standard di Hotel Disneyland Hong Kong, Disney Explorers Lodge atau Hotel Hollywood Disney (masing-masing, “Hotel”) sahaja.
  4. Harga tawaran sebenar bergantung pada tarikh daftar masuk dan daftar keluar, kategori hotel dan bilik dipilih, harga bilik semasa, bilangan Tetamu yang menginap dalam kumpulan dan umur bagi Tetamu yang menginap (Tertakluk pada ketersediaan. dan sebarang Had Manfaat, yang dinyatakan dalam Terma dan Syarat Am Hotel). Harga bilik semasa untuk setiap Hotel ditentukan pada masa tempahan.
  5. Caj tambahan sebanyak HK$200 bagi setiap orang untuk setiap malam akan dikenakan kepada Tetamu ketiga dan keempat yang berusia 12 tahun atau ke atas yang menginap di dalam bilik Hotel yang sama.
  6. Tertakluk kepada Perenggan 5 di atas, setiap Bilik Hotel boleh menampung sehingga maksimum 4 Tetamu. Sekurang-kurangnya seorang dewasa mesti menginap di setiap Bilik Hotel.
  7. Caj perkhidmatan 10% berdasarkan jumlah kadar bilik berdiskaun dan caj tambahan (jika ada) akan dikenakan.
  8. Deposit yang bersamaan dengan kadar harga bilik malam pertama, caj tambahan (jika ada) dan bayaran perkhidmatan 10% akan dikenakan untuk setiap tempahan sewaktu tempahan dibuat.
  9. Penukaran nama tetamu tidak dibenarkan.
  10. Tetamu tidak dibenarkan membatalkan atau mengubah suai tempahan sebaik sahaja tempahan dilakukan. Sebarang pembatalan atau pengubahsuaian akan dikenakan caj yang bersamaan dengan kadar malam bilik pertama, caj tambahan (jika ada) dan caj perkhidmatan 10%. Caj sebegitu akan ditolak daripada deposit.
  11. Tawaran ini tidak boleh diberikan komisen.
  12. Tawaran ini tertakluk kepada semua terma dan syarat yang dinyatakan dalam halaman 'Tawaran Penting' yang berkaitan, Terma dan Syarat Am Hoteldi https://www.hongkongdisneyland.com/ms/hotel-general-terms-conditions/ dan kepada sekatan dan perubahan lain yang ditentukan oleh Hongkong International Theme Parks Limited ('HKITP') mengikut budi bicara mutlaknya tanpa notis awal atau selanjutnya.
Pernyataan Koleksi Maklumat Peribadi
Data peribadi yang dikumpulkan berhubung dengan atau apabila membeli, mengeluarkan atau menyediakan tiket, lawatan, produk dan perkhidmatan lain boleh digunakan untuk pemprosesan permintaan atau pertanyaan, menguatkuasakan terma urusan komersial, menghantar bahan pentadbiran kepada anda, kepada perniagaan dan pentadbiran dalaman kami, tujuan penyelidikan dan statistik atau tujuan lain yang berkaitan langsung, atau untuk tujuan undang-undang, keselamatan atau keterjaminan. Peruntukan data peribadi untuk medan mandatori adalah wajib. Jika anda tidak memperuntukkan data peribadi sebegitu, kami mungkin tidak boleh memberikan anda produk atau perkhidmatan yang diminta. Data peribadi boleh dipindahkan kepada pihak ketiga terlibat dalam memenuhi tujuan yang disebutkan di atas, atau orang lain sebegitu seperti yang dituntut oleh undang-undang. Senarai kelas orang yang akan dihantar data peribadi tersebut boleh didapati di www.hongkongdisneyland.com/personal-data-transferees. Anda boleh meminta akses kepada, dan meminta pembetulan data peribadi anda yang kami pegang. Permintaan sebegitu boleh dibuat dengan menghantar e-mel kepada Pengurus Data Peribadi kami di personaldata@hongkongdisneyland.com.