Lihat semua Tawaran Istimewa
Lihat semua Tawaran Istimewa

Eksklusif Hari Jadi MyDisney HK: Tawaran Penginapan Lebih 2 Malam Percuma di Hotel Disney


Nikmati sehingga potongan 35% bagi Kadar Fleksibel!

Hong Kong Disneyland Hotel

Disney Explorers Lodge

Disney’s Hollywood Hotel

Nikmati potongan 35% bagi Kadar Fleksibel dengan keistimewaan hari jadi percuma untuk penginapan 2 malam atau lebih semasa bulan hari jadi anda, bermula daripada HK$1,170 setiap malam*!

Raikan hari istimewa anda lebih daripada sehari! Sertai MyDisney HK dan nikmati potongan kadar bilik fleksibel sebanyak 35% apabila anda menginap selama 2 atau lebih banyak malam secara berturut-turut di hotel kami semasa bulan hari jadi anda^. Lebih-lebih lagi, terokai kejutan istimewa, termasuk tuala berbentuk kek, kad hari jadi, Tag Bagasi Disney, serta baucar makan dan beli-belah percuma!

Jangan lupa untuk menambah tiket tawaran istimewa apabila anda menempah penginapan hotel untuk memulakan percutian ajaib anda!

Eksklusif musim panas saluran rasmi: Pas Masuk Taman Tema Awal percuma# (setiap pas bernilai HK$199)

Dari 20 Julai hingga 27 September 2026, tetamu yang menempah dan mendaftar masuk semasa tempoh yang ditetapkan pada mana-mana Hong Kong Disneyland Resort Hotel melalui saluran rasmi Hong Kong Disneyland boleh menikmati Pas Masuk Taman Tema Awal# yang percuma untuk setiap tetamu yang menginap, menawarkan akses awal ke Taman Tema bagi mengambil foto yang menakjubkan dan mengalami tarikan khusus, termasuk World of Frozen!

MyDisney HKKeistimewaan Tambahan: Daftar masuk ke Akaun MyDisney HK anda sebelum menempah bilik hotel dan tambahkan tiket Taman Tema untuk menerima hadiah istimewa berserta baucar beli-belah dan makan yang bernilai lebih HK$400! (Manfaat ini tidak boleh digunakan bersama dengan Manfaat Magic Access.)


Nikmati sehingga potongan 35% bagi Kadar Fleksibel!

Hong Kong Disneyland Hotel

Disney Explorers Lodge

Disney’s Hollywood Hotel

HotelsButiran TawaranHarga
Disney’s Hollywood Hotel
  • Potongan 35% bagi Kadar Fleksibel untuk 2 atau lebih malam berturut-turut
  • 1 x Set “Selamat Hari Jadi” Percuma (Tuala Berbentuk Kek dan Kad Hari Lahir Disney)​
  • 1 x Tag Bagasi Disney Percuma
  • 1 x Baucar hidangan bernilai sebanyak HK$50​**
  • 1 x Baucar membeli-belah bernilai sebanyak HK$50**

Pas Masuk Taman Tema Awal# percuma (Sah selama tiga hari bermula dari tarikh daftar massuk hotel)​ untuk setiap tetamu menginap
  • Tempoh Daftar Masuk: 21 Julai - 28 September 2026
Bermula daripada HK$ 1,170*
Disney Explorers Lodge
Bermula daripada HK$ 1,365*
Hong Kong Disneyland Hotel
Bermula daripada HK$ 1,560*
HotelsButiran TawaranHarga
Disney’s Hollywood Hotel
  • Potongan 35% bagi Kadar Fleksibel untuk 2 atau lebih malam berturut-turut
  • 1 x Set “Selamat Hari Jadi” Percuma (Tuala Berbentuk Kek dan Kad Hari Lahir Disney)​
  • 1 x Tag Bagasi Disney Percuma
  • 1 x Baucar hidangan bernilai sebanyak HK$50​**
  • 1 x Baucar membeli-belah bernilai sebanyak HK$50**

Pas Masuk Taman Tema Awal# percuma (Sah selama tiga hari bermula dari tarikh daftar massuk hotel)​ untuk setiap tetamu menginap
  • Tempoh Daftar Masuk: 21 Julai - 28 September 2026
Bermula daripada HK$ 1,170*
Disney Explorers Lodge
Bermula daripada HK$ 1,365*
Hong Kong Disneyland Hotel
Bermula daripada HK$ 1,560*
Periode Check-In (Diperlukan reservasi terlebih dahulu setidaknya 3 hari sebelum tanggal check in)
Disney Explorers Lodge & Disney’s Hollywood Hotel: Mulai sekarang hingga 29 Juni 2027 (Tanggal Tidak Berlaku tetap diterapkan)
Hong Kong Disneyland Hotel: Mulai sekarang hingga 9 Oktober 2026 (Tanggal Tidak Berlaku tetap diterapkan)

^Tempoh penginapan hotel mesti semasa bulan kelahiran tetamu atau tetamu lain yang menginap di bilik Hotel yang sama.
*Caj perkhidmatan sebanyak 10% berdasarkan jumlah kadar bilik yang diberi diskaun serta caj tambahan (jika berkenaan) dan cukai kerajaan yang berkenaan akan dikenakan.
**Satu baucar diskaun barangan HK$50 (dengan perbelanjaan bersih HK$500 atau lebih) dan satu baucar diskaun makan hotel HK$50 (dengan perbelanjaan bersih HK$500 atau lebih)
#Pas tidak termasuk kemasukan ke dalam Taman Tema Hong Kong Disneyland dan tempahan lawatan taman tema. Tawaran ini adalah sah untuk tempahan hotel di antara jam 12:00 petang (Waktu Hong Kong) pada 20 Julai dan jam 11:59 malam (Waktu Hong Kong) pada 27 September 2026 dengan tarikh daftar masuk antara 21 Julai 2026 hingga 28 September 2026. Setiap tetamu menginap yang berumur 3 tahun atau ke atas boleh menerima satu Pas Masuk Taman Tema Awal percuma. Bilangan Pas yang dikeluarkan menurut tawaran ini adalah berdasarkan bilangan tetamu menginap layak yang dinyatakan ketika Tempahan Hotel dilakukan (Maksimum empat Pas akan dikeluarkan untuk setiap tempahan hotel).
  • Pas Masuk Taman Tema Awal percuma

    Masuk ke Taman Tema sejam lebih awal daripada orang lain dan jadi antara yang terawal untuk menangkap detik kenangan dan nikmati tarikan yang ditetapkan. Selain membeli-belah yang lebih santai di Main Street USA, mengambil gambar yang menakjubkan di hadapan Castle of Magical Dreams dan menaiki lebih banyak permainan di Fantasyland, anda juga boleh menjadi salah seorang yang pertama yang menikmati “World of Frozen”. Terokai kerajaan Arendelle mengikut rentak anda sendiri dan alami perjalanan “Frozen Ever After” dan “Wandering Oaken’s Sliding Sleighs sambil anda Let It Go Seperti Yang Tidak Pernah Sebelum Ini, lebih awal daripada orang lain.

    Setiap Pas Masuk Taman Tema awal percuma adalah sah untuk kemasukan satu kali oleh tetamu menginap sendiri melalui pintu masuk yang telah ditetapkan, sehingga satu jam sebelum waktu pembukaan rasmi Taman Tema. Pas Masuk Taman Tema Awal percuma adalah sah selama tiga hari bermula dari tarikh daftar masuk hotel.

    Waktu pembukaan rasmi telah dikeluarkan pada laman web rasmi dan tertakluk pada perubahan.

    Tarikan tersedia semasa waktu kemasukan awal

    Fantasyland
    • Cinderella Carousel
    • Dumbo the Flying Elephant
    • The Many Adventures of Winnie the Pooh

    World of Frozen
    • Frozen Ever After - Di bawakan oleh Blue Cross
    • Wandering Oaken’s Sliding Sleighs

    *Penawaran tarikan tertakluk pada perubahan lebih masa berdasarkan keperluan operasi dan perniagaan.

    Kedai Barang Niaga dan Makanan & Minuman tersedia semasa waktu kemasukan awal

    Main Street U.S.A.
    • Marty’s General Store
    • Main Street Bakery
    • Market House
    • Bertih Jagung, Lolipop Ais di Main Street U.S.A.

    Fantasyland
    • Pooh Corner
    • Hot Dog, Jagung Rebus, Minuman yang Menyegarkan, Troli Lolipop Beku di Fantasyland
    • Wafel, Minuman yang Menyegarkan di Fantasyland

    World of Frozen
    • Tick Tock Toys & Collectibles
    • Traveling Traders
    • Forest Fare
    • Northern Delights

    *Penawaran kedai Barang Niaga, kedai Makanan & Minuman dan Outdoor Vending Cart tertakluk pada perubahan lebih masa berdasarkan keperluan operasi dan perniagaan.

    Lihat semua Terma dan Syarat
    Masuk ke Taman Tema sejam lebih awal daripada orang lain dan jadi antara yang terawal untuk menangkap detik kenangan dan nikmati tarikan yang ditetapkan. Selain membeli-belah yang lebih santai di Main Street USA, mengambil gambar yang menakjubkan di hadapan Castle of Magical Dreams dan menaiki lebih banyak permainan di Fantasyland, anda juga boleh menjadi salah seorang yang pertama yang menikmati “World of Frozen”. Terokai kerajaan Arendelle mengikut rentak anda sendiri dan alami perjalanan “Frozen Ever After” dan “Wandering Oaken’s Sliding Sleighs sambil anda Let It Go Seperti Yang Tidak Pernah Sebelum Ini, lebih awal daripada orang lain.
  • Dapatkan Tag Bagasi Disney Ekslusif, dan Banyak Lagi!

    Tempah penginapan anda dengan akaun MyDisney HK anda dan bawa pulang tag bagasi Donald Duck atau Mickey Mouse yang ekslusif di taman tema, tidak dijual dan secara percuma, serta baucar diskaun bagi menjamu selera dan membeli-belah sehingga HK$200. Mulakan perjalanan magis yang penuh dengan keistimewaan!
  • Hadiah Percuma Untuk Si Bintang Hari Lahir

    Berikan kejutan kepada si bintang hari lahir dengan Set 'Selamat Hari Lahir' percuma. Ini merupakan sedikit juadah ajaib daripada kami untuk memulakan sambutan istimewa anda.

    Set termasuk:
    • Tuala Berbentuk Kek
    • Kad Hari Lahir Disney
    Berikan kejutan kepada si bintang hari lahir dengan Set 'Selamat Hari Lahir' percuma. Ini merupakan sedikit juadah ajaib daripada kami untuk memulakan sambutan istimewa anda.
  • Tiket Keseronokan 2 Hari tanpa henti

    Masuk ke taman tema selama dua hari berturut-turut semasa tempoh sah dengan hanya menambah HK$100 kepada harga tiket 1 hari biasa.

    Tawaran Istimewa: Para tetamu akan menerima DUA e-Baucar Barang Niaga percuma yang bernilai HK$40 (jumlah nilai sebanyak HK$80) apabila mereka melawat dari tempoh 12 Jun hingga 30 September 2026.
    Masuk ke taman tema selama dua hari berturut-turut semasa tempoh sah dengan hanya menambah HK$100 kepada harga tiket 1 hari biasa.
  • Temui Rakan-Rakan Disney di Bufet Sarapan Hotel

    Nikmati bufet sarapan yang mewah dan cipta kenangan yang tak dapat dilupakan apabila sesetengah Rakan Disney kegemaran anda singgah. Anda mungkin dapat menemui rakan kegemaran anda!
  • Nikmati Aktiviti Percuma Hotel Resort

    Lanjutkan sambutan anda dengan berulang-alik di antara mana-mana hotel resort untuk menikmati aktiviti dan kemudahan rekreasi bertema secara percuma.
  • Lebih Banyak Tawaran Hotel Ajaib Menunggu

    Peribadikan penginapan anda untuk menjadikannya lebih ajaib lagi! Sama ada anda meraikan sambutan istimewa atau sekadar menikmati percutian sepenuhnya, anda akan menemukan pakej tambahan yang bermakna yang membolehkan anda menyesuaikan penginapan mengikut kemahuan diri.

    Pilih sahaja dan beli pakej kegemaran anda melalui pautan dalam e-mel pengesahan hotel yang anda terima selepas tempahan. Daripada kejutan dalam bilik yang bertemakan Disney sehingga aktiviti rekreasi, terdapat pelbagai pilihan untuk meningkatkan penginapan anda. Klik di sini untuk mengetahui lebih lanjut.
    Peribadikan penginapan anda untuk menjadikannya lebih ajaib lagi! Sama ada anda meraikan sambutan istimewa atau sekadar menikmati percutian sepenuhnya, anda akan menemukan pakej tambahan yang bermakna yang membolehkan anda menyesuaikan penginapan mengikut kemahuan diri.
  • Pertunjukan Paling Adjaib di Bumi “Momentous”

    Pertunjukan hebat waktu malam yang dipenuhi dengan magik dan cahaya, menerangi langit malam dengan muzik yang lebih dari 20 minit dan detik yang tidak dapat dilupai dalam satu perjalanan yang monumental.
Butiran Penting:
  1. Tawaran ini hanya tersedia kepada seorang tetamu yang memenuhi semua kriteria yang berikut (“Tetamu yang Layak”):
    1. berumur 18 tahun ke atas;
    2. menempah satu bilik hotel di Hong Kong Disneyland Hotel, Disney Explorers Lodge atau Disney's Hollywood Hotel (setiapnya dipanggil “Hotel”) seperti yang dinyatakan dalam perenggan 4 di bawah untuk minimum 2 malam berturut-turut dalam tempoh tawaran berikut:
      1. untuk Hong Kong Disneyland Hotel: antara 9 Julai 2026 hingga 6 Oktober 2026 ; atau
      2. untuk Disney Explorers Lodge dan Disney's Hollywood Hotel: antara 9 Julai 2026 hingga 26 Jun 2027;
    3. mendaftar masuk dalam tempoh berikut:
      1. untuk Hong Kong Disneyland Hotel: antara 12 Julai 2026 hingga 9 Oktober 2026 (termasuk kedua-dua tarikh kecuali tarikh sekatan antara 25 hingga 27 September 2026 dan 1 hingga 6 Oktober 2026) dengan tarikh daftar keluar pada atau sebelum 11 Oktober 2026; atau
      2. untuk Disney Explorers Lodge dan Disney's Hollywood Hotel: tarikh daftar masuk antara 12 Julai 2026 hingga 29 Jun 2027 (termasuk kedua-dua tarikh kecuali tarikh sekatan antara 25 hingga 27 September 2026, 1 hingga 6 Oktober 2026, 20 hingga 31 Disember 2026, 1 hingga 2 Januari 2027, 6 hingga 7 Februari 2027, 3 hingga 5 April 2027, 1 hingga 4 Mei 2027 dan 7 hingga 9 Jun 2027) dengan tarikh daftar keluar pada atau sebelum 1 Julai 2027; dan
    4. merupakan antara tetamu yang menginap di bilik Hotel;
    5. telah mendaftar untuk Program MyDisney HK di https://www.hongkongdisneyland.com/mydisneyhk/ dan memegang Akaun MyDisney HK yang sah dan tidak berkaitan dengan mana-mana keahlian Magic Access, serta menempah penginapan Hotel menurut perenggan 3 di bawah; dan
    6. menginap di Hotel semasa (i) bulan kelahirannya, atau (ii) bulan kelahiran tetamu lain yang menginap di bilik Hotel yang sama.
  2. Tawaran ini hanya tersedia untuk tempahan di laman web Hong Kong Disneyland www.hongkongdisneyland.com (“Laman Web”) oleh Tetamu yang Layak sekurang-kurangnya 3 hari sebelum tarikh daftar masuk.
  3. Apabila melengkapkan tempahan di bawah tawaran ini, seorang Tetamu Yang Layak mesti (i) mendaftar masuk ke Akaun MyDisney beliau sebelum membuat tempahan; (ii) melengkapkan tempahan di Laman Web; dan (iii) kekal berdaftar masuk dalam Akaun MyDisney HK semasa melengkapkan tempahan.
  4. Tawaran ini terpakai untuk jenis bilik Hotel yang berikut sahaja:
    1. Hong Kong Disneyland Hotel – Bilik Standard, Bilik Deluxe dan Bilik Pemandangan Laut;
    2. Disney Explorers Lodge – Bilik Standard, Bilik Deluxe dan Bilik Pemandangan Laut; dan
    3. Disney’s Hollywood Hotel – Bilik Standard, Bilik Deluxe dan Bilik Pemandangan Laut.
  5. “Caj Bilik” termasuk: (i) kadar bilik yang berkenaan yang ditentukan berdasarkan tarikh daftar masuk dan daftar keluar, Hotel dan jenis bilik yang dipilih, diskaun yang disediakan di bawah tempahan ini serta kadar bilik semasa yang ditentukan pada masa tempahan (tertakluk pada ketersediaan dan mana-mana Had Manfaat mengikut terma yang ditakrifkan dalam Terma dan Syarat Umum Hotel di https://www.hongkongdisneyland.com/hotel-general-terms-conditions/ (“Terma dan Syarat Umum Hotel”)); (ii) apa-apa Surcaj yang disebut dalam perenggan 7 di bawah; (iii) caj perkhidmatan 10% atas caj (i) dan (ii); (iv) apa-apa caj tambahan untuk item tambahan dan (v) cukai kerajaan yang dikenakan atas caj (i) dan (ii).
  6. Bilik dan tempahan tertakluk pada ketersediaan dan had bilangan, jenis, nilai serta ciri lain bilik yang diperuntukkan untuk mana-mana bilik, promosi, tawaran, pakej atau diskaun tersebut (secara kolektifnya, “Had Manfaat”). Tetamu mengiktiraf bahawa Hongkong International Theme Parks Limited (“HKITP”) boleh mengikut budi bicara tunggal dan mutlaknya menentukan atau mengubah ketersediaan bilik, apa-apa promosi, tawaran, pakej atau diskaun, dan/atau Had Manfaat pada bila-bila masa tanpa notis terlebih dahulu, pampasan, pertukaran atau bayaran balik.
  7. Caj tambahan sebanyak HK$200 bagi setiap orang untuk setiap malam (tertakluk pada caj perkhidmatan 10% dan cukai kerajaan yang dikenakan) akan dikenakan kepada tetamu ketiga dan keempat yang berusia 12 tahun ke atas yang menginap di dalam bilik Hotel yang sama (“Surcaj”).
  8. Tertakluk pada perenggan 7 di atas, setiap bilik Hotel boleh menampung sehingga maksimum empat orang tetamu. Sekurang-kurangnya seorang dewasa mesti menginap di setiap bilik Hotel.
  9. Bayaran penuh Caj Bilik akan dikenakan untuk setiap tempahan pada waktu tempahan.
  10. Semasa melengkapkan tempahan, Tetamu Yang Layak perlu memberikan nama, maklumat kad kredit dan bentuk data peribadi lain yang diperlukan oleh HKITP. E-mel pengesahan akan dihantar ke alamat e-mel yang diberikan oleh Tetamu yang Layak selepas tempahan selesai.
  11. Tetamu yang Layak dikehendaki mengemukakan dokumen pengenalan mereka untuk pengesahan semasa daftar masuk. Jika syarat kelayakan untuk tawaran ini tidak dapat disahkan, kadar harga bilik pada masa daftar masuk akan dikenakan.
  12. Penukaran nama tetamu tidak dibenarkan dalam apa-apa jua keadaan.
  13. Setiap Tetamu Yang Layak boleh membuat tempahan maksimum sebanyak satu bilik semasa tempoh tawaran.
  14. Tetamu tidak dibenarkan membatalkan atau mengubah suai tempahan sebaik sahaja tempahan dilakukan. Caj Bilik (i), (ii), (iv) dan (v) akan dikenakan sekiranya berlaku pembatalan atau tidak hadir.
  15. Tawaran ini bukan untuk dijual semula, tidak boleh dipindahkan, tidak boleh ditukarkan dan tidak boleh dibayar balik, sama ada keseluruhannya atau sebahagiannya, untuk duit tunai atau apa-apa item yang lain.
  16. Tawaran ini tidak boleh diberikan komisen.
  17. Tawaran ini tidak termasuk kemasukan ke Taman Tema Hong Kong Disneyland (“Taman Tema”). Semua tetamu dikehendaki mempunyai tiket kemasukan yang sah dan membuat tempahan lawatan Taman Tema sebelum melawati Taman Tema. Tempahan lawatan taman tema bagi setiap jenis tiket atau kad keahlian tertakluk pada kuota yang terhad. Tempahan tidak akan diterima apabila kuota masing-masing penuh.
  18. HKITP boleh menolak untuk menerima atau membenarkan penebusan dan penggunaan, dan/atau menahan atau membatalkan mana-mana manfaat dalam pakej ini, dalam setiap kes tanpa pampasan, pertukaran atau bayaran balik jika mengikut pertimbangan tunggalnya (i) pakej, tiket, baucar dan/atau manfaat di bawah pakej ini digunakan untuk tujuan komersial atau tujuan lain yang tidak dibenarkan; (ii) jika mana-mana terma dan syarat ini dilanggar atau tidak dipatuhi; dan/atau (iii) jika HKITP menganggap bahawa keadaan memerlukan perkara sedemikian.
  19. HKITP mempunyai hak untuk (i) mengubah atau menambah terma dan syarat ini; (ii) menetapkan atau mengubah harga, kesahan dan/atau tarikh sekatan bagi mana-mana tiket, pas, baucar atau pengesahan, produk, perkhidmatan, tawaran, diskaun atau promosi; dan (iii) menamatkan atau menggantung ketersediaan mana-mana tawaran, diskaun atau promosi, bagi setiap kes, pada bila-bila masa dan dari semasa ke semasa tanpa notis terdahulu.

Terma dan Syarat Umum yang terpakai untuk tawaran ini
  1. Tawaran ini, peruntukan bilik, produk dan perkhidmatan serta kemasukan ke Hotel, Taman Tema dan/atau bahagian lain Hong Kong Disneyland Resort (“Resort”) dan penggunaan kemudahan di sana adalah tertakluk pada (i) “Sorotan Tawaran” dan “Butiran Penting” yang dinyatakan dalam semua halaman yang berkaitan di www.hongkongdisneyland.com (“Lama Web”, (ii) terma dan syarat ini, Terma dan Syarat Umum Hotel, Terma dan Syarat Umum di http://www.hongkongdisneyland.com/ticket-general-terms-conditionsdan Terma dan Syarat Program MyDisney HK di https://www.hongkongdisneyland.com/mydisneyhk-terms-and-conditions(iii) peraturan dan undang-undang yang terpakai untuk lokasi atau kemudahan yang disebutkan (termasuk tanpa had, Peraturan dan Undang-undang Taman Tema dan/atau Peraturan dan Undang-undang Hotel) yang dinyatakan di Laman Web, dan (iv) semua keperluan, sekatan dan perubahan lain ditentukan oleh HKITP mengikut budi bicara mutlaknya tanpa notis awal atau notis lanjut. HKITP boleh dari semasa ke semasa, tanpa notis awal dan tanpa pampasan, pertukaran atau bayaran balik (a) membuat atau mengubah suai peraturan yang harus diikuti di dalam keseluruhan atau mana-mana bahagian Resort, (b) mengubah atau menyelaraskan syarat kemasukan atau mod operasi (termasuk tetapi tidak terhad kepada waktu operasi) Resort atau mana-mana hotel, lokasi, tarikan, pertunjukan, kedai, restoran, fasiliti atau kemudahan di tempatnya, (c) menutup atau melaraskan operasi untuk mana-mana tempoh bagi Resort atau mana-mana bahagiannya, (d) mengubah suai, menempatkan semula, membersihkan atau menggantikan mana-mana lokasi, tarikan, pertunjukan, kedai, restoran, fasiliti atau kemudahan; (e) mengehadkan bilangan, kelas atau kelayakan orang yang memiliki akses ke Resort atau mana-mana bahagiannya, (f) menggantung atau membatalkan mana-mana tarikan, pertunjukan, fasiliti, kemudahan atau program hiburan atau pemasaran, tawaran, pengalaman atau aktiviti, dan/atau (g) mengenakan had ke atas pembelian mana-mana produk atau penggunaan mana-mana perkhidmatan atau fasiliti, dalam setiap kes, atas sebab kapasiti, cuaca buruk atau peristiwa istimewa, bagi memastikan keselamatan, kesihatan, keterjaminan atau ketenteraman, atau pematuhan undang-undang, atau jika HKITP menganggap bahawa keadaan memerlukan perkara sedemikian.
  2. Tawaran ini tidak boleh digunakan bersama mana-mana tawaran lain, promosi, diskaun atau manfaat (termasuk tanpa pengehadan tawaran “Manfaat Eksklusif Hotel”, manfaat Barisan Pelakon dan manfaat Ahli Magic Access).
  3. Terma dan syarat ini tertakluk pada tafsiran HKITP yang adalah muktamad dan konklusif.
  4. Jika berlaku pertikaian, HKITP berhak untuk membuat keputusan muktamad bagi pertikaian tersebut, dan sebaliknya, berhubungan dengan tawaran ini.
  5. Jika berlaku sebarang konflik atau ketakkonsistenan antara Terma dan Syarat versi bahasa Inggeris dengan bahasa lain, versi bahasa Inggeris akan diutamakan.
  6. HKTIP berhak untuk (i) meminda atau menambah terma dan syarat ini; (ii) menukar mana-mana tarikh sekatan dan (iii) menamatkan atau menggantung ketersediaan apa-apa tawaran, diskaun atau promosi, dalam setiap kes, pada bila-bila masa dan dari semasa ke semasa tanpa notis terlebih dahulu.
  7. Terma dan syarat ini akan ditadbir oleh dan ditafsirkan sesuai mengikut undang-undang Rantau Pentadbiran Khas Hong Kong dalam Republik Rakyat China (“HKSAR”).
  8. Tawaran ini dibuat mengikut undang-undang HKSAR sahaja. Tawaran ini hanya boleh ditebus di HKSAR menurut terma dan syarat ini. HKITP tidak membuat perwakilan bahawa pembelian, penebusan atau penggunaan tawaran ini sesuai atau boleh didapati di lokasi lain dan tawaran ini tidak sah dalam mana-mana bidang kuasa yang pembelian, penebusan atau penggunaan tawaran sedemikian dilarang atau dihadkan oleh undang-undang. Mereka yang memilih untuk membeli, menebus dan/atau menggunakan tawaran ini berbuat demikian atas inisiatif mereka sendiri dan bertanggungjawab untuk mematuhi undang-undang tempatan, jika dan setakat mana ia terpakai.
  9. Jika mana-mana peruntukan terma dan syarat ini dianggap palsu atau tidak boleh dikuatkuasakan, maka peruntukan tersebut perlulah diganti dengan terma dan syarat yang paling hampir sepadan dengan HKITP dan baki terma dan syarat ini akan terus berkuat kuasa dan berkesan sepenuhnya.
  10. Terma dan syarat ini merupakan perjanjian antara HKITP dengan Tetamu Yang Layak membeli tawaran ini. Orang yang bukan pihak kepada perjanjian ini tidak akan mempunyai apa-apa hak di bawah Ordinan Kontrak (Hak Pihak Ketiga) (Bab 623 Undang-undang Hong Kong) untuk menguatkuasakan apa-apa terma perjanjian ini.

Pernyataan Pengumpulan Maklumat Peribadi
Data peribadi yang dikumpulkan berhubung dengan atau apabila membeli, mengeluarkan atau menyediakan tiket, lawatan, produk dan perkhidmatan lain boleh digunakan untuk pemprosesan permintaan atau pertanyaan, menguatkuasakan terma urusan komersial, menghantar bahan pentadbiran kepada anda, tujuan perniagaan dan pentadbiran dalaman kami, tujuan penyelidikan dan statistik atau tujuan lain yang berkaitan langsung, atau untuk tujuan undang-undang, keselamatan atau keterjaminan. Peruntukan data peribadi untuk medan mandatori adalah wajib. Jika anda tidak memperuntukkan data peribadi tersebut, kami mungkin tidak boleh memberi anda produk atau perkhidmatan yang anda minta. Data peribadi boleh dipindahkan kepada pihak ketiga yang terlibat dalam tindakan memenuhi tujuan yang disebutkan di atas, atau orang lain sebagaimana yang disyaratkan oleh undang-undang. Senarai kelas orang yang data peribadinya boleh dipindahkan boleh didapati di www.hongkongdisneyland.com/privacy-legal/. Anda boleh meminta akses kepada, dan meminta pembetulan bagi, data peribadi anda yang kami pegang. Permintaan sebegitu boleh dibuat dengan menghantar e-mel kepada Pengurus Data Peribadi kami di  personaldata@hongkongdisneyland.com.

Other Offers You May Like