Parti Kiraan Detik Malam Tahun Baru Disney! Pengumuman Pembatalan

Lihat semua Tawaran Istimewa

Selepas menilai kemungkinan keadaan pengangkutan lewat malam, Hong Kong Disneyland Resort kesal untuk mengumumkan bahawa “Parti Kiraan Detik Malam Tahun Baru Disney!” pada 31 Disember akan dibatalkan. Bayaran balik akan diurus untuk setiap Tetamu yang telah membeli Pakej Parti Kiraan Detik Malam Tahun Baru Disney dari laman web rasmi Hong Kong Disneyland. E-mel untuk pengurusan bayaran balik akan dihantar kepada setiap Tetamu yang terjejas dalam masa 1 minggu.

Aktiviti kiraan detik akan diadakan di Hong Kong Disneyland Hotel dan Disney Explorers Lodge untuk tetamu hotel kami. Mickey dan rakan-rakan akan menyambut tahun 2020 dengan kegembiraan dan Tetamu dialu-alukan untuk menyertai kami untuk meraikan dan menikmati tawaran Hotel dan F&B kami. Untuk tawaran terkini, sila pergi ke laman web kami untuk mendapatkan maklumat lanjut.