Pakej Istimewa 2 Hari “PLAY & SHOP”

Lihat semua Tawaran Istimewa

Dapatkan Tiket 2 Hari pada HK$689 (harganya hanya lebih HK$70 berbanding tiket 1 hari) dengan baucar diskaun cenderahati HK$30.

Peminat MyDisney boleh menerima tambahan Baucar Hadiah Barangan bernilai HK$50. 
ButiranHarga
Tawaran termasuk
- Tiket untuk lawatan selama 2 hari dalam tempoh
7 hari dari kini hingga 15 Julai 2018
- Dua baucar diskaun cenderahati HK$15
(Jumlah nilai HK$30)
Kemasukan
HK$ 689
Kanak-kanak
HK$ 508
Nikmati Kemasukan Taman Tema segera dengan e-Tiket Disney!
Dengan membeli tiket anda dalam talian, kini anda boleh menikmati akses segera ke dalam Taman dengan mengimbas e-Tiket Disney anda pada peranti mudah alih (atau memberikan versi yang dicetak) di Pintu Masuk Utama Taman.

Carnivale of Stars

Keseronokan mula berkembang pada musim bunga ini di sekitar Hong Kong Disneyland Resort! Lebih daripada 100 rakan Disney bersedia untuk meraikan musim bunga di karnival ini bermula 15 Mac!

Pada waktu siang, sertai lebih daripada 30 rakan Disney dalam perarakan bertenaga yang dimeriahi muzik rancak. Kemudian apabila senja berlabuh, nikmati keseronokan bercahaya di keraian “We Love Mickey!” kami – pertunjukan tayangan serba baharu di Main Street. Nantikan pertemuan mengejut sepanjang hari dengan pelbagai jenis watak Disney yang aneh dan ceria lalu tingkatkan keseronokan anda dengan menginap di salah sebuah daripada tiga buah hotel resort kami.

Nikmati keseronokan tanpa henti pada tahun 2018

Alami lebih keajaiban Hong Kong Disneyland pada tahun 2018, apabila kami membawa cerita Disney kegemaran anda, dan yang terkini dan terhebat dari The Walt Disney Company, secara langsung dengan acara istimewa berwarna-warni sepanjang tahun. Walau apapun kisah kegemaran anda, anda akan sentiasa dapat merasai keajaibannya di sini!

Ketahui lebih lanjut mengenai Acara Istimewa 2018

Butiran Penting
  1. Tawaran ini hanya tersedia untuk pelancong yang melawat Hong Kong (“Tetamu yang Layak”).
  2. E-mel pengesahan akan dihantar selepas pembelian tiket tawaran di laman web Hong Kong Disneyland. Tetamu diminta untuk menunjukkan e-mel pengesahan sebaik masuk ke Taman. Tetamu mungkin perlu menunjukkan pengenalan foto peribadi mereka bagi tujuan pengesahan.
  3. Kupon boleh digunakan sewaktu tempoh sah yang dinyatakan pada kupon. Pemegang kupon boleh menikmati diskaun sebanyak HK$15 dengan sebarang pembelian di semua kedai cenderahati dalam taman. HKITP berhak menentukan harga item barang dagangan dan waktu operasi kedai mengikut budi bicaranya yang tunggal dan mutlak.
  4. Tawaran ini tidak terpakai kepada pembelian foto, perkhidmatan foto, barang kemas PANDORA, barang kemas Chow Tai Fook, cenderahati edisi terhad, cenderahati jenama bersama, produk elektronik (cth. kamera digital, pemain CD, radio), item bukan Disney/kemudahan (cth., ubat, filem, bateri), kad SD dan produk media (CD, DVD video), item LEGO® dan item terpilih lain seperti yang dinyatakan oleh HKITP dari semasa ke semasa.
Lihat semua Terma dan Syarat

Tawaran Lain Anda Mungkin Suka

Tawaran Bilik Masa Terhad Tawaran 2 Malam Tambahan