Pakej Istimewa 2 Hari “PLAY & SHOP”

Lihat semua Tawaran Istimewa

Butiran Penting
  1. Tawaran ini hanya tersedia untuk pelancong yang melawat Hong Kong (“Tetamu yang Layak”).
  2. E-mel pengesahan akan dihantar selepas pembelian tiket tawaran di laman web Hong Kong Disneyland. Tetamu diminta untuk menunjukkan e-mel pengesahan sebaik masuk ke Taman. Tetamu mungkin perlu menunjukkan pengenalan foto peribadi mereka bagi tujuan pengesahan.
  3. Tiket tawaran dan item tawaran yang tidak ditebus atau digunakan pada atau sebelum tarikh tempoh tawaran akan dibatalkan tanpa bayaran balik atau pampasan.
  4. Item tawaran boleh ditebus dengan menunjukkan tiket dan baucar tawaran (jika berkenaan) pada waktu pesanan dan pembayaran.
  5. Penebusan item tawaran tertakluk pada ketersediaan item berkenaan dan waktu operasi lokasi yang ditetapkan.
  6. Tawaran ini tertakluk pada semua terma dan syarat yang dinyatakan dalam halaman 'Sorotan Tawaran' pada Terma dan Syarat Am di www.hongkongdisneyland.com/book/tickets/, serta sekatan dan perubahan lain yang ditentukan oleh HKITP menurut budi bicara mutlaknya tanpa notis terlebih dahulu atau selanjutnya.
Terma dan Syarat Tiket
  1. Tetamu Layak yang memegang tiket tawaran boleh membuat dua lawatan ke Taman Hong Kong Disneyland ('Taman') semasa tempoh 7 hari berturutan. Tetamu Layak hendaklah membuat lawatan pertama pada atau sebelum hari terakhir tempoh kesahan yang dicetak pada belakang tiket tawaran.
  2. Tiket tawaran boleh dinaik taraf kepada Magic Access dengan membayar perbezaan harga di Magic Access Member Service Center di Taman Tema pada tarikh lawatan sahaja. Perbezaan harga yang terpakai bergantung pada harga pembelian tiket dan jenis Kad Keahlian Magic Access yang dipilih. Jika Kad Keahlian Magic Access yang dipilih mempunyai harga yang lebih rendah daripada tiket untuk dinaik taraf, tiada bayaran balik akan dibuat.
  3. Mana-mana Magic Access yang dikeluarkan selepas naik taraf akan menjadi sah selama satu tahun dari tarikh yang tiket tawaran digunakan buat kali pertama. Tiada naik taraf boleh dilakukan selepas hari yang tiket tawaran digunakan.
Terma dan Syarat Baucar Hadiah Barang Dagangan
  1. Kupon boleh digunakan sewaktu tempoh sah yang dinyatakan pada kupon. Pemegang kupon boleh menikmati diskaun sebanyak HK$15 dengan sebarang pembelian di semua kedai cenderahati dalam taman. HKITP berhak menentukan harga item barang dagangan dan waktu operasi kedai mengikut budi bicaranya yang tunggal dan mutlak.
  2. Tawaran ini tidak terpakai kepada pembelian foto, perkhidmatan foto, barang kemas PANDORA, barang kemas Chow Tai Fook, cenderahati edisi terhad, cenderahati jenama bersama, produk elektronik (cth. kamera digital, pemain CD, radio), item bukan Disney/kemudahan (cth., ubat, filem, bateri), kad SD dan produk media (CD, DVD video), item LEGO® dan item terpilih lain seperti yang dinyatakan oleh HKITP dari semasa ke semasa.
  3. Kupon tidak boleh dibayar balik, ditebus tunai secara keseluruhan atau sebahagiannya, atau ditukar dengan produk atau diskaun lain.
  4. Tawaran ini tidak boleh digunakan bersama-sama dengan sebarang tawaran diskaun atau promosi lawatan yang lain.
  5. Satu kupon boleh digunakan dalam setiap transaksi dan ia akan dikumpul oleh HKITP selepas transaksi.
  6. Terma dan syarat ini tertakluk pada interpretasi HKITP yang akan menjadi muktamad dan tidak dapat dipertikaikan. Jika terdapat pertikaian, HKITP berhak membuat keputusan akhir ke atas pertikaian tersebut dan dengan cara lain, sehubungan dengan baucar hadiah ini. Sekiranya wujud apa-apa percanggahan atau ketakkonsistenan antara versi bahasa Inggeris dengan versi bahasa Cina berkaitan dengan Terma dan Syarat ini, versi bahasa Inggeris akan diutamakan.
  7. Terma dan Syarat ini membentuk perjanjian antara HKITP dengan setiap Tetamu yang menggunakan kupon ini. Seseorang yang bukan pihak berkaitan bagi perjanjian ini tidak mempunyai apa-apa hak di bawah Ordinans (Bab 623 Undang-undang Hong Kong) Kontrak (Hak Pihak Ketiga) untuk menguatkuasakan apa-apa terma perjanjian ini.
Tawaran eksklusif untuk peminat MyDisney - Butiran Penting
  1. Tawaran ini hanya layak kepada ahli dalam talian “MyDisney” (“Tetamu yang Layak”).
  2. Tetamu yang Layak yang mendaftar masuk ke akaun “MyDisney” mereka dan membeli kategori tertentu tiket kemasukan Taman Tema seperti yang ditentukan oleh Hongkong International Theme Parks Limited (“HKITP”) atas budi bicaranya sendiri (“Transaksi yang Layak”) boleh menerima satu kod QR bagi baucar hadiah barangan elektronik bernilai HK$50 (“eVoucher”) bagi setiap satu transaksi, tanpa mengira bilangan tiket kemasukan yang dibeli dalam transaksi yang sama.
  3. Tawaran ini hanya sah bagi produk tiket kemasukan terpilih yang dibeli di www.hongkongdisneyland.com/book/tickets/ dan Tetamu yang Layak dikehendaki memberikan nama dan bentuk data peribadi lain-lain yang diperlukan oleh HKITP.
  4. Tawaran ini tertakluk pada Terma dan Syarat Am di www.hongkongdisneyland.com/book/tickets/ www.hongkongdisneyland.com/book/tickets/ dan sekatan serta perubahan lain yang ditentukan oleh HKITP mengikut budi bicaranya sendiri tanpa notis awal atau lanjutan.
Tawaran eksklusif untuk peminat MyDisney - Terma dan Syarat eBaucar Hadiah Barangan
  1. eBaucar sah untuk kegunaan satu kali semasa hari kemasukan tiket pertamayang dibeli dalam Transaksi yang Layak. eBaucar yang tidak digunakan selepas tempoh sah ini akan dibatalkan.
  2. eBaucar boleh digunakan semasa waktu operasi kedai barangan terpilih HKTIP di dalam Hong Kong Disneyland Resort. HKITP berhak untuk menentukan harga barangan dan waktu operasi kedai barangan yang terpilih mengikut budi bicara tunggal dan mutlaknya.
  3. eBaucar mesti ditunjukkan semasa pembayaran.
  4. eBaucar tidak boleh digunakan di The Magic of Hong Kong Disneyland (terletak di Terminal 1 dan 2 Lapangan Terbang Antarabangsa Hong Kong).
  5. eBaucar tidak terpakai bagi pembelian foto, barangan jenama bersama, produk elektronik, barangan bukan Disney/item serba guna, kad SD, kamera penggunaan sekali pakai dan produk media (CD video, DVD) serta barang terpilih lain seperti yang ditentukan oleh HKITP dari semasa ke semasa.
  6. eBaucar tidak boleh dikembalikan, ditebus untuk tunai secara keseluruhan atau sebahagian atau ditukar untuk produk atau diskaun lain.
  7. Tiada bayaran balik tunai bagi sebarang jumlah eBaucar yang tidak digunakan. Sebarang pembelian barangan menggunakan eBaucar tidak tertakluk pada bayaran balik dan pertukaran.
  8. eBaucar yang rosak atau diubah akan dibatalkan. eBaucar yang hilang tidak akan diganti.
  9. Jika berlaku sebarang konflik atau ketidakonsistenan antara versi bahasa Inggeris dengan bahasa Cina Terma dan Syaraat ini, versi bahasa Inggeris akan diutamakan.
  10. Terma dan syarat tertakluk pada huraian HKITP yang muktamad dan menyeluruh. Jika berlaku pertikaian, HKTIP mempunyai hak untuk membuat keputusan muktamad bagi pertikaian tersebut, dan sebaliknya, berhubungan eBaucar ini.
Pernyataan Pengumpulan Maklumat Peribadi
Data peribadi yang dikumpulkan berhubung dengan atau apabila membeli, mengeluarkan atau menyediakan tiket, lawatan, produk dan perkhidmatan lain boleh digunakan untuk pemprosesan permintaan atau pertanyaan, menguatkuasakan terma urusan komersial, menghantar bahan pentadbiran kepada anda, kepada perniagaan dan pentadbiran dalaman kami, tujuan penyelidikan dan statistik atau tujuan lain yang berkaitan langsung, atau untuk tujuan undang-undang, keselamatan atau keterjaminan. Peruntukan data peribadi untuk medan mandatori adalah wajib. Jika anda tidak memperuntukkan data peribadi sebegitu, kami mungkin tidak boleh memberikan anda produk atau perkhidmatan yang diminta. Data peribadi boleh dipindahkan kepada pihak ketiga terlibat dalam memenuhi tujuan yang disebutkan di atas, atau orang lain sebegitu seperti yang dituntut oleh undang-undang. Senarai kelas orang yang akan dihantar data peribadi tersebut boleh didapati di www.hongkongdisneyland.com/personal-data-transferees. Anda boleh meminta akses kepada, dan meminta pembetulan data peribadi anda yang kami pegang. Permintaan sebegitu boleh dibuat dengan menghantar e-mel kepada Pengurus Data Peribadi kami di personaldata@hongkongdisneyland.com.