Pakej Istimewa 1 Hari “PLAY, SHOP, DINE”

Lihat semua Tawaran Istimewa

Dapatkan baucar hadiah cenderahati bernilai HK$50 atau Satu Waffle Mickey percuma (Harga asal: HK$58) dengan pembelian Tiket 1 Hari dan jadikan kunjungan anda lebih istimewa!

Peminat MyDisney boleh menerima tambahan Baucar Hadiah Barangan bernilai HK$50.
ButiranHarga
Tawaran termasuk
- Tiket 1 Hari: Hari Standard*
- Pilihan anda iaitu
1) Baucar hadiah cenderahati bernilai HK$50; atau
2) Satu Waffle Mickey percuma (Harga asal: HK$58)
Kemasukan
HK$ 619
Kanak-kanak
HK$ 458
*Sah bagi kunjungan sekali pada atau sebelum 15 Julai 2018, kecuali tarikh yang dikecualikan daripada 18 hingga 22 Februari 2018.

Carnivale of Stars

Keseronokan mula berkembang pada musim bunga ini di sekitar Hong Kong Disneyland Resort! Lebih daripada 100 rakan Disney bersedia untuk meraikan musim bunga di karnival ini bermula 15 Mac!

Pada waktu siang, sertai lebih daripada 30 rakan Disney dalam perarakan bertenaga yang dimeriahi muzik rancak. Kemudian apabila senja berlabuh, nikmati keseronokan bercahaya di keraian “We Love Mickey!” kami – pertunjukan tayangan serba baharu di Main Street. Nantikan pertemuan mengejut sepanjang hari dengan pelbagai jenis watak Disney yang aneh dan ceria lalu tingkatkan keseronokan anda dengan menginap di salah sebuah daripada tiga buah hotel resort kami.

Nikmati keseronokan tanpa henti pada tahun 2018

Alami lebih keajaiban Hong Kong Disneyland pada tahun 2018, apabila kami membawa cerita Disney kegemaran anda, dan yang terkini dan terhebat dari The Walt Disney Company, secara langsung dengan acara istimewa berwarna-warni sepanjang tahun. Walau apapun kisah kegemaran anda, anda akan sentiasa dapat merasai keajaibannya di sini!

Ketahui lebih lanjut mengenai Acara Istimewa 2018

Butiran Penting
  1. Tawaran ini hanya tersedia untuk pelancong yang melawat Hong Kong (“Tetamu yang Layak”).
  2. Tetamu yang Layak diminta menunjukkan (i) pengesahan yang dikeluarkan oleh HKITP, dan (ii) pengenalan foto peribadi semasa masuk ke Taman Tema.
  3. Tetamu layak untuk menebus balik salah satu daripada perkara berikut dengan menunjukkan baucar tebusan pada hari lawatan sahaja:
    1. satu Waffle Mickey di Mai Street Market dalam Taman; atau
    2. satu Baucar Hadiah Cenderahati HK$50.
  4. Baucar ini hanya boleh digunakan sekali sahaja. Baucar yang dicetak akan dikumpul oleh Hongkong International Theme Parks Limited (“HKITP”) sebaik digunakan.
Lihat semua Terma dan Syarat