Berada di hadapan barisan dengan Pas Kemasukan ke Tarikan “Keutamaan Khas” Disney / Pas Kemasukan ke Tarikan + “Keutamaan Khas” Disney yang baharu. Tawaran Kombo khas ini termasuk pas keutamaan dan tiket kemasukan sehari ke Hong Kong Disneyland. Ia akan memberikan anda akses keutamaan kepada beberapa tempat tarikan kami yang paling popular, termasuklah Iron Man Experience, Mickey's PhilharMagic dan Big Grizzly Mountain Runaway Mine Cars. Ia akan menjimatkan masa anda dan membolehkan anda menikmati lebih banyak permainan sepanjang lawatan anda.

Beli dalam talian sekarang untuk membawa pengalaman Disney anda ke tahap seterusnya!
Tempahan pra-ketibaan hanya tersedia dalam talian.
Tawaran | Butiran Tawaran | Harga |
---|---|---|
“Keutamaan Khas” Disney & Kombo Tiket 1 Hari | Satu Tiket Taman Tema 1 Hari *sah pada hari terpilih sahaja Satu Pas Kemasukan ke Tarikan “Keutamaan Khas” Disney, menawarkan akses keutamaan kepada tiga daripada lima tarikan terpilih^:
| Kemasukan (Umur 12 – 64) HK$ 838 Kanak-kanak (Umur 3 – 11) HK$ 674 Warga Emas (Usia 65+ Tahun) HK$ 299 |
“Keutamaan Khas” Disney+ & Kombo Tiket 1 Hari | Satu Tiket Taman Tema 1 Hari *sah pada hari terpilih sahaja Satu Pas Kemasukan ke Tarikan “Keutamaan Khas+” Disney, menawarkan akses keutamaan kepada kelapan-lapan tarikan terpilih^:
| Hari kerja (kecuali Cuti Umum) Kemasukan Umum (Umur 12 – 64) HK$ 938 Kanak-kanak (Umur 3 – 11) HK$ 774 Warga Emas (Usia 65+ Tahun) HK$ 399 Hujung minggu dan Cuti Umum Kemasukan Umum (Umur 12 – 64) HK$ 988 Kanak-kanak (Umur 3 – 11) HK$ 824 Warga Emas (Usia 65+ Tahun) HK$ 449 |

^Pas ini memberikan kemasukan keutamaan satu kali ke tarikan yang terpilih.

Hab Asia Marvel – Pengalaman Lengkap Bertemakan Marvel
Tarikan 'Ant-Man dan The Wasp' yang pertama di dunia diperkenalkan di Hong Kong Disneyland! Tarikan yang lama ditunggu-tunggu meluaskan pengembaraan epik Pengalaman Iron Man, menawarkan pengalaman lengkap bertemakan Marvel dengan tarikan terhebat, barangan tema, makanan dan minuman dan pengalaman bertemu hero Iron Man!

Iron Man Experience - Di bawakan oleh AIA
Salah satu adiwira yang terhebat di dunia kini dalam kalangan kita dan Hong Kong tidak akan sama seperti dulu lagi. Iron Man Experience - tarikan bertema Marvel yang pertama sekali ditampilkan di taman tema Disney , akan dibuka di Hong Kong Disneyland!
Butiran Penting
- Semasa melengkapkan pembelian dalam talian, Tetamu perlu memberikan nama, maklumat kad kredit dan bentuk data peribadi lain yang diperlukan oleh HKITP. Tetamu akan menerima e-mel pengesahan selepas membeli tawaran di Laman Web. Selepas kemasukan Ke Taman Tema Hong Kong Disneyland (“Taman Tema”), setiap Tetamu dikehendaki untuk menunjukkan e-mel pengesahan yang dikeluarkan oleh HKITP di lawang putar Pintu Masuk Utama Taman Tema untuk tujuan pengesahan.
- Tiket kemasukan 1 Hari dan pas kemasukan hanya sah untuk kegunaan pada tarikh yang dicetak. Tiket atau pas kemasukan yang tidak digunakan pada tarikh yang dicetak akan dibatalkan tanpa pertukaran, bayaran balik atau pampasan.
- Tetamu tidak dibenarkan untuk membatalkan atau mengubah suai tiket kemasukan 1 Hari dan pas kemasukan selepas tempahan dibuat.
- Pas ini menyediakan keutamaan masuk ke tarikan yang terpilih. Pas ini HANYA sah pada tarikh yang dinyatakan pada tiket semasa Pas ini dikeluarkan. Mana-mana Pas yang tidak digunakan atau sudah tamat tempoh akan dibatalkan tanpa bayaran balik atau pampasan.
- Pas dan tiket hendaklah digunakan oleh orang yang sama pada tarikh yang sah dan tidak sah digunakan untuk majlis peribadi dan majlis istimewa yang memerlukan caj kemasukan yang berbeza.