Pakej Bilik dan Makan Malam Hotel

Lihat semua Tawaran Istimewa

Butiran Penting
  1. Tawaran ini tidak boleh digunakan pada tarikh tiada promosi termasuklah 4 hingga 5 April, 30 April hingga 1 Mei, 21 hingga 22 Mei, 18 Jun, 2 Julai, 24 hingga 25 September dan semua hari Sabtu serta Ahad dalam tempoh tawaran.
  2. Harga pakej sebenar bergantung pada tarikh daftar masuk dan daftar keluar, kategori bilik dan hotel yang dipilih, kadar bilik sedia ada Hotel, bilangan Tetamu yang menginap dalam kumpulan dan umur setiap Tetamu (tertakluk pada ketersediaan dan sebarang Had Manfaat yang ditetapkan dalam Terma dan Syarat Am Hotel). Kadar bilik sedia ada bagi setiap hotel (masing-masing disebut 'Hotel') ditentukan pada waktu tempahan.
  3. Caj tambahan sebanyak HK$200 untuk setiap orang bagi setiap malam (tertakluk pada caj perkhidmatan 10%) akan dikenakan bagi Tetamu ketiga dan keempat yang berusia 12 tahun ke atas yang menginap di bilik Hotel yang sama. Surcaj ini hanya meliputi bayaran penginapan Hotel untuk Tetamu, tetapi tidak termasuk sebarang komponen pakej lain.
  4. Tertakluk pada Perenggan 3, setiap Bilik Hotel boleh memuatkan maksimum 4 Tetamu. Sekurang-kurangnya seorang dewasa mesti menjadi tetamu yang menginap di setiap Bilik Hotel.
  5. Harga pakej termasuk caj perkhidmatan 10% berdasarkan kadar bilik yang terpakai.
  6. Deposit yang bersamaan dengan harga satu pakej akan dikenakan bagi setiap tempahan pakej sewaktu tempahan.
  7. Perubahan nama tetamu tidak dibenarkan sama sekali.
  8. Tetamu boleh membatalkan atau meminda tempahan sekurang-kurangnya 3 hari sebelum tarikh daftar masuk, kecuali untuk 21 Julai hingga 18 Ogos, 15 hingga 31 Disember 2018. Dalam kes ini, pembatalan atau pemindaan perlu dibuat sekurang-kurangnya 7 hari lebih awal. Harga penuh deposit akan dilupuskan sekiranya pembatalan dibuat selepas tempoh yang dinyatakan di atas atau tetamu tidak hadir. Pemindaan tarikh tempahan tertakluk pada ketersediaan dan Had Manfaat, dan tiada perubahan dibenarkan selepas tempoh yang dinyatakan di atas.
  9. Tawaran ini tidak boleh diberikan komisen.
  10. Tawaran ini tertakluk pada semua terma dan syarat yang dinyatakan dalam halaman 'Sorotan Tawaran', Terma dan Syarat Am Hotel di https://www.hongkongdisneyland.com/ms/hotel-general-terms-conditions/ serta sekatan dan perubahan lain yang ditentukan oleh Hongkong International Theme Parks Limited ('HKITP') menurut budi bicara mutlaknya tanpa notis terlebih dahulu atau selanjutnya.
Terma dan Syarat Makan Malam Hotel
  1. Makan malam yang termasuk dalam tawaran hendaklah digunakan pada hari daftar masuk. Tempahan menjamu selera di Chef Mickey atau Enchanted Garden Restaurant di pra-tetapkan bermula 5:30pm hingga 7:30pm. Tempahan menjamu selera dengan slot masa lain boleh dibuat semasa daftar masuk dan tertakluk kepada ketersediaan.
  2. Tertakluk pada ketersediaan item makanan dan minuman serta waktu operasi restoran.

Keistimewaan Hotel Eksklusif - Terma dan Syarat:

  1. Tempoh sah 
    • Tawaran ini sah untuk tarikh daftar masuk hotel dari 16 Ogos 2017 hingga 30 September 2018 kecuali Tarikh Tiada Promosi di bawah.
    • Tarikh Tiada Promosi: 23 – 26, 30 – 31 Disember 2017; 1 Januari 2018; 16 – 20 Februari 2018.
    • Tempoh tempahan dari 16 Ogos 2017 hingga 27 September 2018.
  2. Tetamu boleh menikmati naik taraf bilik dan minuman ringan secara percuma jika mereka berjaya menempah bilik hotel pada kadar bilik sedia ada atau Tawaran Istimewa yang ditetapkan melalui Laman Web Hong Kong Disneyland www.hongkongdisneyland.com atau Pusat Tempahan Hong Kong Disneyland. Tawaran ini tidak terpakai kepada bilik hotel yang ditempah dengan Tawaran Diskaun Hotel Istimewa Magic Access atau tawaran lain seperti yang ditentukan oleh Hongkong International Theme Parks Limited dari semasa ke semasa.
  3. Naik taraf bilik:
    • Naik taraf bilik kepada kategori bilik selanjutnya dalam hotel yang sama sahaja.
    • Tertakluk kepada kategori bilik berikut:
      i. Disney Explorers Lodge – Bilik Standard
      ii. Disney’s Hollywood Hotel – Bilik Standard
      iii. Hong Kong Disneyland Hotel – Bilik Standard
    • Bilangan bilik yang terhad ada disediakan dalam tawaran ini. Naik taraf bilik hotel percuma adalah tertakluk kepada ketersediaan. Pengesahan naik taraf bilik akan dinyatakan pada surat pengesahan.
  4. Minuman ringan percuma:
    • Satu minuman percuma akan ditawarkan kepada setiap Tetamu (maksimum sehingga 4 orang Tetamu setiap bilik) apabila menjamu selera di mana-mana restoran dengan servis meja di dalam Hotel.
    • Tetamu diminta menunjukkan surat pengesahan semasa penebusan.

Pernyataan Pengumpulan Maklumat Peribadi
Data peribadi yang dikumpulkan berhubung dengan atau apabila membeli, mengeluarkan atau menyediakan tiket, lawatan, produk dan perkhidmatan lain boleh digunakan untuk pemprosesan permintaan atau pertanyaan, menguatkuasakan terma urusan komersial, menghantar bahan pentadbiran kepada anda, kepada perniagaan dan pentadbiran dalaman kami, tujuan penyelidikan dan statistik atau tujuan lain yang berkaitan langsung, atau untuk tujuan undang-undang, keselamatan atau keterjaminan. Peruntukan data peribadi untuk medan mandatori adalah wajib. Jika anda tidak memperuntukkan data peribadi sebegitu, kami mungkin tidak boleh memberikan anda produk atau perkhidmatan yang diminta. Data peribadi boleh dipindahkan kepada pihak ketiga terlibat dalam memenuhi tujuan yang disebutkan di atas, atau orang lain sebegitu seperti yang dituntut oleh undang-undang. Senarai kelas orang yang akan dihantar data peribadi tersebut boleh didapati di www.hongkongdisneyland.com/personal-data-transferees. Anda boleh meminta akses kepada, dan meminta pembetulan data peribadi anda yang kami pegang. Permintaan sebegitu boleh dibuat dengan menghantar e-mel kepada Pengurus Data Peribadi kami di personaldata@hongkongdisneyland.com.