Pakej Bilik dan Tiket 1-Hari

Lihat semua Tawaran Istimewa

Bagaimana Untuk Menempah

Anda boleh menempah dalam talian. Hanya klik pada Semak Ketersediaan pada halaman ini untuk menempah bilik anda dengan segera.

Anda juga boleh menempah melalui telefon, sila hubungi Pusat Tempahan Hong Kong Disneyland di +852 1-830-830 bagi menempah pakej anda. Beritahu Cast Member anda membeli “Pakej Bilik dan Tiket 1-Hari”.

Anda akan menerima tiket Taman anda apabila anda mendaftar masuk di Meja Penyambut tetamu.

Butiran Penting
  1. Harga pakej sebenar bergantung kepada tarikh daftar masuk dan kategori bilik terpilih (tertakluk kepada ketersediaan dan sebarang Had Faedah, dinyatakan di bawah).
  2. Harga pakej termasuk caj perkhidmatan sebanyak 10%. 
  3. Satu deposit bersamaan dengan satu harga pakej akan di kenakan bagi setiap pakej ditempah pada masa tempahan. 
  4. Perubahan pada nama tetamu adalah tidak dibenarkan di bawah sebarang keadaan.
  5. Setiap bilik hotel boleh memuatkan sehingga maksimum 4 orang Tetamu.
  6. Harga pakej terendah:
    • Harga pakej terendah HK$2,910 tersedia untuk penginapan hotel semasa tarikh terhad pada Februari dan Mac 2017 di dalam Bilik Standard Disney’s Hollywood Hotel. Harga pakej terendah yang seterusnya yang bermula daripada HK$3,088 terpakai pada penginapan hotel pada tarikh lain dari 1 Oktober 2016 hingga 31 Mac 2017.
    • Harga pakej terendah HK$3,652 tersedia untuk penginapan hotel semasa tarikh terhad pada Februari dan Mac 2017 di dalam Bilik Standard Disneyland Hotel. Harga pakej terendah yang seterusnya yang bermula daripada HK$3,930 terpakai pada penginapan hotel pada tarikh lain dari 1 Oktober 2016 hingga 31 Mac 2017.
  7. Tetamu boleh membatalkan tempahan atau mengubah tempoh penginapan sekurang-kurangnya 3 hari sebelum tarikh daftar masuk, kecuali 16 Disember 2016 hingga 1 Januari 2017; 27 Januari hingga 2 Februari 2017; 1 hingga 2, 15 hingga 16, 29 hingga 30 April 2017; 30 June 2017; 21 Julai hingga 26 Ogos 2017; 15 hingga 31 Disember 2017; yang pembatalan perlulah dibuat sekurang-kurangnya 7 hari sebelumnya. Harga penuh pakej akan dilupuskan sekiranya sebarang pembatalan dibuat selepas tempoh yang dinyatakan di atas. Perubahan penginapan tertakluk pada ketersediaan dan Had Faedah (dinyatakan di bawah), dan tiada perubahan dibenarkan selepas tempoh yang dinyatakan di atas.
  8. Tiket tertakluk kepada Terma dan Syarat Tiket yang diletakkan di dalam laman web di www.hongkongdisneyland.com. 
  9. Tertakluk kepada Terma dan Syarat Am di bawah. Tertakluk kepada had dan perubahan tanpa sebarang notis.
Lain-lain Terma dan Syarat
  1. Tawaran tertakluk kepada ketersediaan dan had pada bilangan, jenis dan ciri-ciri lain faedah yang dikhususkan bagi tawaran ini (secara kolektif, 'Had Faedah'). Tetamu mengakui bahawa Hongkong International Theme Parks Limited ('HKITP') boleh mengikut budi bicara mutlaknya menentukan atau mengubah ketersediaan Tawaran dan Had Faedah pada bila-bila masa tanpa sebarang notis.
  2. Tawaran ini hanyalah untuk kegunaan peribadi Tetamu sahaja dan tidak boleh dijual semula untuk kumpulan pelancongan, acara korporat, pemasaran, promosi atau tujuan perniagaan yang lain.
  3. Tawaran ini tidak boleh digunakan bersama dengan promosi atau diskaun lain.
  4. Tawaran ini tidak boleh dipindah milik, tidak boleh dikembalikan dan tidak boleh ditukar dengan wang tunai, kredit atau barangan lain.
  5. Tawaran ini dibuat selaras dengan undang-undang Wilayah Pentadbiran Khas Hong Kong Republik Rakyat China ('HKSAR') sahaja. HKITP tidak membuat sebarang perwakilan bahawa penyertaan dalam Tawaran ini adalah sesuai atau tersedia di lokasi lain dan Tawaran ini adalah sah dalam mana-mana bidang kuasa di mana penyertaan dalam apa-apa tawaran yang dilarang atau disekat oleh undang-undang. Mereka yang memilih untuk mengambil bahagian dalam Tawaran ini berbuat demikian atas inisiatif sendiri dan bertanggungjawab untuk mematuhi undang-undang tempatan, jika dan setakat yang boleh terpakai.
  6. Kemasukan ke Taman Tema Hong Kong Disneyland ('Taman Tema') tertakluk kepada undang-undang dan Peraturan Taman Tema yang telah diletakkan di dalam laman web di www.hongkongdisneyland.com dan dicetak pada Peta Panduan Taman Tema. Salinan Peta Panduan Taman Tema ada disediakan di pondok tiket atau lokasi Hubungan tetamu Taman Tema. Hongkong International Theme Parks Limited ('HKITP')  boleh dari masa ke semasa tanpa sebarang notis dan tanpa notis sebelumnya dan tanpa pemulangan semula atau pampasan, mengubah masa operasi Taman Tema atau tarikan, menutup Taman Tema atau mana-mana bahagiannya secara sementara, mengehadkan bilangan orang yang memiliki akses ke dalam Taman Tema, dan/atau menggantung atau membatalkan mana-mana tarikan atau program hiburan, di sebabkan kapasiti, cuaca buruk, majlis khas, bagi memastikan keselamatan, sekuriti atau jika HKITP mempertimbangkan keadaannya memerlukan sedemikian
  7. Kemasukan ke hotel bertema Disney yang terletak bersebelahan dengan Taman tema (“Hotel”) dan penggunaan kemudahan di situ hendaklah tertakluk pada Peraturan dan Aturan Hotel, yang dipamerkan di dalam premis Hotel. Peraturan dan Aturan Hotel dinyatakan dalam laman web di www.hongkongdisneyland.com. HKITP memelihara hak untuk mengubah suai Peraturan dan Aturan Taman tema dan Peraturan dan Aturan Hotel pada bila-bila masa dan dari semasa ke semasa.
  8. Terma dan syarat ini adalah tertakluk kepada tafsiran HKITP yang muktamad dan tidak boleh dipertikaikan.
  9. Jika berlaku pertikaian, HKITP berhak untuk membuat penilaian akhir mengenai pertikaian itu dan selainnya berkenaan dengan Tawaran ini.
  10. HKITP berhak untuk meminda atau menambah terma dan syarat yang dikenakan ke atas Faedah atau untuk menamatkan atau menggantung sebarang faedah pada bila-bila masa tanpa sebarang notis terlebih dahulu.
  11. Dalam kes sebarang konflik atau tidak konsisten di antara versi Inggeris dan versi Bahasa Malaysia berkaitan dengan Terma dan Syarat ini, versi Inggeris akan digunakan.
  12. Terma dan syarat ini akan ditadbir oleh dan ditafsirkan mengikut undang-undang yang HKSAR.
  13. Terma dan Syarat ini membentuk satu perjanjian di antara HKITP dan orang yang membuat pembelian dengan HKITP di lokasi jualan yang ditetapkan (termasuk laman web). Seseorang yang bukan parti kepada perjanjian ini tidak mempunyai apa-apa hak di bawah Ordinan Kontrak (Hak Pihak Ketiga) (Bab 623, Undang-undang Hong Kong) untuk menguatkuasakan mana-mana terma dalam perjanjian ini.
Keistimewaan Eksklusif Hotel - Terma dan Syarat:
  1. Tempoh sah:
    • Tawaran ini sah bagi daftar masuk hotel bermula 7 September, 2016 hingga 31 Mac, 2016, kecuali Tarikh Ditempah di bawah.
    • Tarikh Disekat:
      • 1 hingga 3 Oktober, 2016
      • 16 Disember, 2016 hingga 22 Januari, 2017;
      • 27 Januari hingga 9 Februari, 2017
    • Tempoh Tempahan: 7 September, 2016 hingga 28 Mac, 2016
  2. Tetamu boleh menikmati naik taraf bilik hotel secara percuma dan minuman ringan secara percuma jika berjaya menempah sebuah bilik hotel pada kadar bilik semasa atau Tawaran Istimewa melalui www.hongkongdisneyland.com atau Hong Kong Disneyland Reservation Center. Tawaran ini tidak disediakan pada bilik hotel yang ditempah dengan tawaran diskaun hotel bermusim Khas Magic Access
  3. Naik taraf bilik:
    • Naik taraf bilik kepada kategori bilik selanjutnya dalam hotel yang sama sahaja.
    • Tertakluk kepada kategori bilik berikut:
      i. Disney’s Hollywood Hotel – Bilik Standard
      ii. Hong Kong Disneyland Hotel – Bilik Standard
    • Bilangan bilik yang terhad ada disediakan dalam tawaran ini. Naik taraf bilik hotel percuma adalah tertakluk kepada ketersediaan. Pengesahan naik taraf bilik akan dinyatakan pada surat pengesahan.
  4. Minuman ringan percuma:
    • Satu minuman percuma akan ditawarkan kepada setiap Tetamu (maksimum sehingga 4 orang Tetamu setiap bilik) apabila menjamu selera di mana-mana restoran dengan servis meja di dalam Hotel.
    • Tetamu diminta menunjukkan surat pengesahan semasa penebusan.
Kenyataan Pengambilan Maklumat Peribadi Personal
Data peribadi yang diambil berkaitan dengan Tawaran ini boleh digunakan bagi memproses permintaan atau pertanyaan, menguatkuasakan terma urus niaga komersial, bagi tujuan perniagaan dalaman dan pentadbiran kami atau tujuan lain yang berkaitan atau bagi tujuan perundangan, keselamatan atau sekuriti. Peruntukan data peribadi bagi ruangan wajib adalah perlu. Jika anda tidak menyediakan data peribadi tersebut, kami mungkin tidak memberikan anda produk atau perkhidmatan yang anda minta. Data peribadi boleh dipindahkan ke pihak ketiga yang terlibat dalam memenuhi tujuan yang dinyatakan di atas atau orang lain yang diperlukan menurut undang-undang. Senarai kelas orang di mana data peribadi itu mungkin dipindahkan boleh di dapati di www.hongkongdisneyland.com/personal-data-transferees. Anda boleh meminta akses kepada dan meminta pembetulan terhadap data peribadi anda yang dipegang oleh kami. Permintaan tersebut boleh dibuat dengan menghantar e-mel kepada Pengurus Data Peribadi di personaldata@hongkongdisneyland.com.

†Tetamu dibawah umur 18 mesti mendapat kebenaran ibu bapa dan Tetamu untuk membuat panggilan.