Pengalaman Unik di Hotel Hong Kong Disneyland

room-and-ticket-hero-00-1800x720
a11y.beginsTooltip a11y.endsTooltip
Penginapan di hotel Disney menawarkan gabungan kemudahan dan perkhidmatan resort yang eksklusif, bersama sentuhan keajaiban Disney.
Tiga Hotel dipenuhi dengan Aktiviti Ajaib
Tetamu yang menginap di mana-mana hotel Disney Resort boleh menyertai aktiviti menyeronokkan sepanjang hari.
room-and-ticket-hero-00-1800x720

Nikmati Detik yang Mengasyikkan dengan Rakan Disney


Berkongsi keseronokan dengan Rakan Disney kegemaran anda dengan menyertai aktiviti hotel. Biar mereka tunjukkan anda cara untuk menikmati masa yang ajaib dan hebat di hotel Disney!
room-and-ticket-hero-00-1800x720

Menemui Kejutan Ajaib


Kejutan ajaib boleh berlaku pada bila-bila masa. Nantikan perluang untuk bertemu dengan Watak Disney kegemaran anda semasa penginapan hotel anda.

Jelajahi Playroom Ajaib


Cerita dan pengembaraan yang mempersonakan menantikan anda di playroom bertema kami. Jelajahi dunia bawah air Nemo’s Recreation Reef yang berwarna-warni di Disney Explorers Lodge atau mendapatkan inspirasi daripada cerita dongeng wiraan di “Disney’s Story Time” di Storybook Playroom di Hotel Hong Kong Disneyland.
Hidangan Istimewa Disney
Temui hidangan enak dari seluruh dunia di hotel Disney. Nikmati hidangan bertema yang menarik dan nikmati detik yang mengejutkan dengan Watak Disney.
room-and-ticket-hero-00-1800x720

Dim Sum Watak


Cuci mata anda dan puaskan selera anda dengan beraneka Disney Dim Sum aneh yang serupa dengan beberapa watak Disney dan Pixar kegemaran anda – hanya di Crystal Lotus.
room-and-ticket-hero-00-1800x720

Temui Rakan Disney di Restoran Hotel


Makan di Enchanted Garden Restaurant di Hong Kong Disneyland Hotel dan nikmati pelbagai sajian istimewa. Tambahan lagi, anda boleh menikmati kemunculan Watak istimewa dari masa ke masa. Tangkap gambar mereka atau bergaya untuk swafoto (Penjarakan sosial perlu dikekalkan semasa dalam barisan).
room-and-ticket-hero-00-1800x720

Pencuci Mulut Bertemakan Watak


Di Chart Room Cafe di Disney Explorers Lodge, belanjai diri anda dengan Wafel Mickey, pastri Watak Disney, serta Gelato Homemade terkenal kami pada bila-bila masa sepanjang hari. Di Dreamer’s Lookout, restoran kasual di resort, anda juga boleh menemui pilihan pemanis mulut coklat lazat yang manis dan bertema watak.
Pengalaman yang Lebih Menyeronokkan
Nikmati aktiviti luar yang hebat dan kenang-kenangan yang eksklusif untuk penginapan yang tidak dapat dilupakan.
room-and-ticket-hero-00-1800x720

Nikmati Bayu Sejuk di Seaside Promenade


Bersiar-siar di sepanjang persiaran yang berlanjutan di sepanjang pesisir Laut China Selatan yang mengagumkan yang menyambungkan ketiga-tiga hotel. Nikmati bayu laut dan pemandangan garis pinggir laut yang menakjubkan. Tiada cara lain yang lebih baik untuk menikmati petang yang indah dengan keluarga dan kawan-kawan anda.
room-and-ticket-hero-00-1800x720

Cari Mickey Tersembunyi


Tetamu muda boleh menyertai ekspedisi untuk membuka kunci deria pengembaraan mereka untuk mengesan dan menemui Mickey yang Tersembunyi di taman hotel!
room-and-ticket-hero-00-1800x720

Koleksi Eksklusif Hong Kong Disneyland


Jadikan kunjungan and bertambah istimewa dengan snek, minuman dan cenderahati yang eksklusif di Hong Kong Disneyland - termasuk Tongkat Sakti Buih Ajaib, Memorabilia Disney Explorer’s Lodge dan kemeja-T Mickey bertema Hong Kong. Para tetamu yang menginap di hotel resort boleh menikmati Mickey di dalam plush Jubah dengan kos tambahan.
Manfaat Tetamu Hotel
Nikmati kelebihan eksklusif apabila anda tinggal bersama kami.
room-and-ticket-hero-00-1800x720

Naik Taraf Bilik Percuma untuk Tempahan Dalam Talian


Tempah penginapan hotel anda dalam talian untuk menerima manfaat eksklusif - seperti naik taraf bilik dan minuman percuma.

Naik taraf bilik dikenakan kepada kategori berikut:
Standard -> Deluxe
* Tertakluk pada tawaran hotel yang ditentukan.
halloween time

Pintu Masuk Taman Tema Khas


Pintu masuk ke Taman Tema Hong Kong Disneyland yang mudah menjadikan Tetamu semua Hotel Hong Kong Disneyland Resort lebih senang hati dan seronok.
halloween time

Shuttle Hotel Resort Percuma


Tetamu boleh menaiki bas shuttle Hong Kong Disneyland Resort secara percuma antara 3 hotel dan stesen Pertukaran Pengangkutan Awam(PTI) Disneyland Resort. Taman Tema Hong Kong Disneyland hanya perjalanan yang pendek dari PTI.
room-and-ticket-hero-00-1800x720

Daftar Masuk Awal


Masa daftar masuk di hotel adalah sekitar 3pm setiap hari. Walaupun anda boleh tiba awal dan tinggalkan bagasi anda kepada pekerja rencam kami - supaya anda boleh relaks dan menikmati kemudahan hotel kami.
room-and-ticket-hero-00-1800x720

Aktiviti Riadah bertema Disney Percuma di Tiga Hotel


Nikmati aktiviti unik percuma di tiga hotel kami. Jadi tidak kira mana-mana hotel yang anda menginap, anda akan ada pilihan pengalaman yang ajaib.
room-and-ticket-hero-00-1800x720

Kemudahan Bayi


Untuk menjadikan penginapan anda bebas tekanan, bilik boleh disediakan dengan katil bayi dan tub mandian bayi, dan juga penghadang katil, berus gigi kanak-kanak dan kemudahan bayi yang lain. Perkhidmatan penjagaan bayi juga tersedia dengan kos tambahan.
Rancang Lawatan Anda
Kesejahteraan tetamu resort kami sentiasa menjadi keutamaan kami.
Lihat Melawat dengan Senang Hati pada protokol kesihatan dan keselamatan kami serta buat tempahan lawatan anda dengan mudah.

Kami mungkin dari masa ke masa, tanpa pemberitahuan terlebih dahulu dan tanpa bayaran balik atau pampasan, mengubah waktu operasi Taman Tema atau tarikan, menutup Taman Tema atau mana-mana bahagian secara sementara, mengehadkan bilangan orang yang boleh mengakses Taman dan/atau membatalkan atau menggantung sebarang tarikan atau program hiburan disebabkan oleh kapasiti, cuaca buruk atau acara khas, untuk memastikan keselamatan, sekuriti atau keaturan atau jika kami mempertimbangkan keperluan sesuatu keadaan.

Untuk kesihatan dan keselamatan Tetamu dan Barisan Pelakon kami, kami telah membuat penyelarasan pada beberapa perkhidmatan hotel kami yang termasuk menangguhkan, mengurangkan atau menyelaras format pengalaman dan aktiviti interaktif (seperti sambutan watak), mengehadkan tempoh dan/atau cara akses kepada kemudahan hotel (seperti kolam renang dan bilik permainan) dan aktiviti rekreasi. Tempahan awal mungkin diperlukan untuk perkhidmatan terpilih. Penyelarasan ini akan kekal sehingga notis selanjutnya.