Peraturan-peraturan Taman

Kepada Tetamu-tetamu Kami,

Selamat datang ke Hong Kong Disneyland Park! Kami berusaha sedaya upaya untuk menawarkan satu pengalaman yang selesa, selamat dan menyeronokkan buat semua Tetamu kami. Anda boleh membantu kami dengan mengingati perkara berikut:

  • Semua orang, beg, bungkusan, pakaian, dan barangan lain boleh tertakluk kepada pemeriksaan saringan/keselamatan di pintu masuk Taman Tema dan juga dalam kawasan Taman Tema.
  • Kami berhak untuk tidak membenarkan mana-mana beg, bungkusan atau barangan lain dibawa ke dalam Taman, dan untuk menangani sebarang objek yang tidak berjaga menurut apa jua cara yang kami fikirkan wajar.
  • Sila berbudi bahasa kepada Tetamu Taman lain dan Ahli Watak dengan tidak menggunakan kata-kata yang kasar atau berkelakuan dalam cara yang tidak selamat, menyalahi undang-undang, mengganggu atau menyinggung perasaan. Untuk keselamatan anda dan juga keselamatan orang lain, elakkan daripada berlari.
  • Sila hormati Tetamu Taman lain semasa lawatan anda dan berhati-hati supaya tidak terlanggar, menolak atau memotong barisan. Di samping itu, semua orang dalam satu kumpulan perlu sama-sama menunggu giliran. Sesiapa pun daripada suatu kumpulan tidak dibenarkan menyertai mereka yang telah pun beratur.
  • Berpakaian sopan termasuk kasut dan baju mestilah dipakai sepanjang masa. Kostum tidak boleh dipakai oleh tetamu berusia 16 tahun ke atas. Kami berhak untuk menolak kemasukan ke dalam atau menghalang mana-mana orang yang berpakaian di mana kami merasakan tidak sesuai atau pakaian yang menganggu pengalaman Tetamu lain.
  • Bagi keselesaan semua Tetamu, merokok tembakau ,e-rokok atau produk lain yang mengeluarkan asap hanya dibenarkan dalam kawasan merokok yang ditetapkan. Sila rujuk Peta Panduan Taman untuk lokasi merokok yang ditetapkan atau minta bantuan daripada Ahli Watak.
  • Sila awasi anak anda dan menjaga orang tua sepanjang masa. Tetamu di bawah umur 16 tahun perlu diiringi oleh Tetamu yang berumur 16 tahun atau ke atas untuk memasuki Taman. Untuk memasuki tarikan, kanak-kanak di bawah umur 7 tahun perlu diringi oleh orang yang berumur 16 atau ke atas.
  • Akses ke tarikan adalah tertakluk kepada peraturan keselamatan bagi setiap tarikan.
Untuk keselamatan anda dan Tetamu Taman dan Ahli Watak yang lain, anda mesti mematuhi semua notis di dalam Taman dan arahan yang diberikan oleh Ahli Watak.

Sila kemukakan tiket anda (dan dapatkan pengesahan Tag Tiket atau kemukakan sebarang pengenalan diri yang mungkin diperlukan oleh kami dari semasa ke semasa) untuk memasuki Taman. Tiket dan cap tangan (atau pengesahan Tag tiket atau sebarang pengenalan diri lain yang mungkin diperlukan oleh kami dari semasa ke semasa) diperlukan untuk kemasukan semula ke dalam Taman pada hari yang sama. Tiket dan faedah lain tidak boleh dipindah milik, tidak boleh ditukar, tidak boleh dibayar balik, boleh dibatalkan dan tidah sah jika diubah. Tiket mesti digunakan oleh orang yang sama semasa tempoh sah dan tidak laku untuk acara khas yang memerlukan caj kemasukan berasingan.

Barangan berikut tidak boleh di bawa masuk ke dalam Taman:
  • Bahan-bahan berbahaya atau memudaratkan.
  • Senjata dari sebarang jenis atau objek yang boleh memberikan penampilan atau tanggapan sebagai senjata senapang mainan.
  • Makanan, minuman beralkohol atau sebarang jenis bahan terlarang.
  • Bekas tin dan kaca.
  • Beg, kotak atau bagasi yang melebihi 56cm x 36cm x 23cm. Jika operasi memerlukan sedemikian, kami boleh tidak membenarkan bagasi beroda memasuki Taman.
  • Kart atau pengangkut beroda lain (kecuali kerusi roda manual, peranti bergerak dijana elektrik dengan sekurang-kurangnya 3 roda dan yang beroperasi pada kelajuan berjalan kaki; dan kereta sorong dengan dimensi tidak melebihi 92cm x 132cm).
  • Haiwan peliharaan atau haiwan lain, kecuali haiwan berkhidmatan yang diluluskan (cth anjing).
  • Topeng tidak boleh dipakai oleh mana-mana Tetamu berusia 16 tahun dan ke atas (kecuali diperlukan kerana tujuan perubatan). Apabila dipakai oleh tetamu lebih muda, topeng perlulah mempunyai visi sisi tidak terhalang sepanjang masa dengan pembukaan yang membenarkan mata dilihat sepenuhnya.
  • Tripod besar, kerusi lipat dan bangku.
  • Peranti rekreasi beroda, termasuk tetapi tidak terhad kepada papan luncur, skuter, ‘inline skates’, kasut dengan roda terbina dalam.
  • Barangan lain yang kami anggap mungkin merbahaya, mengganggu, menyakiti atau menghalang operasi Taman atau sebarang kemudahan yang berkaitan.
Aktiviti-aktiviti berikut tidak dibenarkan:
  • Penggunaan kamera pegang tangan atau tongkat sambungan telefon bimbit (seperti ‘selfie sticks’).
  • Jualan barangan atau perkhidmatan atau pameran barangan atau perkhidmatan untuk jualan.
  • Pengedaran bahan bercetak atau berakam tidak kira jenisnya.
  • Acara, demostrasi atau ucapan yang tidak dibenarkan, atau penggunaan bendera, sepanduk atau papan tanda, atau untuk menghasut orang ramai dan perhimpunan haram yang lain.
  • Memberi makan mana-mana haiwan di dalam Taman termasuk burung.
  • Bermain layang-layang atau peranti terbang kawalan jauh.
  • Fotografi, rakaman video, rakaman dalam apa jua bentuk, kecuali untuk tujuan peribadi.
  • Berinteraksi dengan Tetamu lain atau mengganggu operasi Taman semasa menyamar sebagai atau meniru mana-mana watak sebenar atau watak khayalan, sama ada dengan memakai sebarang kostum khas atau tidak.
  • Melakukan apa-apa tindakan yang tidak selamat atau tindakan lain yang boleh mengganggu operasi Taman atau mana-mana kemudahan berkaitan.
Kami boleh mengambil gambar, membuat penggambaran, rakaman video, merakam atau sebaliknya menghasilkan semula imej dan/atau suara mana-mana orang yang memasuki Taman dan menggunakannya untuk apa-apa tujuan tanpa bayaran kepada mana-mana orang.

Kami berhak untuk menghalang kemasukan atau meminta seseorang yang telah pun masuk untuk meninggalkan Taman, tanpa bayaran balik atau pampasan, atas kegagalan untuk mematuhi mana-mana peraturanTaman, kerana tingkah laku yang tidak selamat, menyalahi undang-undang atau menyinggung perasaan, demi memastikan keselamatan, keamanan atau ketenteraman, atau jika kami menganggap bahawa keadaan memerlukan tindakan sedemikian.

Kami boleh dari semasa ke semasa, tanpa notis terlebih dahulu dan tanpa bayaran balik atau pampasan, mengubah suai peraturan-peraturan ini, mengubah masa operasi Taman atau tarikan, menutup Taman atau mana-mana bahagiannya buat sementara waktu, menghadkan bilangan orang yang mempunyai akses ke Taman, dan/atau menggantung atau membatalkan mana-mana tarikan atau program hiburan, disebabkan kapasiti, cuaca buruk atau acara khas, untuk memastikan keselamatan, keamanan atau ketenteraman, atau jika kami menganggap bahawa keadaan memerlukan tindakan sedemikian.

Kami tidak bertanggungjawab dan tidak menanggung sebarang liabiliti untuk apa-apa kerosakan atau kehilangan harta atau barang-barang kepunyaan mana-mana Tetamu, sama ada kerosakan atau kehilangan itu disebabkan oleh kecuaian kami atau sebaliknya.

Bagi maksud peraturan-peraturan ini, “kami” bermaksud salah satu atau kedua-dua Hongkong International Theme Parks Limited dan Hong Kong Disneyland Management Limited.

Peraturan-peraturan ini dikawal oleh undang-undang Wilayah Pentadbiran Khas Hong Kong Republik Rakyat China.

Jika terdapat apa-apa percanggahan atau ketidakselarasan antara versi bahasa peraturan-peraturan ini, versi Bahasa Inggeris akan diguna pakai.

Jika anda mempunyai apa-apa soalan, sila kemukakan pertanyaan kepada Ahli Watak.