Penyataan Pengumpulan Maklumat Peribadi Disneyland Hong Kong

Jika anda merupakan penduduk di wilayah berikut, sila klik pada tempat tinggal anda untuk melihat Pernyataan Pengumpulan Maklumat Peribadi yang terpakai untuk anda.

Sila baca Pernyataan Pengumpulan Maklumat Peribadi dengan teliti.

Malaysia

Jika anda bukan penduduk rantau di atas, sila lawati laman web Bahasa Inggeris kami untuk mendapatkan Pernyataan Pengumpulan Maklumat Peribadi yang terpakai.

Malaysia

Dalam pernyataan ini, “kami” dan “kita” merujuk kepada Hongkong International Theme Parks Limited atau Hong Kong Disneyland Management Limited atau kedua-duanya.

Sekiranya wujud apa-apa percanggahan antara versi bahasa Inggeris dengan versi bahasa lain berkaitan dengan Pernyataan Pengumpulan Maklumat Peribadi ini ataupun versi bahasa Inggeris tidak konsisten dengan versi bahasa lain, versi bahasa Inggeris harus mengatasi yang lain.

Data peribadi yang dikumpulkan berhubung dengan penyerahan anda denganborang elektronik dan/atau penggunaan perkhidmatan kamimungkin digunakan untuk pentadbiran akaun anda, pemprosesan permohonan atau pertanyaan, penguatkuasaan terma urusan komersial, penghantaran bahan pentadbiran kepada anda, tujuan perniagaan dan pentadbiran dalaman kami, tujuan perhubungan anda untuk tinjauan atau penyelidikan pasaran atau tujuan penyelidikan dan statistik lain atau tujuan lain yang berkaitan secara langsung, atau untuk tujuan undang-undang, keselamatan atau keterjaminan. Pemberian data peribadi adalah pilihan anda, tetapi jika anda tidak memberikan data peribadi tersebut, kami mungkin tidak dapat menghantar maklumat yang mungkin menarik minat anda, atau memberi anda produk atau perkhidmatan yang anda minta atau maklumat yang anda perlukan. Data peribadi mungkin dihantar kepada pihak ketiga yang terlibat dalam usaha memenuhi tujuan yang disebut sebelum ini, atau orang lain tersebut yang diperlukan oleh undang-undang. Senarai kelas bagi orang yang boleh dihantarkan data peribadi boleh didapati di www.hongkongdisneyland.com/personal-data-transferees. Anda boleh meminta capaian kepada, dan meminta pembetulan, data peribadi anda yang kami pegang. Permintaan tersebut boleh dibuat dengan menghantar e-mel kepada Pengurus Data Peribadi kami di personaldata@hongkongdisneyland.com atau di Hong Kong Disneyland Resort, Lantau Island, Hong Kong. Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan atau aduan, anda juga boleh menghubungi Pengurus Data Peribadi di (603) 7624-1111.

Pilihan Penerimaan Maklumat Pemasaran Hong Kong Disneyland

Dengan menandakan kotak “Penerimaan Maklumat Hong Kong Disneyland” dan menyerahkan borang elektronik kepada Hong Kong Disneyland, anda bersetuju dengan penggunaan dan pemindahan data peribadi anda dengan cara-cara yang dinyatakan dalam perenggan ini, termasuk pemindahan data peribadi tersebut ke Amerika Syarikat dan tempat lain di luar Hong Kong. Anda bersetuju bahawa kami boleh menggunakan nama, butiran kenalan, maklumat profil (termasuk tempat tinggal, umur dan jantina) dan data transaksi anda yang lain untuk memilih dan menghantar bahan pemasaran dan promosi kepada anda yang berhubung dengan produk, perkhidmatan dan kemudahan berikut yang ditawarkan oleh kami, sama ada secara tunggal atau bersama-sama dengan barangan yang berhubung dengan produk, perkhidmatan dan kemudahan yang ditawarkan oleh syarikat bersekutu atau rakan kongsi kami serta promosi bersama dengan syarikat penerbangan, pusat beli belah, kedai runcit (termasuk dalam talian), portal ibu bapa/pendidikan, telekomunikasi, pengangkutan dan media yang lain:
  • kemudahan-kemudahan taman tema
  • makanan dan minuman
  • aktiviti-aktiviti pelancongan dan perjalanan, termasuk produk dan perkhidmatan pakej percutian (yang ditawarkan oleh kami atau ejen pelancongan yang menjual pakej percutian tersebut)
  • perkhidmatan perniagaan, acara atau katering
  • penginapan hotel dan hospitaliti
  • produk dan perkhidmatan pengguna (termasuk alat mainan, alat tulis, buku dan bahan bercetak, elektronik dan barangan persisian, produk dan perkhidmatan audio dan visual, produk dan perkhidmatan fotografi, perisian dan permainan komputer, barangan rumah, barangan sukan, fesyen dan pakaian, cermin mata, aksesori, jam tangan dan barang kemas, beg dan barangan pelancongan, makanan dan barangan guna habis, hadiah, bunga dan hamper, produk dan perkhidmatan kesihatan dan kecantikan, produk dan perkhidmatan spa, serta baucar, kupon dan kad hadiah)
  • aktiviti-aktiviti hiburan, sukan, rekreasi
  • acara-acara bermusim dan acara-acara khas
  • perkhidmatan pengangkutan
  • program-program pendidikan dan belia
  • program-program ganjaran, kesetiaan atau keistimewaan yang ditawarkan oleh kami
  • pengalaman dan perkhidmatan Internet dan sosial media
  • perkhidmatan-perkhidmatan dan kaedah-kaedah pembayaran
Kami akan mengekalkan dan menggunakan data anda untuk tujuan pemasaran dan promosi ini selama tempoh yang munasabah sepertimana dipersetujui oleh anda. Tanpa persetujuan anda, kami tidak akan menghantar bahan pemasaran atau promosi tersebut kepada anda. Anda boleh mengemas kini cara komunikasi utama anda di www.hongkongdisneyland.com. Anda juga boleh meminta kami berhenti menggunakan data peribadi anda bagi tujuan pemasaran langsung, tanpa dikenakan bayaran, dengan menghantar e-mel kepada Pengurus Data Peribadi kami di personaldata@hongkongdisneyland.com atau di Hong Kong Disneyland Resort, Lantau Island, Hong Kong.

Kembali ke atas