Dasar Privasi

Dasar Privasi
Web Site Privacy Policy
List of Potential Transferees of Personal Data

Dasar Privasi

Dasar Privasi untuk Hongkong International Theme Parks Limited dan Hong Kong Disneyland Management Limited

Dasar Privasi ini telah diubah
Tarikh Kuat Kuasa: 28 Mac, 2013

Dasar Privasi ini dirumus untuk menjawab soalan-soalan anda tentang amalan dan prinsip privasi kami. Selaras dengan tradisi The Walt Disney Company, kami merujuk kepada pelanggan kami sebagai "tetamu". Apabila Dasar Privasi ini menggunakan istilah “maklumat yang dapat dikenal pasti secara peribadi”, maksud kami adalah maklumat yang mengenal pasti seseorang individu tertentu. Apabila maklumat lain, seperti pilihan produk pengguna atau bilangan anak-anak, mempunyai kaitan langsung dengan maklumat yang boleh dikenal pasti secara peribadi, maklumat lain ini juga menjadi maklumat yang boleh dikenal pasti secara peribadi bagi tujuan Dasar Privasi ini. Maklumat yang boleh dikenal pasti secara peribadi kadang kala dirujuk dalam Dasar Privasi ini sebagai "maklumat peribadi". Akhirnya, terma-terma Dasar Privasi ini adalah tertakluk kepada, dan hendaklah ditafsirkan menurut, undang-undang Kawasan Pentadbiran Khas Hong Kong dalam Republik Rakyat China.

Seperti yang digunakan dalam Dasar Privasi ini, "Kumpulan Syarikat Walt Disney" merujuk kepada The Walt Disney Company dan anak syarikat dan entiti gabungannya, secara tunggal atau bersama, termasuk syarikat seperti ABC dan ESPN yang secara amnya tidak menawarkan produk dan perkhidmatan mereka di bawah nama jenama "Disney", serta syarikat yang secara amnya menawarkan produk dan perkhidmatan mereka di bawah nama jenama "Disney". Hongkong International Theme Parks Limited dan Hong Kong Disneyland Management Limited adalah ahli-ahli Kumpulan Syarikat Walt Disney, dan dirujuk dalam Dasar Privasi ini sebagai "kami".

Skop Dasar Privasi

Apakah maklumat yang dirangkum oleh Dasar Privasi ini?

Dasar Privasi ini merangkum semua maklumat yang boleh dikenal pasti secara peribadi yang kami perolehi daripada (i) individu yang merupakan subjek maklumat tersebut; (ii) ahli-ahli Kumpulan Syarikat Walt Disney; (iii) pihak ketiga tentang individu yang menyatakan minat mereka tentang produk dan perkhidmatan kami dan (iv) pihak ketiga yang menyediakan barangan dan perkhidmatan kepada kami. Dasar Privasi ini tidak merangkumi maklumat peribadi yang diperolehi oleh kami bagi tujuan perekrutan atau tujuan berkaitan pekerjaan.

Maklumat Yang Dikumpul Oleh Kami

Apakah jenis maklumat peribadi yang boleh dikumpul oleh kami?

Kami boleh mengumpul pelbagai jenis maklumat peribadi. Contohnya, kami mungkin menerima maklumat peribadi yang diperolehi secara terus daripada tetamu yang berminat untuk mendapatkan pelbagai produk dan perkhidmatan daripada kami. Maklumat tersebut mungkin termasuk, misalnya, nama tetamu, alamat pos, alamat e-mel dan nombor telefon. Kami juga boleh mengumpul jenis maklumat lain seperti jantina, umur, bilangan anak, dan minat peribadi, yang mungkin kami kaitkan dengan maklumat peribadi. Jika anda membeli produk atau perkhidmatan daripada kami, kami mungkin mencatat, contohnya, maklumat kad kredit atau kad caj lain, jenis perkhidmatan atau produk yang dipesan atau dibeli, dan tarikh pesanan atau pembelian. Di samping itu, kami mungkin mengumpul maklumat peribadi daripada anda jika anda menyertai cabutan bertuah, peraduan, permainan atau tawaran promosi. Jika anda menerima perkhidmatan penjagaan kami, seperti rawatan perubatan, kami mungkin perlu mengumpul maklumat tentang keadaan dan sejarah perubatan anda untuk menyediakan penjagaan tersebut atau menilai keadaan anda. Apabila anda meminta barangan atau perkhidmatan kami atau menghantar pertanyaan kepada kami, kami mungkin mengumpul maklumat hubungan anda dan butir-butir permintaan atau pertanyaan anda untuk memberikan balasan kepada anda. Penyediaan maklumat peribadi anda adalah secara sukarela. Walau bagaimanapun, jika anda tidak memberikan maklumat yang cukup, kami mungkin tidak dapat membantu anda.

Bagaimanakah kami menggunakan maklumat peribadi anda yang dikumpul oleh kami?
Kami boleh menggunakan dan berkongsi maklumat peribadi anda dengan penerima pemindahan yang dibentangkan dalam Dasar Privasi ini bagi tujuan berikut:

  • untuk memproses permintaan atau pertanyaan anda;
  • untuk memproses dan menyempurnakan transaksi yang diminta oleh anda;
  • mereka bentuk perkhidmatan baru atau mempertingkatkan perkhidmatan sedia ada yang disediakan oleh kami untuk kegunaan tetamu;
  • bagi tujuan promosi atau pemasaran (hanya jika kebenaran diperolehi oleh anda), termasuk (i) menghantar bahan promosi kepada anda dan melaksanakan pemasaran langsung berkaitan dengan produk dan perkhidmatan kami, sama ada secara sendiri atau bersama-sama dengan produk/perkhidmatan yang ditawarkan oleh ahli gabungan atau rakan kongsi perniagaan kami dan (ii) menerbitkan maklumat peribadi anda dalam bahan pemasaran dan promosi bagi produk dan perkhidmatan kami dalam sebarang media dan format. Kebenaran bertulis akan diperolehi daripada anda jika kami berkongsi maklumat peribadi anda dengan pihak lain (termasuk anak syarikat dan ahli gabungan kami) untuk kegunaan mereka bagi tujuan promosi atau pemasaran;
  • menghantar komunikasi pentadbiran kepada anda, seperti maklumat tentang sebarang akaun anda dengan kami atau tentang perubahan pada Dasar Privasi ini di masa hadapan;
  • untuk mentadbir dan menguatkuasakan peraturan peraduan, cabutan bertuah, promosi dan permainan yang ditawarkan oleh kami dan/atau terma-terma urusan perdagangan kami;
  • bagi tujuan perniagaan dan pentadbiran dalaman kami;
  • untuk membantu bagi tujuan penguatkuasaan undang-undang dan untuk memenuhi keperluan yang dikenakan oleh undang-undang atau bagi tujuan berkaitan tuntutan;
  • bagi tujuan keselamatan;
  • tujuan lain yang berkait secara langsung dengan mana-mana tujuan di atas.
  • Kami boleh mengambil maklumat peribadi anda dan menjadikannya tidak boleh dikenal pasti secara peribadi, sama ada dengan menggabungkannya dengan maklumat tentang individu lain (mengumpulkan maklumat anda dengan maklumat tentang individu lain), atau mengeluarkan ciri-ciri (seperti nama anda) yang menyebabkan maklumat boleh mengenal pasti anda secara peribadi (memastikan maklumat anda tidak dapat dikenal pasti secara peribadi). Kami boleh menggunakan maklumat yang tidak boleh dikenal pasti secara peribadi ini untuk, antara tujuan lainnya, penyelidikan dan analisis demi mempertingkatkan produk dan perkhidmatan kami.

    Dari semasa ke semasa, anda boleh memilih untuk membenarkan ("opt in"), atau tidak membenarkan ("opt out"), kami menggunakan maklumat peribadi anda bagi tujuan promosi dan pemasaran. Jika anda tidak mahu menerima bahan promosi dan pemasaran daripada kami, sila maklumkan kami secara bertulis ke alamat dalam A10 atau hantar e-mail. kepada kami. Sebarang permintaan sedemikian hendaklah menyatakan dengan jelas butir-butir maklumat peribadi yang menjadi subjek permintaan tersebut.

    Dengan siapakah kami mungkin berkongsi maklumat peribadi anda yang kami kumpul?
    Semua maklumat peribadi akan dirahsiakan tetapi kami boleh mendedahkan maklumat tersebut kepada pihak ketiga jika pendedahan diperlukan untuk memenuhi satu atau lebih daripada satu tujuan yang diterangkan dalam A3. Satu senarai kelas orang-orang (yang mungkin berada di dalam atau di luar Hong Kong) kepada mana data peribadi anda mungkin dipindahkan boleh didapati jika anda klik di sini.

    Dari semasa ke semasa, kami mungkin membeli perniagaan atau menjual satu atau lebih daripada satu perniagaan kami (atau bahagian-bahagian daripadanya) dan maklumat anda yang boleh dikenal pasti secara peribadi mungkin dipindahkan sebagai sebahagian daripada pembelian atau penjualan tersebut. Sekiranya kami membeli perniagaan, maklumat yang boleh dikenal pasti secara peribadi yang diterima dengan perniagaan tersebut akan ditangani selaras dengan Dasar Privasi ini, jika langkah berbuat demikian dibenarkan dan dapat dilaksanakan. Sekiranya kami menjual perniagaan, kami akan memasukkan peruntukan dalam kontrak penjualan yang menghendaki pembeli menangani maklumat anda yang boleh dikenal pasti secara peribadi dalam cara yang sama seperti yang dikehendaki oleh Dasar Privasi ini (termasuk sebarang pindaan pada Dasar Privasi ini). Memandangkan perlindungan ini, pilihan anda untuk tidak memberi kebenaran yang diterangkan dalam A3 di atas tidak akan menjejaskan hak kami untuk memindahkan maklumat anda kepada pembeli dalam keadaan ini. Peruntukan dalam perenggan ini juga berkuat kuasa sekiranya satu atau lebih daripada satu perniagaan mana-mana ahli lain dalam Kumpulan Syarikat Walt Disney dijual dan maklumat peribadi yang tertakluk kepada Dasar Privasi ini dipindahkan kepada pembeli perniagaan tersebut.

    Maklumat Yang Kami Perolehi Daripada Disney Online d/b/a Disney Interactive Media Group ("DIMG")

    Apakah jenis maklumat peribadi yang kami perolehi daripada DIMG?
    DIMG adalah ahli Kumpulan Syarikat Walt Disney. Kami boleh mendapatkan daripada DIMG jenis maklumat peribadi yang sama yang diterangkan dalam A2 dalam Dasar Privasi ini.

    Bagaimanakah kami menggunakan dan berkongsi maklumat peribadi yang kami perolehi daripada DIMG?
    Anda mungkin memberikan maklumat peribadi dalam talian kepada DIMG. Langkah kami menggunakan dan berkongsi maklumat peribadi tentang anda yang kami perolehi daripada DIMG adalah tertakluk kepada dasar privasi DIMG ("Dasar Privasi DIMG") dan sebarang pilihan yang anda buat di bawah Dasar Privasi DIMG (termasuk, tanpa pembatasan, pilihan yang diterangkan dalam A4 dalam Dasar Privasi DIMG). Untuk membaca Dasar Privasi DIMG, sila klik di sini.

    Keselamatan

    Apakah jenis langkah-langkah keselamatan yang diambil oleh kami untuk melindungi maklumat anda yang boleh dikenal pasti secara peribadi?
    Keselamatan dan kerahsiaan maklumat anda amat kami titikberatkan. Kami telah melaksanakan langkah-langkah keselamatan teknikal, pentadbiran, dan fizikal demi melindungi maklumat peribadi daripada akses yang tidak dibenarkan dan penggunaan yang tidak wajar. Dari semasa ke semasa, kami menyemak prosedur keselamatan kami untuk mempertimbangkan teknologi dan kaedah baru yang sesuai. Sila ambil maklum bahawa meskipun kami akan berusaha sedaya upaya, tiada langkah keselamatan yang sempurna atau pasti tidak dapat ditembusi.

    Penyimpanan Maklumat Peribadi

    Berapa lamakah kami boleh menyimpan maklumat peribadi anda?
    Kami hanya akan menyimpan maklumat peribadi selama mana yang perlu untuk memenuhi tujuan maklumat digunakan atau akan digunakan (termasuk sebarang tujuan yang berkait secara langsung). Ini bererti bahawa, contohnya, maklumat peribadi yang dikumpul untuk memenuhi permintaan anda untuk barangan dan perkhidmatan akan dipadamkan selepas barangan dan perkhidmatan dihantar atau diserahkan, kecuali jika maklumat tersebut perlu disimpan bagi tujuan lain dan kami telah memaklumkan anda tentang tujuan lain tersebut pada masa pengumpulan maklumat peribadi atau telah mendapatkan kebenaran anda.

    Web Site Dasar Privasi

    Dasar privasi ini menghuraikan pengendalian maklumat yang disediakan atau dikumpulkan pada tapak di mana dasar privasi disiarkan. Ia juga menjelaskan pengendalian maklumat yang disediakan atau dikumpulkan pada aplikasi yang kami sediakan pada tapak atau platform pihak ketiga jika dizahirkan kepada anda berhubung dengan penggunaan aplikasi tersebut. Kami mematuhi dasar privasi ini berdasarkan undang-undang setempat di tempat kami beroperasi.

    Tarikh Berkuat Kuasa: 2014/12/18

     

    1. Jenis Maklumat yang Kami Kumpul
    Kami mengumpul dua jenis maklumat asas – maklumat peribadi dan maklumat tanpa nama – dan kami boleh menggunakan maklumat peribadi dan tanpa nama ini untuk membuat jenis maklumat yang ketiga, iaitu maklumat agregat. Kami mengumpulkan kategori maklumat berikut:

    • Maklumat pendaftaran yang anda beri apabila anda membuat akaun, termasuk nama pertama dan nama keluarga, negara kediaman, jantina, tarikh lahir, alamat e-mel, nama pengguna dan kata laluan
    • Maklumat transaksi yang anda beri apabila anda meminta maklumat atau membeli produk atau perkhidmatan daripada kami, sama ada di tapak-tapak kami atau melalui aplikasi kami, termasuk alamat surat-menyurat, nombor telefon dan maklumat pembayaran
    • Maklumat yang anda beri dalam forum awam pada tapak dan aplikasi kami
    • Maklumat dihantar sama ada satu dengan satu atau dalam kumpulan yang terhad menggunakan kefungsian mesej, bual, siaran atau kefungsian yang serupa, di mana kami dibenarkan oleh undang-undang untuk mengumpulkan maklumat
    • Maklumat yang anda beri kepada kami semasa anda menggunakan tapak dan aplikasi kami, aplikasi kami di tapak pihak ketiga atau platform seperti tapak rangkaian sosial, atau pautan ke profil anda di tapak atau platform pihak ketiga dengan akaun pendaftaran anda
    • Maklumat lokasi apabila anda mengunjungi tapak kami atau menggunakan aplikasi kami, termasuk maklumat lokasi sama ada diberi oleh peranti mudah alih yang berinteraksi dengan salah satu tapak atau aplikasi kami, atau yang berkaitan dengan alamat IP anda, di mana kami dibenarkan oleh undang-undang untuk memproses maklumat ini
    • Penggunaan, paparan dan data teknikal, termasuk pengenalan peranti anda atau alamat IP anda, apabila anda mengunjungi tapak-tapak kami, menggunakan aplikasi atau platform kami pada tapak-tapak pihak ketiga atau membuka e-mel yang kami hantar

    2. Cara Kami Mengumpul Maklumat Anda

    • Kami mengumpul maklumat yang anda beri kepada kami apabila anda meminta produk, perkhidmatan atau maklumat daripada kami, mendaftar dengan kami, menyertai forum awam atau aktiviti lain di tapak dan aplikasi kami, menjawab tinjauan pelanggan, atau sebaliknya berinteraksi dengan kami. Tolong jangan lupa bahawa apabila anda memberi maklumat kepada kami di tapak atau platform pihak ketiga (contohnya, melalui aplikasi kami), maklumat yang anda beri mungkin dikumpulkan secara berasingan oleh tapak atau platform tersebut. Maklumat yang kami kumpulkan dilindungi oleh dasar privasi ini dan maklumat yang dikumpulkan oleh tapak atau platform pihak ketiga tertakluk pada amalan privasi tapak atau platform pihak ketiga tersebut. Pilihan privasi yang anda telah buat pada tapak atau platform pihak ketiga tidak berkenaan dengan penggunaan maklumat yang kami kumpulkan secara langsung melalui aplikasi kami.
    • Kami mengumpul maklumat melalui teknologi, seperti kuki, kuki Flash dan suar Web, termasuk apabila anda mengunjungi tapak aplikasi kami atau menggunakan aplikasi kami di tapak atau platform pihak ketiga. Sila lawati Penjejakan dan Pengiklanan Dalam Talian untuk mendapatkan maklumat lanjut, termasuk cara melumpuhkan kuki.
    • Kami memperoleh maklumat daripada sumber lain yang boleh dipercayai untuk mengemas kini atau menambah maklumat yang anda beri atau yang kami kumpul secara automatik. Undang-undang setempat memerlukan anda memberi kebenaran kepada pihak ketiga untuk berkongsi maklumat anda dengan kami sebelum kami boleh memperolehnya.

    3. Penggunaan Maklumat Anda oleh The Walt Disney Family of Companies
    Ahli The Walt Disney Family of Companies, yang merangkumi pelbagai jenama berbeza, akan menjadi pengawal data bagi maklumat anda. Para pengawal data yang berkenaan boleh ditetapkan di sini. Ahli lain The Walt Disney Family of Companies boleh mendapat akses kepada maklumat anda yang mereka melaksanakan perkhidmatan bagi pihak pengawal data (sebagai pemproses data) dan, melainkan dilarang oleh undang-undang yang berkuat kuasa, untuk kegunaan mereka sendiri (sebagai pengawal data) bagi tujuan berikut:

    • Menyediakan produk dan perkhidmatan yang anda minta
    • Berkomunikasi dengan anda mengenai akaun atau transaksi anda dengan kami dan menghantar maklumat kepada anda mengenai ciri-ciri pada tapak dan aplikasi kami atau perubahan dasar kami
    • Selaras dengan undang-undang setempat dan pilihan dan kawalan yang mungkin disediakan kepada anda:
      - Menghantar kepada anda tawaran dan promosi produk dan perkhidmatan kami atau produk dan perkhidmatan pihak ketiga
      - Kandungan dan pengalaman yang diperibadikan pada tapak atau aplikasi kami
      - Menyediakan kepada anda pengiklanan berdasarkan aktiviti anda di tapak dan aplikasi kami dan pada tapak dan aplikasi pihak ketiga. Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai bagaimana kami menggunakan maklumat anda untuk usaha memperibadikan dan menjejak, sila lawati Penjejakan dan Pengiklanan Dalam Talian.
    • Mengoptimumkan atau menambah baik produk, perkhidmatan dan operasi kami
    • Mengesan, menyiasat dan mencegah aktiviti yang mungkin melanggar dasar kami atau menyalahi undang-undang

    4. Berkongsi Maklumat Anda dengan Syarikat Lain
    Kami tidak akan berkongsi maklumat peribadi anda di luar The Walt Disney Family of Companies kecuali dalam keadaan yang terhad, termasuk:

    • Apabila anda membenarkan kami berkongsi maklumat peribadi anda dengan syarikat lain, seperti:
      - Memilih untuk berkongsi maklumat peribadi dengan syarikat yang dipilih secara teliti supaya mereka boleh menghantar kepada anda tawaran dan promosi produk dan perkhidmatan mereka
      - Mengarahkan kami untuk berkongsi maklumat peribadi anda dengan tapak atau platform pihak ketiga, seperti tapak rangkaian sosial
      Sila ambil perhatian bahawa sebaik sahaja anda berkongsi maklumat peribadi anda dengan syarikat lain, maklumat yang diterima oleh syarikat lain tersebut akan tertakluk pada amalan privasi syarikat tersebut.
    • Apabila kami bekerjasama dengan institusi kewangan untuk menawarkan produk atau perkhidmatan berjenama-bersama kepada anda, seperti Kad Visa jenama-bersama Disney Rewards; walau bagaimanapun, kami akan melakukannya hanya jika dibenarkan oleh undang-undang yang berkuat kuasa dan, dalam keadaan ini, institusi kewangan dilarang daripada menggunakan maklumat peribadi anda untuk tujuan selain daripada yang berkaitan dengan produk dan perkhidmatan jenama-bersama ini
    • Apabila syarikat memberi perkhidmatan bagi pihak kami, seperti penghantaran bungkusan dan perkhidmatan pelanggan; walau bagaimanapun, syarikat-syarikat ini dilarang daripada menggunakan maklumat peribadi anda bagi tujuan selain daripada yang diminta oleh kami atau diperlukan oleh undang-undang
    • Apabila kami berkongsi maklumat peribadi dengan pihak ketiga berhubung dengan jualan sesuatu perniagaan, untuk menguatkuasakan Terma Penggunaan atau peraturan kami, demi memastikan keselamatan dan kawalan keselamatan tetamu kami dan pihak ketiga, untuk melindungi hak dan harta kami dan hak dan harta tetamu kami dan pihak ketiga, untuk mematuhi proses undang-undang atau dalam keadaan lain jika kami percaya dengan suci hati bahawa penzahiran diperlukan oleh undang-undang.

    5. Kawalan dan Pilihan Anda
    Kami memberi anda keupayaan untuk melaksanakan kawalan dan pilihan tertentu berhubung usaha pengumpulan, penggunaan dan perkongsian maklumat anda oleh kami. Menurut undang-undang setempat, kawalan dan pilihan anda mungkin merangkumi:

    • Anda boleh membetulkan, mengemas kini dan memadamkan akaun pendaftaran anda
    • Anda boleh menukar pilihan anda bagi langganan, surat berita dan amaran
    • Anda boleh memilih sama ada untuk menerima daripada kami tawaran dan promosi produk dan perkhidmatan kami, atau produk dan perkhidmatan yang kami rasa anda mungkin minati
    • Anda boleh memilih sama ada kami berkongsi maklumat peribadi anda dengan syarikat lain supaya mereka boleh menghantar tawaran dan promosi produk dan perkhidmatan mereka kepada anda
    • Anda boleh memilih untuk menerima pengiklanan yang ditujukan khusus daripada pelbagai rangkaian iklan, pertukaran data, analisis pemasaran dan pembekal perkhidmatan lain di sini
    • Anda boleh meminta capaian ke maklumat peribadi mengenai anda yang kami pegang dan yang kami pinda atau padam dan kami meminta pihak ketiga yang maklumat ini telah kami kongsi dengan mereka untuk melakukan perkara yang sama

    Anda boleh melaksanakan kawalan dan pilihan anda, atau meminta capaian ke maklumat peribadi anda, dengan mengunjungi Pilihan Komunikasi, menghubungi Perkhidmatan Tetamu, atau dengan mengikuti arahan yang disediakan dalam komunikasi yang dihantar kepada anda. Sila ambil perhatian, bahawa jika anda tidak membenarkan kami mengumpulkan maklumat peribadi daripada anda, kami mungkin tidak dapat menghantar produk dan perkhidmatan tertentu kepada anda, dan sesetengah perkhidmatan mungkin tidak dapat mengambil kira minat dan keutamaan anda. Jika anda ada sebarang soalan berhubung maklumat peribadi mengenai anda yang kami proses atau simpan, secara khusus, sila hubungi Perkhidmatan Tetamu.

    6. Privasi Kanak-kanak
    Kami mengiktiraf keperluan untuk menyediakan perlindungan privasi lanjut berhubung maklumat peribadi yang kami mungkin kumpul daripada kanak-kanak pada tapak dan aplikasi kami. Sesetengah ciri pada tapak dan aplikasi kami mempunyai kawalan usia supaya ia tidak boleh digunakan oleh kanak-kanak, dan kami tidak mengumpul maklumat peribadi daripada kanak-kanak dengan sengaja, berhubung dengan ciri-ciri ini. Apabila kami berhasrat untuk mengumpul maklumat peribadi daripada kanak-kanak, kami mengambil langkah-langkah tambahan untuk melindungi privasi kanak-kanak, termasuk:

    • Memaklumkan ibu bapa mengenai amalan maklumat kami berhubung kanak-kanak, termasuk jenis maklumat peribadi yang kami kumpul daripada kanak-kanak, untuk apa kami mungkin gunakan maklumat tersebut, dan sama ada dan dengan siapa kami mungkin berkongsi maklumat tersebut
    • Berdasarkan undang-undang yang berkuat kuasa, mendapatkan persetujuan ibu bapa untuk mengumpul maklumat peribadi daripada kanak-kanak, atau untuk menghantar maklumat mengenai produk dan perkhidmatan kami secara langsung kepada kanak-kanak
    • Mengehadkan pengumpulan maklumat peribadi daripada kanak-kanak, kepada tidak lebih daripada yang perlu secara munasabah untuk menyertai aktiviti dalam talian
    • Memberi ibu bapa capaian atau keupayaan untuk meminta capaian ke maklumat peribadi yang kami telah kumpulkan daripada anak mereka dan keupayaan untuk meminta supaya maklumat peribadi tersebut ditukar atau dipadamkan

    Untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai amalan kami di Amerika Syarikat dan Amerika Latin berhubung maklumat peribadi kanak-kanak, sila baca Dasar Privasi Kanak-kanak kami.

    7. Keselamatan, Integriti dan Pengekalan Data
    Keselamatan, integriti dan kerahsiaan maklumat anda amat penting kepada kami. Kami telah melaksanakan langkah-langkah keselamatan teknikal, pentadbiran dan fizikal yang direka khas untuk melindungi maklumat tetamu daripada capaian, pendedahan, penggunaan dan pengubahsuaian tanpa izin. Kami menyemak prosedur keselamatan kami dari semasa ke semasa dalam usaha mempertimbangkan teknologi dan kaedah baharu yang sewajarnya. Walau bagaimanapun, sila ambil perhatian bahawa, meskipun kami telah berusaha dengan sebaik mungkin, tiada langkah keselamatan yang cukup sempurna dan tidak boleh ditembusi. Kami akan menyimpan maklumat peribadi anda untuk tempoh masa yang diperlukan bagi memenuhi tujuan yang dinyatakan dalam dasar privasi ini melainkan tempoh pengekalan yang lebih lama diperlukan atau dibenarkan oleh undang-undang.

    8. Pemindahan, Penyimpanan dan Pemprosesan Data secara Global
    Kami beroperasi di seluruh dunia dan mungkin memindahkan maklumat peribadi anda kepada syarikat The Walt Disney Family of Companies individu atau pihak ketiga di lokasi di seluruh dunia bagi tujuan yang dihuraikan dalam dasar privasi ini. Apabila maklumat peribadi anda dipindahkan, disimpan atau diproses oleh kami, kami akan mengambil langkah-langkah yang munasabah untuk melindungi privasi maklumat peribadi anda agar selamat. Di samping itu, apabila menggunakan atau menzahirkan maklumat peribadi yang dipindahkan dari Kesatuan Eropah, kami mematuhi Prinsip Safe Harbor seperti yang ditetapkan oleh Jabatan Perdagangan A.S., menggunakan klausa kontrak standard seperti yang diluluskan oleh Suruhanjaya Eropah, menerima pakai kaedah lain di bawah undang-undang Kesatuan Eropah dalam usaha memastikan kawalan selamat, atau mendapatkan persetujuan anda. Kami juga menerima pakai keperluan substantif Prinsip Perlindungan Keselamatan apabila memindahkan maklumat peribadi dari Australia.

    9. Perubahan kepada Dasar Privasi ini
    Kami mengubah dasar privasi ini dari semasa ke semasa, untuk memberi ruang kepada teknologi baharu, amalan industri, keperluan kawal selia atau untuk tujuan lain. Kami akan memberi notis kepada anda jika perubahan ini ketara dan, apabila diperlukan oleh undang-undang yang berkuat kuasa, kami akan mendapatkan persetujuan anda.

    10. Komen dan Soalan
    Jika anda mempunyai komen atau soalan tentang dasar privasi ini, sila hubungi Khidmat Tetamu.

    Laman kami dan aplikasi mungkin mengandungi pautan kepada laman lain yang tidak dimiliki atau dikawal oleh kami dan kami tidak bertanggungjawab bagi amalan privasi laman-laman ini. Kami menggalakkan anda untuk mengambil tahu apabila anda meninggalkan laman atau aplikasi kami dan untuk membaca dasar privasi laman lain yang mungkin mengumpulkan maklumat peribadi anda.

    Notis kepada Penduduk California:

    Jika anda seorang penduduk California, anda mungkin mempunyai hak tambahan tertentu. Kod Sivil California Seksyen 1798.83 membenarkan anda meminta maklumat mengenai pendedahan maklumat peribadi anda oleh ahli The Walt Disney Family of Companies tertentu kepada pihak ketiga atas tujuan pemasaran langsung. Kod Perniagaan dan Profesion California Seksyen 22581 membenarkan pengguna berdaftar bawah umur untuk meminta dan mendapatkan pemadaman kandungan tertentu yang disiarkan. Lawati halama Hak Privasi California Anda untuk mendapatkan maklumat lanjut.

    Definisi

    Maklumat Agregat. Maklumat agregat bermaksud maklumat mengenai kumpulan atau kategori tetamu, yang tidak mengenal pasti dan tidak boleh digunakan secara munasabah untuk mengenal pasti tetamu secara individu.

    Maklumat Tanpa Nama. Maklumat tanpa nama bermaksud maklumat yang tidak mengenal pasti secara langsung atau tidak langsung, dan tidak boleh secara munasabah mengenal pasti, tetamu secara individu.

    Aplikasi. Aplikasi bermaksud atur cara atau perkhidmatan yang dikendalikan oleh kami (atau bagi pihak kami) yang mungkin dipaparkan di pelbagai platform dan persekitaran dalam talian, mudah alih atau platform dan persekitaran lain, termasuk yang dikendalikan oleh pihak ketiga, yang membenarkan kami berinteraksi secara langsung dengan tetamu kami.

    Kanak-kanak.Kanak-kanak bermaksud individu yang dikenal pasti sebagai belum cukup umur untuk bersetuju dengan pengumpulan dan pemprosesan maklumat peribadi mereka. Di Amerika Syarikat dan Amerika Latin, istilah “kanak-kanak” merujuk pada individu berusia di bawah 13 tahun.

    Pengawal Data. Pengawal data adalah subsidiari atau entiti gabungan The Walt Disney Company yang bertanggungjawab untuk maklumat peribadi yang dikumpulkan daripada tapak dan aplikasi, seperti berikut:

    • Disney Club Penguin (“Club Penguin”)
      Disney Canada Inc. (formerly known as Disney Online Studios Canada Inc.)
      Club Penguin
      1628 Dickson Avenue, Suite 500
      Kelowna, British Columbia V1Y 9X1
      CANADA
      support@clubpenguin.com
    • Semua tapak dan aplikasi lain
      Jika anda menetap di Eropah:
      The Walt Disney Company Limited
      (Company Number 530051)
      3 Queen Caroline Street
      Hammersmith
      London
      W6 9PE
      help@disney.co.uk

      AS, Kanada dan Negara-Negara Lain:
      Disney Interactive
      500 South Buena Vista Street
      Mail Code 7667
      Burbank, CA 91521-7667
      United States of America
      Guest Services

    Pemproses Data. Pemproses data adalah seorang individu atau entiti yang memproses maklumat peribadi bagi pihak pengawal data (atau pengawal data) dan dibenarkan melaksanakan pemprosesan data hanya seperti yang diarahkan oleh (para) pengawal data.

    Alamat IP. Alamat IP berkaitan dengan tempat akses di mana anda memasuki Internet melaluinya, dan lazimnya dikawal oleh Pembekal Khidmat Internet (ISP) anda, syarikat anda, atau universiti anda. Kami mungkin menggunakan alamat IP untuk mengumpul maklumat berhubung kekerapan tetamu kami mengunjungi pelbagai bahagian tapak dan aplikasi kami, dan kami mungkin menggabungkan alamat-alamat IP dengan maklumat peribadi.

    Ahli. Ahli bermaksud subsidiari atau entiti gabungan yang merupakan sebahagian daripada The Walt Disney Family of Companies.

    Notis. Notis mungkin melalui e-mel kepada anda di alamat e-mel terakhir yang anda beri kepada kami, dengan menyiarkan notis mengenai perubahan tersebut di tapak dan aplikasi kami, atau melalui kaedah lain, yang selaras dengan undang-undang yang berkuat kuasa.

    Ibu Bapa. Ibu bapa bermaksud ibu bapa atau penjaga yang sah.

    Maklumat peribadi. Maklumat peribadi bermaksud maklumat yang mengenal pasti (sama ada secara langsung atau tidak langsung) seseorang individu tertentu, seperti nama, alamat surat-menyurat, alamat e-mel dan nombor telefon individu tersebut. Apabila maklumat tanpa nama dikaitkan secara langsung atau tidak langsung dengan maklumat peribadi, maklumat tanpa nama ini juga disifatkan sebagai maklumat peribadi.

    Forum Awam.Tapak dan aplikasi kami mungkin menawarkan papan mesej, halaman perbualan, blog, bilik bual, persekitaran komuniti sosial, halaman profil, dan forum lain yang anda tidak mempunyai khalayak yang terhad. Jika anda memberi maklumat peribadi semasa anda menggunakan mana-mana ciri ini, maklumat peribadi tersebut mungkin disiarkan secara awam dan sebaliknya dizahirkan tanpa had dari segi penggunaannya oleh kami atau oleh pihak ketiga. Untuk meminta maklumat peribadi anda dikeluarkan daripada forum awam di salah satu tapak atau aplikasi kami, sila hubungi Perkhidmatan Tetamu.

    The Walt Disney Family of Companies. The Walt Disney Family of Companies merujuk pada The Walt Disney Company dan subsidiari dan entiti gabungannya, yang menawarkan produk dan perkhidmatan mereka di bawah pelbagai jenama. Syarikat-syarikat ini terlibat dalam beberapa perniagaan, termasuk taman tema dan perjalanan, wayang gambar dan televisyen, penerbitan, produk pengguna dan perkhidmatan interaktif. Jenama The Walt Disney Company termasuk, antara lain, yang berikut:

    ABC
    Babble
    Baby Einstein
    BabyZone
    Club Penguin
    Disney
    Disney Pixar
    ESPN
    Hollywood Records
    Indiana Jones
    Lucasfilm
    Marvel
    Muppets
    Playdom
    Spoonful
    Star Wars
    Tapulous
    Touchstone

    Maklumat Hubungan Perkhidmatan Tetamu

    Perkhidmatan Tetamu
    Disney Interactive Media Group
    500 South Buena Vista Street
    Mail Code 7667
    Burbank, CA 91521-7667
    Amerika Syarikat
    Perkhidmatan Tetamu

    Untuk soalan yang berkaitan dengan privasi kanak-kanak, anda boleh menelefon Perkhidmatan Tetamu di talian (877) 466-6669.

    Disney Interactive telah menerima Meterai Privasi TRUSTe di Amerika Syarikat, yang menandakan bahawa dasar privasi ini dan amalan privasi kami telah disemak untuk pematuhan dengan program TRUSTe yang disenaraikan pada halaman pengesahan yang tersedia apabila anda mengklik pada Meterai Privasi TRUSTe. Program TRUSTe hanya meliputi produk yang dinyatakan pada halaman pengesahan. Jika anda percaya bahawa Disney Interactive tidak membalas pertanyaan anda atau pertanyaan anda tidak dijawab dengan memuaskan, anda boleh menghubungi TRUSTe di sini atau Suruhanjaya Perdagangan Persekutuan Amerika Syarikat menerusi borang aduan dalam taliannya yang tersedia di sini.

    Europe:
    Guest Services
    Disney Interactive Media Group
    The Walt Disney Company Limited
    Hong Kong Disneyland Resort
    London W6 9PE
    England
    Send an email to Guest Services

    Communication Choices
    1. Accessing Your Registration Account
    You can access and update the contact information you gave us during registration (that is, your postal address, email address, or any other information that would directly enable us to contact you) or delete your registration account, by sending us an e-mail or writing to us at:
    Personal Data Manager
    Hong Kong Disneyland Resort
    Lantau Island, Hong Kong
    Send an email to Personal Data Manager

    2. Accessing Your Child's Registration Account
    To request access and update the information your child gave us during registration or to request that we delete your child's registration account, please send us an e-mail or write to us at:
    Personal Data Manager
    Hong Kong Disneyland Resort
    Lantau Island, Hong Kong
    Send an email to Personal Data Manager

    3. Exercising Marketing Choices
    To modify a general marketing permission that you provided when you registered and set up your account (or any later changes to that permission), please send us an e-mail or write to us at:
    Personal Data Manager
    Hong Kong Disneyland Resort
    Lantau Island, Hong Kong
    Send an email to Personal Data Manager

    Following our receipt of your request to cease using your personal information for marketing purposes, we may require a reasonable period of time to update our systems to fully implement your request.

    ONLINE TRACKING AND ADVERTISING
    1. Online Tracking and Advertising
    We and certain service providers operating on our behalf collect information about your activity on our sites and applications using tracking technologies such as cookies, Flash cookies and Web beacons. Definitions for the tracking technologies listed, as well as information regarding how to disable them, are available below. This tracking data is used for many purposes including, for example, to:

    • Provide useful features to simplify your experience when you return to our sites and applications; for example, remembering your shipping information for future purchases
    • Deliver relevant content based on your preferences, usage patterns and location
    • Monitor and evaluate the use and operation of our sites and applications
    • Analyze traffic on our sites and on the sites of third parties

    We may associate this tracking data with your registration account, in which case we will treat it as personal information. Service providers that collect tracking data on our behalf may provide an opportunity for you to choose not to be tracked online.

    Advertisers and third parties also may collect information about your activity on our sites and applications and on third-party sites and applications using tracking technologies. Tracking data collected by these advertisers and third parties is used to decide which ads you see both on our sites and applications and on third-party sites and applications, but does not identify you personally and is not associated with your registration account. You may choose not to receive targeted advertising from many ad networks, data exchanges, marketing analytics and other service providers here.

    ONLINE TRACKING TECHNOLOGIES
    Examples of online tracking technologies include:

    • Cookies. Cookies are pieces of information that a website places on the hard drive of your computer when you visit the website. Cookies may involve the transmission of information from us to you and from you directly to us, to another party on our behalf, or to another party in accordance with its privacy policy. We may use cookies to bring together information we collect about you. You can choose to have your computer warn you each time a cookie is being sent, or you can choose to turn off all cookies. You do this through your browser settings. Each browser is a little different, so look at your browser Help menu to learn the correct way to modify your cookies. If you turn cookies off, you won't have access to many features that make your guest experience more efficient and some of our services will not function properly.
    • Flash cookies. We may use local shared objects, sometimes known as Flash cookies, to store your preferences or display content based upon what you view on our site to personalize your visit. Our advertisers and third-party service providers also may use Flash cookies to collect and store information. Flash cookies are different from browser cookies because of the amount of, type of, and how data is stored. Cookie management tools provided by your browser will not remove Flash cookies. To learn how to manage privacy and storage settings for Flash cookies, please click here. If you disable Flash cookies, you won't have access to many features that make your guest experience more efficient and some of our services will not function properly.
    • Web beacons. Web beacons are small pieces of data that are embedded in images on the pages of sites. Web beacons may involve the transmission of information directly to us, to another party on our behalf, or to another party in accordance with its privacy policy. We may use web beacons to bring together information we collect about you.

    Senarai Bakal Penerima Pemindahan Maklumat Peribadi

    Data peribadi yang dikumpul oleh kami boleh dipindahkan kepada pihak-pihak berikut:

    1. Kumpulan Syarikat Walt Disney (termasuk The Walt Disney Company dan semua anak syarikat dan entiti gabungannya).
    2. Kerajaan, pihak berkuasa penguatkuasaan undang-undang, mahkamah dan tribunal.
    3. Penasihat undang-undang dan penasihat profesional lain, penanggung insurans, penilai kerugian, penyedia perkhidmatan pemulihan.
    4. Mana-mana pihak ketiga yang diberi kuasa oleh anda untuk mendapatkan maklumat peribadi anda daripada Kumpulan Syarikat Walt Disney.
    5. Agen kami, kontraktor kami atau penyedia perkhidmatan pihak ketiga yang menyediakan barangan atau perkhidmatan berikut:

      Produk

      • Alat Ganti & Aksesori Kenderaan
      • Produk Bayi
      • Buku & Barangan Bercetak
      • Bahan Bangunan
      • Bahan Kimia
      • Komputer & Persisian
      • Peralatan Elektronik & Elektrikal
      • Perlindungan Alam Sekitar
      • Cermin Mata & Aksesori
      • Makanan & Minuman
      • Kasut
      • Perabot & Kelengkapan Rumah
      • Pakaian, Tekstil & Aksesori
      • Hadiah & Cenderahati
      • Beg Tangan & Barangan Perjalanan
      • Perkakasan
      • Kesihatan & Kecantikan
      • Produk Rumah
      • Barang Kemas
      • Produk Pencahayaan
      • Mesin
      • Bekalan Perubatan dan Ubat
      • Bahan Pembungkusan
      • Haiwan Kesayangan & Bekalan Haiwan Kesayangan
      • Peralatan Fotografi
      • Bahan Mentah
      • Produk Khusus
      • Barangan Sukan
      • Alat Tulis & Peralatan Pejabat
      • Telekomunikasi
      • Mainan & Permainan
      • Jam Tangan & Jam

      Perkhidmatan

      • Perkhidmatan Perakaunan
      • Perkhidmatan Pengiklanan
      • Seni Bina & Perancangan
      • Perkhidmatan Amal & Sosial
      • Perkhidmatan Perbankan
      • Perkhidmatan Bangunan & Pembinaan
      • Perkhidmatan Pengurusan & Perundingan Perniagaan
      • Perkhidmatan Reka Bentuk
      • Pendidikan & Latihan
      • Perkhidmatan Kejuruteraan
      • Perkhidmatan Alam Sekitar
      • Penganjuran Acara
      • Produksi Filem / Audio-Visual
      • Kewangan & Pelaburan
      • Perkhidmatan Teknologi Maklumat
      • Insurans
      • Perkhidmatan Reka Bentuk Dalaman
      • Pelesenan
      • Perkhidmatan Logistik & Pengangkutan
      • Pemasaran
      • Media
      • Perkhidmatan Perubatan & Penjagaan Kesihatan
      • Perkhidmatan Pembungkusan
      • Perkhidmatan Pencetakan
      • Perhubungan Awam
      • Perkhidmatan Penerbitan
      • Pemeriksaan dan Ujian Mutu
      • Perkhidmatan Harta Tanah
      • Perkhidmatan Penyelidikan
      • Perkhidmatan Penyimpanan
      • Ukur
      • Teknologi
      • Perkhidmatan Telekomunikasi
      • Pelancongan