Taman Puteri Diraja - Butik Bibbidi Bobbidi

Taman Tema Hong Kong Disneyland

Main Street, U.S.A.

Kemasukan ke Taman yang Sah Diperlukan

Barang Dagangan yang Ditawarkan

Pakaian & Aksesori

Berfantasi dengan kisah dongeng anda semasa transformasi yang paling menakjubkan—daripada seorang Tetamu kepada Puteri Disney!

Menerima Layanan DiRaja

Pernahkah berharap untuk menjadi seorang puteri sebenar? Impian anda boleh menjadi kenyataan di Bibbibi Bobbidi Boutique!

Sebaik sahaja anda melangkah ke dinding indah salun yang hebat du Taman Puteri Diraja, anda akan merasakan diri anda di bawa ke zaman dan tempat yang mempersonakan. Kemudian, dengan lambaian tongkatnya, Pari-Pari dalam Latihan akan mula mendandan anda!

Lihat transformasi diraja yang terjadi di depan mata anda melalui keajaiban solekan yang berkilauan, satu pilihan kostum dan lain-lain aksesori Princess Disney yang mempesonakan.

Tambahan pula, jangan lupa untuk memperingati waktu yang tidak dapat dilupakan selama-lamanya dengan foto cenderamata daripada pengalaman anda dan tambah dengan Buku Cerita Mempersonakan - sebuah buku cerita Puteri Disney yang benar-benar milik anda!

Untuk maklumat lanjut, sila lawati Daripa Taman Puteri Diraja dibuka sehingga pukul 6:00 PM, atau hubungi +852-3550 3388 atau layari www.hongkongdisneyland.com. Tetamu yang berusia di bawah 18 tahun mestilah mendapatkan kebenaran ibu bapa atau penjaga untuk membuat panggilan.

Pakej sesuai untuk seorang Puteri

Kehidupan kerabat diraja mempunyai kelebihannya yang tersendiri—pilih dari pengaturan gaya raja bagi puteri dan pakej-pakej.

Kos Pakej The Crown ialah HK$980 dan ciri-cirinya:

  • Mendandan rambut
  • Tiara
  • Selempang
  • Solekan berkilauan
  • Menata rias kuku
  • Foto 8” x 10” & muat turun digital bersama folder foto premium

Kos Pakej The Castle ialah HK$1,980 dan ciri-cirinya:
  • Mendandan rambut
  • Kostum
  • Tiara
  • Selempang
  • Tongkat
  • Set Cincin
  • Solekan berkilauwan & Palet Kosmetik
  • Menata rias kuku
  • Foto 8” x 10” & muat turun digital bersama folder foto premium
Pilihan kostum Disney Princess termasuklah Elsa, Anna, Snow White, Aurora, Belle, Cinderella dan Rapunzel.

Tambah dengan Buku Cerita Mempersonakan yang berharga HK$1,980 dan ciri-ciri:
  • 12 halaman buku cerita kadbod berkulit keras yang berkisar tentang kisah Puteri Disney
  • Kandungan buku cerita yang diperibadikan
Pemilihan jalan cerita Puteri Disney boleh berserta Els, Anna, Snow White, Aurora, Cinderella, dan Rapunzel.

Ketahui Sebelum Anda Pergi

Ketahui maklumat penting tentang tempahan, sekatan Tetamu dan produk yang ada.

  • Butik Bibbidi Bobbidi dibuka setiap hari bermula dari pembukaan taman sehingga 6:00 ptg.
  • Solekan di Bibbidi Bobbidi Boutique sangat popular. Tempahan boleh dibuat sehingga 60 hari lebih awal dan amat disyorkan.
  • Untuk membuat tempahan dengan Pari-pari dalam latihan, sila hubungi Butik Bibbidi Bobbidi di +852-3550 3388 atau layari www.hongkongdisneyland.com. Sila ambil perhatian: Tetamu di bawah 18 tahun perlu meminta kebenaran ibu bapa atau penjaga untuk membuat panggilan.
  • Untuk menyertai, Tetamu mestilah berumur antara 3 dan 12 tahun dan disertai oleh orang dewasa (18 tahun atau lebih tua).
  • Transformasi puteri anda akan mengambil masa lebih dari 45 minit, bergantung kepada pakej yang dipilih.
  • Pilihan Kostum termasuk Elsa, Anna, Snow White, Aurora, Belle, Cinderella dan Rapunzel.
  • Semua harga tertakluk kepada perubahan tanpa notis terlebih dahulu, keputusan Hong Kong International Theme Parks Limited adalah muktamad.

Waktu Operasi

Khamis, 15 November 2018

  • -
a11y.beginsTooltip a11y.endsTooltip