Alami “Star Wars™: Tomorrowland Takeover”

Tiket Hong Kong Disneyland bermula pada $539 untuk Satu Hari uiplus.tooltip.alt
a11y.beginsTooltip a11y.endsTooltip
Sebuah galaksi jauh beribu batu, berada dekat dengan anda di “Star Wars: Tomorrowland Takeover” di Hong Kong Disneyland! Berikutan khabar angin tentang jawatan ketua baru, Angkatan Utama Stormtroopers sedang berusaha untuk memusnahkan semua puak Penentang. Alami pertempuran di tempat yang paling mendebarkan – dan sertai konflik dengan menjadi juruterbang yang berani, hero kepada puak Penentang atau Satria Jedi!
MEMBELI-BELAH DAN MENJAMU SELERA
Barangan koleksi Space Trader & STAR WARS
Makanan untuk wira seperti anda

Barangan koleksi Space Trader & STAR WARS

Jangan lepaskan peluang galaksi ini bagi mencipta pedang cahaya anda sendiri, di Space Traders di Tomorrowland. Ia akan menjadi cenderamata yang paling berharga bagi barangan koleksi Star Wars anda.

Kami juga memiliki koleksi produk Star Wars yang lain termasuk rangkaian Star Wars Tsum Tsum serba baru, Starfighters begitu juga droid kegemaran anda – BB-8 dan R2-D2; atau memakai rangkaian penuh pakaian terkini bagi dewasa dan kanak-kanak, semestinya anda pasti dicemburui oleh semua penjahat dan hero dari setiap galaksi.

Makanan untuk wira seperti anda

Sama ada anda Pemberontak yang bersemangat atau cenderung ke arah Kuasa Kejahatan, kami memiliki pelbagai jenis juadah makanan bagi sebuah galaksi sesuai untuk selera semua jenis peminat Star Wars.

Nikmati hidangan lazat seperti Pedang Cahaya Star Wars Churro, Darth Vader Burger Combo, Star Wars Cotton Candy atau BB-8Slush; jangan lupa pencuci mulut yang menyelerakan seperti Stormtrooper Mango Panna Cotta, Star Wars Hot Chocolate Milk atau Star Wars Sundae Cone; atau cuba juadah seperti Star Wars Baked Yunnan Ham dan Assorted Nut Puffs, Chilled Star Wars Pudding atau Kombo Sandwic Star Wars, yang disediakan di restoran hotel kami.