Tiket Terma dan Syarat

Tiket 1-Hari Hari Biasa

  1. Tiket Hari Biasa adalah laku untuk satu lawatan dalam tempoh sah 6 bulan dari tarikh pembelian.
  2. Tiket Hari Biasa adalah laku pada semua tarikh dalam tempoh sah.

Tiket 2-Hari

  1. Tiket 2-Hari adalah sah untuk lawatan pada mana-mana 2 hari dalam tempoh 7 hari.
  2. Lawatan pertama mestilah pada atau sebelum hari terakhir tempoh sah laku yang dicetak pada belakang tiket.
  3. Menaik taraf dari Tiket 1-Hari
    1. Tetamu-tetamu dengan Tiket 1-Hari yang tidak digunakan dan belum tamat tempoh boleh menaik taraf tiket tersebut kepada Tiket 2-Hari.
    2. Menaik taraf boleh dilakukan di kaunter tiket atau lokasi Perhubungan Tetamu di Pintu Masuk Utama Taman Tema Hong Kong Disneyland (“Taman”), Hong Kong Disneyland Hotel atau Disney's Hollywood Hotel atau Ekspress Tiket Disneyland Hong Kong di Stesen MTR Hong Kong.
    3. Tiket 1-Hari yang terpakai atau tamat tempoh, dan Tiket 1-Hari yang dinyatakan sebagai tidak boleh dinaik taraf pada tiket atau dalam terma dan syarat pengeluarannya tidak boleh dinaik taraf.
  4. Kemasukan ke Taman
    1. Setiap Tetamu yang menggunakan Tiket 2-Hari dikehendaki mendapatkan pengesahan Tag Tiket atau mengemukakan pengenalan diri* kerana Hongkong International Theme Parks Limited boleh dari semasa ke semasa memerlukannya atas setiap kemasukan ke dalam Taman untuk pengesahan. Jika Tetamu memilih tidak menggunakan pengesahan Tag Tiket bagi kemasukan ke Taman, nama Tetamu akan dicetak pada tiket dan nama yang dicetak tidak boleh diubah.
      *Contoh mengenai pengenalan diri termasuk tetapi tidak terhad kepada: Kad HKID, pasport, atau pengenalan bergambar lain (untuk Kanak-kanak berumur 3 hingga 11 tahun: buku panduan sekolah, atau sijil kelahiran dan pengenalan bergambar lain; untuk pelajar sepenuh masa berumur 12 hingga 25 tahun: buku panduan sekolah atau kad pelajar sepenuh masa dengan pengenalan bergambar).

Promosi dan Tebusan Makanan dan Minuman di Taman Tema dan Hotel

  1. Baucar (“Baucar”) promosi dan tebusan makanan dan minuman perlu digunakan semasa tempoh kesahan yang ditetapkan.
  2. Baucar perlu dipamerkan semasa membuat pesanan atau bayaran. Baucar mungkin dipungut selepas penggunaan.
  3. Tebusan item makanan dan minuman dengan Baucar tertakluk pada ketersediaan item berkenaan dan waktu operasi restoran.
  4. Hongkong International Theme Parks Limited (“HKITP”) memelihara hak untuk: (a) menentukan harga item makanan dan minuman; (b) menentukan menu setiap restoran dan (c) menukar waktu operasi restoran, yang dalam setiap kes tersebut, mengikut budi bicaranya yang tunggal dan mutlak. Peta panduan Taman tema mengandungi maklumat tentang restoran Signature, Deluxe dan Premium dalam Taman tema. Tetamu juga boleh merujuk kepada www.hongkongdisneyland.com/dining untuk mengetahui lokasi terkini dan waktu operasi restoran dalam taman tema dan hotel.
  5. Caj perkhidmatan 10% akan dikenakan berdasarkan pada harga asal (jika berkenaan).
  6. Baucar tidak boleh dibayar balik, ditebus tunai secara keseluruhan atau sebahagiannya, atau ditukar dengan produk atau diskaun lain.
  7. Melainkan dinyatakan sebaliknya oleh HKITP, Baucar tidak boleh digunakan bersama-sama dengan sebarang tawaran diskaun atau promosi yang lain.
  8. Baucar yang rosak, diubah atau dibuat salinan tidak akan diterima. Baucar yang hilang tidak akan diganti.
  9. Tetamu perlu memegang tiket kemasukan Taman tema yang sah untuk menikmati sebarang item makanan dan minuman dalam Taman tema menggunakan Baucar.

Menaik taraf kepada Akses Magik

  1. Tertakluk kepada terma dan syarat Akses Magik, tiket boleh dinaik taraf kepada Kad Keahlian Akses Magik dengan membayar perbezaan harga yang dikenakan. Perbezaan harga yang dikenakan bergantung pada harga pembelian tiket dan jenis Kad Keahlian Akses Magik yang dipilih.
  2. Tiket tidak boleh dinaik taraf kepada Kad Keahlian Akses Magik selepas tempoh sah tiket. Tiket terpakai tidak boleh dinaik taraf kepada Kad Keahlian Akses Magik selepas tarikh lawatan Taman.
  3. iket yang dinyatakan sebagai tidak boleh dinaik taraf pada tiket atau dalam terma dan syarat yang dikeluarkan tidak boleh dinaik taraf.
  4. Jila Kad Keahlian Akses Magik yang dipilih berharga lebih rendah daripada tiket untuk dinaik taraf, tiada bayaran balik akan dibuat.

Terma dan Syarat Am:

  1. Hongkong International Theme Parks Limited ("HKITP") memelihara hak untuk (i) meminda atau menambah terma dan syarat ini; (ii) mengubah harga dan ketersediaan tiket; (iii) mengubah mana-mana tarikh sekatan promosi dan tarikh Hari Ditetapkan dan (iv) menghentikan atau menggantungkan ketersediaan apa-apa tawaran, diskaun atau promosi, dalam apa jua keadaan, pada bila-bila masa dan dari semasa ke semasa tanpa notis terlebih dahulu.
  2. Keluaran tiket dan kemasukan ke Taman Tema Hong Kong Disneyland (“Taman tema”) tertakluk kepada terma dan syarat ini, dan Peraturan dan Aturan Taman tema yang ditetapkan pada laman web www.hongkongdisneyland.com dan dicetak pada peta panduan Taman tema. Salinan peta panduan Taman tema boleh didapati di lokasi yang ditetapkan di dalam Taman tema. HKITP boleh dari semasa ke semasa, tanpa notis sebelumnya dan tanpa bayaran balik atau pampasan, menukar waktu operasi Taman tema atau tempat tarikannya, menutup Taman tema atau mana-mana bahagiannya secara sementara, mengehadkan bilangan orang memasuki Taman tema, dan/atau menghentikan atau membatalkan sebarang tempat tarikan atau program hiburan, kerana kapasiti, cuaca buruk, acara istimewa, untuk memastikan keselamatan, keterjaminan dan ketenteraman atau jika HKITP berasa bahawa keadaan demikian perlu dilaksanakan.
  3. Tiket dan apa-apa tawaran atau promosi adalah bukan untuk dijual semula, tidak boleh dipindah milik, tidak dibayar balik dan tidak boleh ditukar, sama ada secara keseluruhannya atau sebahagiannya, untuk tunai atau apa-apa item lain, dan tidak boleh digunakan bersama-sama dengan promosi atau diskaun tiket lain. Tiket dibatalkan jika diubah suai.
  4. Kanak-kanak berumur 3 tahun atau ke bawah menerima kemasukan percuma ke Taman.
  5. Tetamu perlu berumur 18 tahun atau ke atas untuk membeli tiket melalui laman web Taman tema (“Pembelian laman web”). Tetamu yang menggunakan sebarang Pembelian laman web perlu memasukkan maklumat yang diminta, termasuk nama Tetamu dan bentuk data peribadi yang lain seperti yang diperlukan oleh HKITP.
  6. Tetamu-tetamu mesti pemegang sah kad kredit yang digunakan dalam pembelian di Laman web.
  7. Tetamu perlu mempamerkan kad kredit yang digunakan dalam Pembelian laman web bersama-sama dengan nombor pengesahan yang dikeluarkan untuk menebus tiket yang dibeli. Atas permintaan HKITP, Tetamu perlu mempamerkan dokumen pengenalan peribadi untuk mengesahkan identiti mereka sebagai pemegang sah kad kredit dalam Pembelian laman web. Nombor pengesahan boleh digunakan sekali sahaja. Nombor pengesahan pendua atau telah digunakan tidak akan dilayan. HKITP tidak bertanggungjawab atas sebarang kerugian, kerosakan, kepalsuan, kecurian atau kegunaan pengesahan atau nombor pengesahan yang tidak sah.
  8. Tetamu tidak boleh menggunakan kad maya untuk pembelian di Laman web.
  9. Terma dan Syarat ini adalah tertakluk kepada tafsiran HKITP yang akan menjadi muktamad dan konklusif. HKITP berhak untuk meminda Terma dan Syarat ini atau menamatkan ketersediaan tiket tanpa sebarang notis terlebih dahulu.
  10. Sekiranya wujud pertikaian berhubung dengan terma dan syarat ini atau perkara lain yang berkaitan dengan apa-apa tiket, tawaran atau promosi, HKITP memelihara hak untuk membuat keputusan akhir atas pertikaian itu.
  11. Bukti pengiriman tidak boleh diterima sebagai bukti penghantaran. HKITP tidak boleh dipertanggungkan untuk apa-apa ralat, peninggalan, gangguan, pemadaman, kecacatan, kelewatan operasi atau transmisi, kegagalan talian komunikasi, kecurian, kemusnahan, pengubahsuaian pada atau akses yang tidak dibenarkan kepada laman web tawaran, atau kehilangan atau kelewatan data atau rekod transaksi, disebabkan oleh fungsi pelayan, virus, pepijat atau punca lain yang di luar kawalannya.
  12. HKITP tidak bertanggungjawab bagi apa-apa keadaan force majeure, apa-apa masalah atau kepincangan teknikal bagi apa-apa rangkaian atau talian telefon, sistem dalam talian komputer, pelayan, penyedia, peralatan komputer, kegagalan perisian atau apa-apa e-mel atau pendaftaran yang perlu diterima bagi masalah teknikal atau kesesakan trafik pada Internet, talian telefon atau apa-apa laman web atau apa-apa gabungan dengannya, termasuk apa-apa kecederaan atau kerosakan kepada komputer tetamu atau mana-mana orang lain yang berkaitan dengan atau disebabkan daripada mengambil bahagian atau memuat turun apa-apa bahan berkaitan dengan, tawaran ini.
  13. HKITP memelihara hak untuk menarik balik kelayakan mana-mana tetamu daripada penggunaan tiket atau apa-apa tawaran jika HKITP mempunyai sebab yang munasabah untuk mempercayai bahawa tetamu telah melanggar mana-mana terma dan syarat ini. HKITP mungkin, mengikut budi bicaranya dengan atau tanpa sebab, menolak untuk membenarkan mana-mana orang atau orang-orang ke dalam Taman tema pada bila-bila masa, atau untuk menyuruh mana-mana orang atau orang-orang yang sudah dibenarkan masuk untuk meninggalkan Taman tema, tanpa bayaran balik atau pampasan.
  14. Jika berlaku apa-apa percanggahan diantara versi-versi Terma dan Syarat ini, versi Bahasa Inggeris akan diguna pakai.
  15. Terma dan syarat ini dan apa-apa tawaran yang berkaitan dibuat menurut undang-undang Kawasan Pentadbiran Khas Hong Kong Republik Rakyat China (“HKSAR”). Tawaran hanya boleh ditebus di HKSAR secara sendiri oleh tetamu yang layak menurut terma dan syarat ini. HKITP tidak membuat pewakilan bahawa kemasukan ke Taman tema atau apa-apa penyertaan dalam tawaran adalah wajar atau tersedia di lokasi lain dan tawaran dibatalkan dalam mana-mana bidang kuasa yang penyertaan dalam tawaran tersebut dilarang atau dihadkan oleh undang-undang. Orang yang ingin menyertai tawaran berbuat demikian atas inisiatifnya sendiri dan adalah bertanggungjawab untuk pematuhan dengan undang-undang tempatan, jika dan setakat ia berkenaan.
  16. Terma dan Syarat ini membentuk satu perjanjian di antara HKITP dan orang yang membuat pembelian dengan HKITP di lokasi jualan yang ditetapkan (termasuk laman web). Seseorang yang bukan parti kepada perjanjian ini tidak mempunyai apa-apa hak di bawah Ordinan Kontrak (Hak Pihak Ketiga) (Bab 623, Undang-undang Hong Kong) untuk menguatkuasakan mana-mana terma dalam perjanjian ini.

Kenyataan Pengambilan Maklumat Peribadi Personal

Data peribadi yang dikumpul apabila membeli atau pengeluaran tiket boleh digunakan untuk memproses permintaan atau pertanyaan, menguatkuasakan terma urus niaga komersial, bagi tujuan perniagaan dalaman dan pentadbiran kami atau tujuan lain yang berkaitan atau bagi tujuan perundangan, keselamatan atau sekuriti. Peruntukan data peribadi bagi ruangan wajib adalah perlu. Jika anda tidak menyediakan data peribadi tersebut, kami mungkin tidak memberikan anda produk atau perkhidmatan yang anda minta. Data peribadi boleh dipindahkan ke pihak ketiga yang terlibat dalam memenuhi tujuan yang dinyatakan di atas atau orang lain yang diperlukan menurut undang-undang. Senarai kelas orang di mana data peribadi itu mungkin dipindahkan boleh di dapati di www.hongkongdisneyland.com/personal-data-transferees. Anda boleh meminta akses, dan memohon pembetulan mengenai data peribadi anda yang disimpan oleh kami. Permintaan sedemikian boleh dibuat dengan menghantar e-mel kepada Pengurus Data Peribadi di personaldata@hongkongdisneyland.com.