tickets.skipnavigation.link.text

Tiket Taman

Nikmati semua keajaiban Taman Disneyland Hong Kong dengan tiket 1-hari atau 2-hari.

Membeli Tiket Taman 1-Hari Biasa

Tiket 1-Hari: Hari Biasa

Tiket Hari Biasa adalah sah pada semua hari. Sah untuk satu lawatan dalam tempoh 6 bulan dari tarikh pembelian.
Harga:
Kemasukan (Berumur 12 – 64)
HK$539
Kanak-kanak (Berumur 3-11)
HK$385
Warga Emas (Berumur 65+)
HK$100
Membeli Tiket Taman 2-Hari

Tiket 2-Hari

Melawat pada mana-mana 2 hari dalam tempoh 7 hari. Lawatan pertama mestilah pada atau sebelum hari terakhir tempoh sah laku yang tercetak pada bahagian belakang tiket.
Harga:
Kemasukan (Berumur 12 – 64)
HK$739
Kanak-kanak (Berumur 3-11)
HK$525
Warga Emas (Berumur 65+)
HK$170
Harga dalam dolar Hong Kong. Jumlah dikira semasa daftar keluar.

Hongkong International Theme Parks Limited (“HKITP”) berhak menukar harga tiket dan kesahihan, tarikh sekat-keluar dan tarikh Hari Diperuntukkan tanpa notis terlebih dahulu. Tiket tidak boleh dipindah milik, tidak boleh ditukar, tidak bolehdibayar balik, tidak boleh dijual semula dan boleh dibatalkan. Tiket adalah tidak sah jika diubah. Kanak-kanak berumur 3 tahun atau ke bawah menerima kemasukan percuma ke Taman. Tetamu-tetamu mesti berumur 18 tahun atau ke atas untuk membeli tiket di Laman web (“pembelian di Laman web”). Tetamu-tetamu mesti pemegang sah kad kredit yang digunakan dalam pembelian di Laman web. Tetamu-tetamu perlu mengemukakan kad kredit yang digunakan dalam pembelian di Laman web bersama-sama dengan nombor pengesahan yang dikeluarkan bagi pembelian di Laman web untuk menebus tiket yang dibeli. Atas permintaan HKITP, Tetamu-tetamu perlu mengemukakan dokumen pengenalan diri untuk mengesahkan identiti mereka sebagai pemegang sah kad kredit yang digunakan dalam pembelian di Laman web. Tetamu tidak boleh menggunakan kad maya untuk pembelian di Laman web.

Tiket 1-Hari Hari Biasa
Tiket Hari Biasa adalah laku untuk satu lawatan dalam tempoh sah 6 bulan dari tarikh pembelian. Tiket Hari Biasa adalah laku pada semua tarikh dalam tempoh sah.

Tiket 2-Hari
Tiket 2-Hari adalah sah untuk lawatan pada mana-mana 2 hari dalam tempoh 7 hari. Lawatan pertama mestilah pada atau sebelum hari terakhir tempoh sah laku yang dicetak pada belakang tiket. Tag Tiket atau ID Bergambar diperlukan untuk kemasukan Taman.

Lihat semua Terma dan Syarat Tiket.