Daftar masuk ke Akaun MyDisney HK anda sebelum anda menempah penginapan anda untuk menikmati hadiah eksklusif serta baucar diskaun beli-belah dan hidangan tambahan! Jumlah nilai sehingga HK$200! (Manfaat ini tidak boleh digunakan bersama dengan Manfaat Magic Access.)
| Tempoh Penginapan* | 7 Hari Tawaran Bilik Pembelian Awal | 21 Hari Tawaran Bilik Pembelian Awal |
|---|---|---|
1 Malam | Potongan 10% bagi Kadar Fleksibe^ | Potongan 15% bagi Kadar Fleksibe^ |
Istimewa Lebih 2 Malaml: Potongan 30% | Potongan 30% bagi Kadar Fleksibel^ Pembatalan percuma (7 hari sebelum tarikh daftar masuk) | |
^Caj perkhidmatan sebanyak 10% berdasarkan jumlah kadar bilik yang diberi diskaun, serta caj tambahan (jika berkenaan) dan cukai kerajaan yang berkenaan akan dikenakan.
Tempoh Daftar Masuk:
1 Malam - 7 Hari Tawaran Bilik Pembelian Awal: Mulai sekarang hingga 31 Disember 2026
1 Malam - 21 Hari Tawaran Bilik Pembelian Awal: Mulai sekarang hingga 31 Disember 2026
Lebih 2 Malam Potongan 30% di Hotel Hong Kong Disneyland Resort: Tarikh yang dipilih dari Sekarang hingga 30 Disember 2026
Lihat semua Terma dan Syarat
Ulang Tahun ke-20 – Parti Paling Ajaib!
Anda dijemput ke sebuah pesta yang hanya boleh berlaku di sebuah istana yang dibina daripada impian. Dihoskan oleh semua Rakan Disney kegemaran anda, yang berpakaian khas sempena pesta Ulang Tahun ke-20 ini, ia adalah acara penuh bintang yang akan menjadi lebih mempersonakan dengan kehadiran anda. Sambutan ini memperkenalkan perarakan serba baharu (yang terbesar bagi Hong Kong Disneyland), pertunjukan pentas istana yang eksklusif sempena ulang tahun, serta pertunjukan hebat waktu malam yang lebih baik – yang paling megah pernah diadakan di taman ini. Sertai Rakan Disney kegemaran anda dalam sambutan ulang tahun taman tema, terokai lapan kawasan bertema dan unik termasuk kawasan bertema ‘Frozen’ yang pertama dan terbesar – World of Frozen, serta alami pengembaraandi tarikan ekslusif Hong Kong Disneylandseperti Mystic Manor.
Dapatkan Tag Bagasi Disney Ekslusif, dan Banyak Lagi!
Tempah penginapan anda dengan akaun MyDisney HK anda dan bawa pulang tag bagasi Donald Duck atau Mickey Mouse yang ekslusif di taman tema, tidak dijual dan secara percuma, serta baucar diskaun bagi menjamu selera dan membeli-belah sehingga HK$200. Mulakan perjalanan magis yang penuh dengan keistimewaan!
Kejutan Parti Ulang Tahun Ke-20
Teruskan suasana parti apabila anda menginap di hotel resort kami dengan “Kejutan Parti Ulang Tahun ke-20” secara percuma – termasuk model kadbod mini, pen parti dan poskad, semuanya menyerlahkan kemewahan dan glamor parti Ulang Tahun ke-20 Hong Kong Disneyland.
Setiap bilik tetamu akan menerima hadiah kecil Kejutan Parti Ulang Tahun ke-20, termasuk model kadbod mini, pen parti dan poskad. Reka bentuk pen parti akan berubah dari semasa ke semasa dan tertakluk kepada ketersediaan.
Teruskan Parti di Hotel Kami dengan Rekreasi Percuma
Lanjutkan sambutan anda dengan ulang-alik antara ketiga-tiga hotel untuk menikmati aktiviti dan kemudahan rekreasi bertema secara percuma — jadikan setiap detik magikal tambahan sebagai parti mini yang penuh keseronokan!
Tempah dalam talian dan nikmati naik taraf bilik secara PERCUMA
Eksklusif Tapak Rasmi! Tempah penginapan hotel anda di dalam talian bagi menerima menaik taraf bilik istimewa yang eksklusif dan minuman percuma.
Naik taraf bilik tertakluk kepada kategori berikut:
Bilik Standard -> Bilik Deluxe
*Tidak boleh digunakan pada Istimewa Lebih 2 Malam Potongan 30%
Lebih Banyak Tawaran Hotel Ajaib Menunggu
Peribadikan penginapan anda untuk menjadikannya lebih ajaib lagi! Sama ada anda meraikan sambutan istimewa atau sekadar menikmati percutian sepenuhnya, anda akan menemukan pakej tambahan yang bermakna yang membolehkan anda menyesuaikan penginapan mengikut kemahuan diri.
Pilih sahaja dan beli pakej kegemaran anda melalui pautan dalam e-mel pengesahan hotel yang anda terima selepas tempahan. Daripada kejutan dalam bilik yang bertemakan Disney sehingga aktiviti rekreasi, terdapat pelbagai pilihan untuk meningkatkan penginapan anda. Klik di sini untuk mengetahui lebih lanjut.
Tawaran Lain Anda Mungkin Suka

