Istimewa Lebih 2 Malam: Potongan 30%

Lihat semua Tawaran Istimewa

Istimewa Lebih 2 Malam: Potongan 30%

Nikmati potongan Kadar Fleksibel sebanyak 30% (bilik standard serendah HK$1,190* satu malam) apabila anda menginap selama 2 atau lebih malam secara berturut-turut di Hotel Hong Kong Disneyland Resort!

Pembatalan percuma sehingga 7 hari sebelum tarikh daftar masuk.

Daftar masuk ke Akaun MyDisney HK anda sebelum anda menempah penginapan anda untuk menikmati hadiah eksklusif serta baucar diskaun beli-belah dan hidangan tambahan! Jumlah nilai sehingga HK$200! (Manfaat ini tidak boleh digunakan bersama dengan Manfaat Magic Access.)
HotelButiran TawaranHarga
Disney’s Hollywood Hotel
30% off Flexible Rate for 2 or more consecutive nights
Bermula daripada HK$ 1,190*
Disney Explorers Lodge
Bermula daripada HK$ 1,470*
Hong Kong Disneyland Hotel
Bermula daripada HK$ 1,750*
Tempoh Daftar Masuk: Dari Sekarang hingga 30 Disember 2026 (Tempahan awal perlu dibuat sekurang-kurangnya 1 hari sebelum tarikh daftar masuk)

*Caj perkhidmatan sebanyak 10% berdasarkan jumlah kadar bilik yang diberi diskaun, serta caj tambahan (jika berkenaan) dan cukai kerajaan yang berkenaan akan dikenakan.

Lihat semua Terma dan Syarat

Ulang Tahun ke-20 – Parti Paling Ajaib!

Anda dijemput ke sebuah pesta yang hanya boleh berlaku di sebuah istana yang dibina daripada impian. Dihoskan oleh semua Rakan Disney kegemaran anda, yang berpakaian khas sempena pesta Ulang Tahun ke-20 ini, ia adalah acara penuh bintang yang akan menjadi lebih mempersonakan dengan kehadiran anda. Sambutan ini memperkenalkan perarakan serba baharu (yang terbesar bagi Hong Kong Disneyland), pertunjukan pentas istana yang eksklusif sempena ulang tahun, serta pertunjukan hebat waktu malam yang lebih baik – yang paling megah pernah diadakan di taman ini. Sertai Rakan Disney kegemaran anda dalam sambutan ulang tahun taman tema, terokai lapan kawasan bertema dan unik termasuk kawasan bertema ‘Frozen’ yang pertama dan terbesar – World of Frozen, serta alami pengembaraandi tarikan ekslusif Hong Kong Disneylandseperti Mystic Manor.

Dapatkan Tag Bagasi Disney Ekslusif, dan Banyak Lagi!

Tempah penginapan anda dengan akaun MyDisney HK anda dan bawa pulang tag bagasi Donald Duck atau Mickey Mouse yang ekslusif di taman tema, tidak dijual dan secara percuma, serta baucar diskaun bagi menjamu selera dan membeli-belah sehingga HK$200. Mulakan perjalanan magis yang penuh dengan keistimewaan!

Kejutan Parti Ulang Tahun Ke-20

Teruskan suasana parti apabila anda menginap di hotel resort kami dengan “Kejutan Parti Ulang Tahun ke-20” secara percuma – termasuk model kadbod mini, pen parti dan poskad, semuanya menyerlahkan kemewahan dan glamor parti Ulang Tahun ke-20 Hong Kong Disneyland.


Setiap bilik tetamu akan menerima hadiah kecil Kejutan Parti Ulang Tahun ke-20, termasuk *model kadbod mini, pen parti dan poskad. Reka bentuk pen parti akan berubah dari semasa ke semasa dan tertakluk kepada ketersediaan.

*Hanya terpakai untuk Bilik Pemandangan Laut atau kelas yang lebih tinggi.

Teruskan Parti di Hotel Kami dengan Rekreasi Percuma

Lanjutkan sambutan anda dengan ulang-alik antara ketiga-tiga hotel untuk menikmati aktiviti dan kemudahan rekreasi bertema secara percuma — jadikan setiap detik magikal tambahan sebagai parti mini yang penuh keseronokan!

Pakej Parti Krismas Dalam Bilik Zootopia

Ubah bilik anda menjadi sebuah mini kota penuh keseronokan perayaan yang meriah! Tambahkan pakej hadiah bertemakan Zootopia pada penginapan anda, yang menampilkan getah rambut, anak patung, rantai kunci serta perhiasan berlampu berkilauan. Biarkan parti bilik bermula — gaya Zootopia!

Pakej Parti Krismas Dalam Bilik Zootopia termasuk:

  • Getah Rambut Krismas Nick
  • Anak Patung Orang Salji Flash
  • Rantai Kunci Kain Plush Mini Beg Ita Judy
  • Rantai Kunci Kain Plush Mini Beg Ita Nick
  • Perhiasan Berlampu Zootopia
Harga: HK$767

Sah untuk tetamu yang menginap dari 14 Nov 2025 hingga 4 Jan 2026. Hanya pilih pakej daripada “Pilihan Tambahan” semasa menempah penginapan hotel anda pada laman web rasmi kami. Tempahan seawal 1 hari diperlukan. Pakej adalah terhad, jadi tempah sekarang!

Kelas Berhias Krismas yang Sedap oleh Disney

Inilah parti Krismas yang paling manis! Pakai topi parti chef anda di Chart Room Cafe, tempat Barisan Pelakon kami akan membimbing anda menghias biskut berbentuk kepala Mickey dan berbentuk pokok Krismas, semuanya ditaburi dengan keriangan perayaan.

Harga: HK$248
Tempat: Disney Explorers Lodge - Chart Room Cafe
Masa: 3:00 PTG – 4:00 PTG (kecuali masa berlepas)

Sah untuk tetamu yang menginap dari 14 Nov 2025 hingga 4 Jan 2026. Hanya pilih aktiviti daripada “Pilihan Tambahan” semasa menempah penginapan hotel anda pada laman web rasmi kami. Tempahan seawal 1 hari diperlukan. Ruang adalah terhad, jadi tempah sekarang!

Pakej Berkelah Cahaya Bintang Krismas

Mari kita berparti di bawah bintang yang gemerlapan! Di West Lawn Hong Kong Disneyland Hotel, langit malam yang berkelip bertemu dengan cahaya berkilauan daripada pokok Krismas yang dihias indah. Duduklah dengan selesa di kerusi perkhemahan anda, nikmati perkelahan yang lazat dan biarkan sambutan berseri dengan filem klasik Disney.

Pakej Berkelah Cahaya Bintang Krismas (untuk dua orang Tetamu) termasuk:

  • Kawasan halaman istirahat luar yang ditetapkan
  • Sesi menonton Wayang Disney selama lebih kurang 2 jam
  • Bakul Berkelah bertemakan Disney:
    • Bertih Jagung Karamel
    • Sup Harian
    • Tapas - Dada Itik Salai, Peach Panggang, Salad tomato ceri & Burrata, Panna Cotta Parmesan berbentuk Mickey, Mutiara Balsamik, Serbuk Keju Panggang
    • Hidangan Panas - Profiterole berbentuk Mickey berisi Keju Mornay, Porchetta Daging Khinzir Mini Panggang, Sos Chimichurri
    • Pencuci Mulut - Donat Coklat Krismas
    • Minuman ringan atau bir
Harga: HK$620 (untuk dua Tetamu)
Tempat: West Lawn Hong Kong Disneyland Hotel
Masa: 7:00 PTG – 9:00 PTG (kecuali masa berlepas)

Sah untuk tetamu yang menginap dari 14 Nov 2025 hingga 4 Jan 2026. Hanya pilih aktiviti daripada “Pilihan Tambahan” semasa menempah penginapan hotel anda pada laman web rasmi kami. Tempahan seawal 1 hari diperlukan. Ruang adalah terhad, jadi tempah sekarang!